Popular Posts

Thursday 29 October 2015

Pengalaman bersalin ceaser ( Anak kedua ) Part 2

Assalammualaikum semua (semua la sangat macam la ramai yg bace kan)

Aduuh..penat tunggu awang ni tido..sakit dia dok cubit2 I..Guling sana sini..I pulak yang kena jadi benteng dia kalau tak tergolek la jatuh tilam..Dah tak merasa dah tido atas katil lepas ni..uhu..Kakak dah selamat tido dah,awak bila pulak hero bulat oii..

Ni mommy nak cerita macam mana proses awak keluar daripada perut mommy ni..

Hari yang sama nurse minta I terus g hospital dengan segera tu I takdela segera pergi pun.Still berlengah sebab tak rasa lagi sakit.So balik dulu rumah layan ape yang patut siapkan barang baby..Haa baru nak siapkan barang2 nak bersalin..Malas amat nak packing masa  tu lupa pun ada nak bawak ape..
I ready pakai pad siap2 sebab tengah turun air walaupun sikit2 je..

Sampai labour room macam biasa check dulu CTG & check kencing.Masa nak naik atas katil tu bedebush keluar lagi air sampai kena lantaI & katil..basah la katil..kalI ni banyak sikit..Then bagitau nurse,dia cakap basah sebab baru keluar tandas kot..I cakap I dah lap kering dah..Takkan I nak kencing kat situ lak..Lagipun air tu keluar tanpa di kawal..
Dah check bukaan yes betul dah 3cm..berangan boleh beranak malam tu jugak,esok terus boleh balik umah.Kesian kat kakaknya sebab masa I turun daripada kereta tu dia tido tak sedar.I pun ingat turun kejap je check ingatkan lepas tu boleh balik dulu..
Meraung la si kakak tengok mommy dah takde..I minta nak keluar jumpa kakak tapi tak boleh. Dia lak tak boleh masuk..Sedeyy sangat tak penah tinggal dia..

Lepas asar I kena tunggu kat ward dulu..Sambil tunggu tak tahu nak buat ape,I pergi mandi sebab rasa dah belengas banyak dah pad pun macam melimpah abes basah semua..Lepas je mandi ,bedebussh lagi banyak air turun..Masa ni I cepat2 keluar Takut terberanak dalam bilik air tu..Lepas tu doktor pakar datang check dia marah kat sape tah cakap "Ni nape tunggu lagi,dah leaking ni terus masuk labour room jangan tunggu walaupun baru 3cm"..dalam hatI I dah hoyeeeay la dah nak masuk labour room..
Lepas isyak bila baru ada vacant room yg free.So masuk je diorang check CTG lagi.Dah setel nurse tu cakap lagi dua jam dia dtg balik check CTG..Dua jam berlalu,pukul 10.30pm macam tu nurse tu datang balik nak check CTG..Dia tanya sakit tak..I cakap tahan lagi..Dia cakap sedut je gas kalau sakit.Lagipun gas tu cepatkan bukaan jugak..Owh first time I dengar so I sedut jugak la time contraction datang..Masa dia nak check CTG tu dia macam gelisah sikit and I pun dengar macam tak jumpa denyutan jantung baby..Dia goyangkan perut I nak kejutkan baby..Lepas tu dia terus lari keluar panggil doktor..Doktor masuk terus decide emergency ceaser..
Nurse siap tanya I rasa nak teran tak,I jawap belum rasa tapi time tu tiba2 jadi sakit yang amat.
Ape lagi terus berlari masuk staff keliling katil I..I dah rasa antara sedar & tak je..Yang I tau sorang masukkan ubat & suapkan sebelah kiri..Sebelah kanan ada yang pegang tangan I suruh sign kat borang ape tah..Sorang lain tengah tanggalkan baju I tukar baju lain utk masuk OT..sorang lain tengah cucuk..Penuh sekeliling katil..Dah tu terus diorang sorong katil tu sambil berlari2..sampai satu ruang tu tukar lagi baju kena sign lagi borang..Masuk ke labour room I terus tak nampak ape dah tapi still sedar..I tak nampak labour room tu rupa macam mana sebab tengah pejam mata tahan sakit contraction..

