So second baby ni I nak la pulak baby boy. Tapi hubby nak baby girl lagi. I tanya kenapa taknak baby boy? Dia kata sebab dalam family dia tak ramai girl. Tapi I still nak baby boy, lagipun nak biar baby girl I yang sulung tu manja puas2 dulu as a princess..And baby boy pulak boleh jadi bodyguard I nanti..ehe.So di sebabkan perbezaan keinginan disitu kitorang tak pergi scan lagi buat masa ni. So dari segi tanda-tanda pulak dan instinct I lebih kepada baby boy (dah memang nak baby boy kan).
Ni tanda-tanda kalau ikut petua orang yang dah berpengalaman la:
1) Tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau langsung tidak ada alahan
#Alhamdulillah kalau nak compare dengan 1st pregnancy, kali ni I ok..cuma rasa nak muntah time gosok gigi je..aha..Kalau dulu pagi petang siang malam di mana2 je asyik muntah je. Sampai kali ni, mil I siap tanya betul ke I pregnant sebab nampak macam xdak apa pun kan..
2) Degupan jantung bayi kurang daripada 140/min
#so far takde lagi check jantung baby.Pergi checkup nurse ukur perut, pegang2 perut pastu dah.
3)Terasa berat badan lebih kepada bahagian hadapan perut.
#yang ni memang la rasa. Bila nak bangun dari duduk or dari tidur memang rasa la berat tang perut tu. Tapi I rasa kalau preggy baby girl pun berat jugak rasa kat perut kan.
4)Perut kelihatan bulat sempurna
#ermm...yang ni tak tahu nak beza..dedua preggy mesti la perut bulat. tapi nak bulat sempurna or tidak I xreti nak beza
5) bahagian aerola ( tak tahu sila google) menjadi lebih gelap.
#kalau nak compare masa bf baby first, yupz I noticed tetiba aerola jadi darker sampai tekejut I..
6)Bentuk perut condong ke arah bawah
#yupz, bila perut makin membesar baru I perasan memang perut condong or berat ke bawah sampai I kekadang I tepikir takkan baby dah turun ke bawah kot baru 7 bulan.
Sebab masa first preggy, I rasa perut meninggi sampai betul2 paras breast and kalau baby tendang pun terasa sampai ke rusuk atas dada. Kali ni rasa baby dok bergerak kat bawah sikit
7) Suka makanan yang masam dan masin
# Kalau nak compare masa first preggy lagi banyak makan masam. Sebab konon nak kurangkan mual loya muntah semua tu, I telan macam2 jenis jeruk and asam and jus.
Tapi kali ni macam kurang gemar lak masam. Jeruk ke asam ke I pandang sebelah mata je..ehee..Taaapi, bab masin ye memang I perasan. awal2 preggy kali ni sebab tak lalu semua jenis lauk, I makan nasi dengan ikan masin je. Ikan pekasam la, ikan gelama masam la, ikan terubuk masin la, ikan talang gebu masam la. Yang tu je buatkan I selera makan nasi.
8)Suka makan daging dan keju
#Daging I tak suka langsung makan dari awal sampai sekarang sebab tak tahan bau. Kambing pun sama. Padahal faveret je dulu.
Kali ni I banyak makan ikan je walaupun awal2 nya xlalu jugak ikan fresh sebab bau kuat.
Keju memang I perasan I terlebih teringin pulak kali ni, kalau hari biasa xpreggy tak teringin sangat pun. Kali ni siap makan cheese yang keping2 tu and cream cheese sapu kat roti. Siap sanggup buat tiramisu sendiri (padahal tak pernah buat pun). Pastu siap buat makaroni cheese bakar lagi. owh and setiap kali p secret recipe mesti pilih cheesecake (walhal kurang gemar sebelum ni)
9) Tapak kaki selalu terasa sejuk
#yE, yang ni I yakin memang kaki I selalu je rasa sejuk siap suruh hubby rasa sejuk tak sejuk tak..aaha
10)Tangan selalu kekeringan
# Ye betul! Sejak nak masuk 7 bulan ni I memang heran awatla kulit tangan I kering mengalahkan duduk musim winter. Kering yang amat sampai nampak merekah. Sapu losyen pun tak jalan. Nak kata kurang air, I minum atleast 3liter sehari haa..Sampai I tepikir nak tukar sabun yang ade susu and tuka losyen pulak.
