Popular Posts

Saturday 13 February 2016

Interview EMBA Uitm 2016

Assalammualaikum. 
Hari ni interview EMBA (executive master of business administration).
Memang ingatkan tak dapat langsung. 
Macam2 dugaan masa nak hantar application pun.
I ni dah la payah nak keluar rumah.Masa nak beli no pin BSN rm50 tu punya la ramai.
Then masa nak kena isi online tu pulak problem tak boleh sign up.Lagi sehari due date malam tu baru perasan silap isi bahagian nak pilih master fulltime or part time. Punya la rasa nak give up dah.Tapi terus kan jugak walaupun referee report satu je..ada yg kata kena bagi dua.Tawakal jela, kalau ada rezeki dapat la kan.
Lately bulan januari haritu banyak sangat outstation hampir seminggu sekali sebab tu xperasan ade call from uitm.Memula memang tak tahu tu number dari mana.Rasa tergerak gati nak check.Google la number tu sekali memang kawasan uitm tp that time tak confirm lagi.Tunggu weekday la nak call.Dah la haritu outstation lagi, I call la tanya ni uitm ke? Sekali betul la a . Bedebar jugak then I tanya berkenaan dengan master yang I apply tu ke? Kakak yg jawab tu dia bagitau dah banyal kali dia call I tak jawab . application I hampir digagalkan.Seb baik I sempat jugak call.Interview seminggu lepas I call tu.
memang langsung tak prepare ape.Sehari sebelum interview baru nak check emel nk tengok kat mana interview and kena bawak ape.Sehari sebelum tu jugak la baru terketar-ketar nak baca pasal TPPA la..TPPA je yg I baca sebab isu tu agak latest and berkaitan economy. 

Hari interview (harini), kebetulan anak sulung taknak ke tadika, apalagi usung la bawak sekali dengan baby lagi sorang.Husband teman kan sebab rasanya ingat sekejap je.
8.30 pagi sampai terus masuk ambil test bertulis. Satu kena buat summary tentang salah satu daripada dua articles. 
I buat pasal Green Economy. Satu lagi article pasal Labour of Love
Satu lagi essay berkenan pasal biggest accomplishment. Hentam je memandangkan English dah berkarat teruk.
Abes test pukul 9.15pagi.Pukul 10pagi dua candidates di panggil masuk interview. Setengah jam jugak.I punya la berharap dapat awal sebab kesian kat anak2 tunggu dalam kereta. Tapi nak dijadikan ujian, me and other last candidates di panggil pukul 11.30 pagi..paling last.Masa ni mood nak menjawab dah ke laut , penat tunggu, lapar, risau kat those kids.
Masa jawab tu jadi tunggang langgang, ape yg i prepare langsung I tak cakap.Antara soalan dalam 100% English
-Perkenalkan diri & keluarga
-share pasal current job
-kenapa nak sambung emba
-experience during degree
-kalau dapat jadi manager, nak jadi manager macam mana etc

Erm...result akan keluar seminggu lagi.Tak tahu la dapat ke tak.Kalau dapat yang bestnya kelas seminggu sekali.Selepas 4 classes cuti 1 class.Tapi 10jam jugak la kelas sehari. .
Tak sabar nak sambung. Aim nya I nak ambil gambar konvo dengan anak2, suami & parents. .ahaha..tu je. .