Diorang tolak naik atas katil operation..Nurse minta I duduk and tegakkan belakang sebab nak inject bius..Maybe epidural kot..Inject kat betul tulang belakang..memang tak rase ape dah sebab dok layan sakit contraction..Siap I kena marah sebab lentikkan badan..Aha tengah sakit kan..I pun taktahu I tengah melentik padahal tengah usaha bak tegakkan badan..
Dan inject tu diorang I kena test bius tu dah take over ke belum..Cuba angkat kaki dah tak tasa kaki..Bius separuh je..Masa operate tu memang rasa orang sentuh kat perut tapi tak sakit langsung..Sekejap je I rasa terus dengar baby nangis2..Tapi I ingat baby orang lain sebab rasa macam tak setel lagi kat perut I..Lepas tu rasa macam di tarik kat bahagian dalam..Tarik uri kot..Entahla tarik ape..Lame sikit baru ada staff yg dukung baby bawak ke tepi muka I..I just nampak samar2 je muka (rambut lebat)..Then tunjuk anu dia..Masa tu happy sebab nampak boy..Nurse siap tanya lagI anak pertama ape..Dia cakap best la kan dah sepasang..Lepas tu diorang cakap kena bawak baby terus jumpa pakar sebab I emergency ceaser oksigen dah drop masa tu..
Dan dan tu jugak I rasa seram sejuk yang amat..Sampai terketar-ketar rasa macam otak I pun tgh freezing..Serius tak penah rasa sesejuk macam tu..

Then diorang bawak ke bilik ape tah I tak vaoe nampak..Cuma diorang masukkan angin panas kat bawah selimut I..Tapi still sejuk..Memang berlapis2 selimut masa tu sampai ke ward I terketar-ketar lagi..Masa kat ward tu tunggu jugak baby sebab masa first bersalin I terus tido dengan baby kat ward lepas bersalin..
Tengah malam tu I dengar nurse datang and macam dengar baby I kat nicu..Dan dengar dia cakap dengan nurse lain.."Nak kejutkan dia ke tak bagitau. Dia tengah tido"..I letih sangat nak bangun tanya..Tapi lepas tu masa nurse lain datang tukar pad I tanya jugak.."baby kat mana ye..baby ok tal"..nurse tu jawab "owh puan tak tahu ke baby kat mana?nurse tak bagitau ke?jap saya tanya diorang"..SampaI ke sudah diorang tak bagitau buat saspen je..Esoknya I tanya lagi tak bagitau jugak sampai la asben I datang I suruh dia pegi tanya mana baby I..Baru la diorang nak bagitau baby I kat nicu tengah pantau oksigen..Hari pertama tu asben I jela tengok baby sebab I tak boleh jalan lagi nak bangun duduk pun kena orang tolong..Hari kedua I siap boleh bangun gi toilet dah sebab diorang dah buang beg kencing..so terpaksa la bangun jalan jugak walaupun seriau kt perut tu..

Hari kedua tu jugak I jalan ke tingkat bawah skali..Jalan ok sebab wheelchair abes..makcik guard tu pulak selamber suruh I jalan jela turun sebab nak amek wheelchair lain pun kt tingkat yg sama jugak..dia cakap nanti asben nak kena patah balik pulak..I gigih jalan sampai ke ward NICU tu sampai nurse kat bawah tu terkejut bila tau I ni baru lepas ceaser..Dia cakap tak nampak macam baru lepas ceaser pun muka dah merah (mahu tak merah nye sepanjang malam I asyik garu2 je muka tangan semua..baru tahu alah ubat bius boleh gatal macam tu sekali)..

Sekian lah pengalaman I..baby second ni kecik sikit drp kakaknya masa bersalin..berat tak sampai 3kg..I lak seriau nak pegang..Dah boleh tido sekali Subhanallah nikmatnya rasa dapat peluk susukan baby..Rasa happy bahagia sangat..Tapi kalau dI beri pilihan I serik dah bersalin ceaser..Nak menjaga luka tu lagi payah daripada nak jaga baby..Sampai angkat berat sikit pun terus rasa pedih..