11)Suka menghadap muka ke arah utara ketika tidur.
# I tak pernah lak check guna compas tengok muka I arah mana masa tidur. Tapi I suka mengiring ke kanan la kali ni. Dulu first preggy suka tidur mengiring ke kiri.
12) suami turut mengalami pertambahan berat badan.
#yang ni xtau la sebab hubby kononnya tengah pulun nk turunkan berat badan dia.. tapI I nampak dia macam sama je..cuma anak dara I je selalu pesan kat I "mummy jangan minum kopi, nanti gemuk macam daddy"..kalau dia baring dengan daddy dia mesti dia picit2 pipi daddy sambil kata "geemuknya daddy, gemuknya muka daddy"..aha..I tergelak2
13)hidung tampak lebih mekar
#yang ni macam mana nak tau mekar ke tak..aha..apa maksudnya mekar, kembang ke?I tengok sama je
14) Selalu sakit kepala
#yang ni I rasa jugak kekadang dia mai. Sakit tu macam migrain (walaupun I taktau sakit migrain macam mana)..tapi sakit la..tapi tak selalu pun..
15) kelihatan lebih berseri ketika hamil
#erm, yang ni kalau cakap nanti kata masuk bakul angkat sendiri lak. Tapi takpela just comparison la kan, kali ni muka I memang kurang berjerawat berbanding masa first preggy. Malah muka nampak lagi bersih. Sebab muka I ni bila2 masa je jerawat suka singgah. So I happy kali ni tak perlu jaga sangat pun muka takda jerawat. Seketul dua je kekadang. Hubby pun asyik tegur muka I lagi cerah tapi takde la pulak dia cakap lagi beseri ke ape. Erm, I more thing (walaupun I segan nak bagitau, even kat hubby pun I tak bagitau), ada sekali tu I pergi beli kain nak buat barut, masa kat kaunter tu tauke kedai tu tetiba cakap cina kat I "waa, u manyak lenglui aa"..I yang terkebil2 sambil dalam hati ingat uncle ni kata aku gemuk ke mentang2 la aku xpaham..so I tanya la "apadia uncle?"
Uncle tu ulang balik "i kata u manyak lenglui oo"..
I terpinga lagi tengok kat adik cashier tu mengharap dia tolong translatekan, tapi dia dok sengih2 lak..
"Saya tak paham la uncle, tu kantonis ke?"
Uncle tu jawap "Yala, semua orang pompuan mesti tau ma lenglui tu apa, kalau orang cina jumpa u mesti depa cakap u lenglui la"..
Aaa,"saya taktau la uncle,apatu? Takdak lagi orang cina cakap macam tu kat saya"
Uncle tu pun bagitau "lenglui tu manyak cantik la. Kalau orang cina len pun mesti cakap u lenglui punya".
Antara percaya dengan tak dengan maksud tu I taktau nak reply apa kat uncle tu..dah jauh jalan nak keluar baru I reply "eerm, tenkiu ya uncle, takda lagi orang cakap macam tu kat saya" sambil tersengih2 I and uncle tu pun senyum..
balik rumah I terus google maksud Leng lui sebab macam tak yakin And tak percaya pulak stranger tetiba cakap I ni cantik...jumpa maksud dia memang betul maksudnya cantik, I terus kembang setaman sensorang..kahkahkah..kat hubby pun I segan nak cerita.
pastu I belek cermin, lenglui kat mana pulak aku ni, tapi dalam hati pikir sebab aura baby ni kot kasi can kat mummy jadi lenglui sat..ehe
Ok, ni la tanda-tanda hamil anak lelaki hasil google- lan dan tanda-tanda yang I rasa.. mungkin kebetulan atau sebaliknya Allah taala je tau. Yang penting I doakan baby sempurna, sihat , kuat dan selamat. Girl or boy tetap anak kesayangan I.
No comments:
Post a Comment