Popular Posts

Tuesday, 10 September 2019

Review drama bersiri "Sweet Dreams"

DALAM hadis dari riwayat Salman al-Farisi RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah Maha pemalu dan pemurah. Dia malu bila seorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa (HR. Abu Daud: 1488 dan at-Tirmidzi: 3556 dan beliau mengatakan: hasan gharib. Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud dan Shahih at-Tirmidzi).



Salah satu skrip cerita sweet dreams fonal semalam ada ayat di atas yang buatkan i i terus rasa sebak..sebab i baru tahu pasal tu..selama ni i minta dah tidak terlalu mengharap doa-doa termakbul..yela minta nak jalan ke oversea bagai, minta nak jadi pensyarah tetap,minta nak sambung phd..betul memang i minta ni hari-hari dalam solat selain daripada doa wajib untuk mak ayah,mertua, anak3, suami dan dan keluarga..

Kadang-kadang i rasa terlalu banyak yang i minta sampai kan i rasa tak mungkin la boleh dapat semua tu kan..rupanya i silap..i memandang rendah pada kuasa doa dan sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah tu..

Ni yang buatkan i suka cerita arahan Michael Ang ni..tambah dia pulak Muslim dan ada ayat2 hadis macam ni buatkan orang macam i tersedar balik..cerita tu sendiri menunjukkan siapa la kita untuk melawan takdir Allah..Kalau Allah nak mematikan seseorang tu bila-bila je boleh walaupun dalam keadaaan sihat..
Yang tengah sakit pulak jangan putus asa memohon doa agar dipanjangkan umur dan diringankan kesakitan..

Ye ending cerita "Sweet Dreams" ni memang cliché sangat..happy ending di mana hero & heroin bersatu jugak walaupun pelbagai halangan daripada setiap sudut..Tapi itu lah jugak kehendak Allah dalam hidup kita..dia akan bagi apa yang terbaik untuk kita,pada waktu yang tepat, dengan orang yang Allah tentukan..

Yang lagi best pasal cerita ni, hero & heroin (lakonan Ben Amir & Mira Filzah) tetap nampak sweet walaupun tak bersentuhan tangan or perlu adegan intim yang lain..nak jalan sekali pegang tali beg je sorang satu..haha.. tu part yang i rasa sweet sangat in syariah friendly way..haa gitu..so adik2 muda yang tengah bercinta kat luar sana pun sila lah contohi macam tu..takyah nak pegang tangan selagi belum nikah..cuba buat mesti nampak sweet jugak pegang tali beg pun..aha..

Dalam best cerita ni ada jugak bagi i part yang tak best dan menyampah..especially watak Ben Amir dalam cerita tu sebagai Qash yang jenis panas baran but at the same sangat caring..dia sanggup nak selamatkan orang2 yang masuk dalam mimpi dia walaupun dia tak kenal..tapi yela sebab Puteri tu comel kot tu dia sanggup tolong berkali-kali betul tak?aha
Tapi kan watak panas baran & caring pada masa yang sama ni memang wujud pun..buatkan i teringat watak ni kepada husband i..aha..memang mudah melenting kalau silap cakap sikit tapi bab caring tu i pun kadang2 xleh lawan..

Overall i suka cerita ni,ada banyak part yang buatkan i berair mata tengok, especially part Carl (lakonan Sean Lje) meninggal kena tikam dalam masjid dengan bapak Puteri..sedih sebab dalam cerita tu Carl sangat baik orangnya (tak tau la wujud ke tak kat dunia nyata ni)..bukan je baik,kaya pulak tu tapi langsung tak tunjuk dia kaya...dan sangat ambil berat bukan je pada Puteri tapi semua dia nak jaga sekali dengan mak Puteri & Chempaka (adik Puteri) sekali..tapi tu la Puteri tu tetap taknak dengna si Carl tu..last-last Chempaka yang jatuh hati dengan Carl..

Watak yang i suka dalam cerita ni ialah Puteri sebab pandai betul dia guna bahasa isyarat..nampak tak tak kekok langsung..
Watak lain yang I suka jugak mak Puteri
, Chempaka, Carl & Uncle Wong..aha diorang pandai bawak watak diorang walaupun sebagai watak sampingan tapi watak diorang lah yang melengkapkan kisah Puteri & Qash ni..i boleh relate sangat watak mak Puteri tu dengan orang yang i kenal..memang ada je macam tu..garang tak tak bertempat,laki bermasalah gile keluar masuk lokap..si mak ni la yang struggle untuk anak2..cumanya dalam cerita ni mak Puteri mengamuk jugak la kan minta cerai kira ok la tu..tapi orang yang aku kenal ni masih sah suami isteri walaupun perangai suami tu nauzubillah..minta simpang..tapi mungkin dalam cerita ni si bapak puteri tu jahat sampai tahap sanggup jual anak..kalau i pun akan mengamuk macam tu..

Sorry la ye i tak tulis sinopsis cerita ni,kalau korang nak tau kena la pegi tengok..ada 20 episod..

No comments:

Post a Comment