Wednesday 28 October 2015

Pengalaman bersalin ceaser (Anak kedua)-Part 1

Assalamualaikum.
Lamanya I dah masuk blog & berkarya..Aha..Kena tunggu baby & kakak tido dulu baru senang nak berkarya kan..
Aritu last dok update masa pregnant second baby kan.So I nak cerita la pasal teka-teki jantina baby I..Memang baby boy..yeayyy!!
Memang mostly petua & tips I baca masa pregnant tu betul & menjadi la kat I..Alhamdulillah..

Second baby ni I bersalin secara ceaser..Emergency ceaser lagi..haa..Dah kenapa emergency kan..Tula kita merancang,tapi Allah lagi hebat menjalankan.
.Second pregnancy ni I pulun minum minyak kelapa dara untuk mudahkan bersalin normal..Tapi takpe la try lagi next time..Tunggu lagi 2tahun la ye..

I bersalin hari Sabtu bulan April.Ikutkan due bulan Mei..Hari sabtu tu macam biasa la weekend terlajak tido.Bangun terus mandi.Lepas mandi tu I heran kenapa rasa belengas je..walaupun dah lap kering lepas tu still rasa lembap di paha..Then I rasa dengan jari macam melekit2 bila bau takde hancing pun(aha..ingatkan kencing kan)..
Yela I first bersalin turun tanda so yang second ingat macam tu la..

Lepas tu dengan tenangnya I bagitau asben.Masa tu dia baru keluar mandi jugak..Masing2 jemaah tido terlajak..I bagitau dengan tenang sebab taknak gelabah macam first bersalin dulu.I cakap "Abang,ayang tak pasti la ni,rasa macam belengas,dah lap tapi ada lagi..ni air ketuban ke ?"..Ade ke I tanya die,lagi la dia tak tahu..

Asben I lagi gelabah sebenarnya..Siap ajak g spital whatsapp kecoh bagai dah..Tapi I cakap tak sakit lg..Tunggu sakit dulu..Konon dah tau sakit nak bersalin cam mana kan..Asben I buat I gelabah la bila dia kata turun ketuban memang tak sakit..Dah tak lama la tu ..PandaI dia kan..

Nak kepastian kami pun keluar la gi klinik sekali nak lunch.Baru teringat Sabtu mana bukak klinik Kesihatan. Tapi dah sampai dah masuk jela sebab nampak macam bukak sikit..Masuk kebetulan nurse yg handle sepanjang pregnancy I ada..Alhamdulillah..so bagitau dia ayat sama macam bagitau asben.."tak pasti air ketuban ke tak"..

Then nurse tu cakap nak check bukaan untuk confirmation..Masa check tu dia cakap dah 3cm..Alhamdulillah happy la..Sebab first nak bersalin dulu I sakit 2 hari dua malam dok 2cm je..Sampai minta nak induce sebab tak tahan sakit..aha..tapi kali nI tak sakit pun lagi..Nurse tu suh cepat2 gi hospital..Tapi I siap makan dulu..

Time nak makan tu penuh pinggan I letak semua yang kena pantang nanti (nangka,petola,pucuk ubi).
Aha..kemain tapi tak lalu pun nak makan.
Terus ajak asben balik dulu sebab perut memulas..Asben bagitau jangan meneran nanti takut baby keluar..Dah perut memulas takkan nak masuk toilet termenung je..
Tapi memang control jugak la teran sopan2 je takut jugak bedebushh baby dalam mangkuk bowl tu nanti naya takdan sambut..(Macam2 imagination time tu)..I macam nak cirit birit jugak sebab dah keluar toilet pun lepas tu rasa memulas tapi xde hasil keluar pun..So I teringat ni pun salah satu tanda dekat bersalin jugak..

Lepas zohor,asben ajak gi hospital..Tak jauh pun tapi dia risau takut beranak dalam keta nanti..I sempat amek order tudung bagai..Marah asben I "Dah nak beranak pun nak pos tudung lagi?!!""..

Ok..nanti I sambung macam mana boleh jadi emergency ceaser..Cemas,suspen,macam dalam movie..aha..Ok esok ye..Baby dah mintak susu....continue Part 2