Popular Posts

Monday 29 December 2014

Berat badan naik mendadak ketika hamil

I punya next check up lagi 5hari je..So risau jugak sebab lately selera menjadi-jadi.
Kalau awal2 dulu macam2 I tak selera makan, tapi lately macam2 disumbatnya..Asal tengok ada orang post gambar makanan kat facebook je I terus buat jugak..aduuh..

So tadi try la timbang..mak aii, tekojut jugak..dah naik 6kg ni..uhu..haa sudah..

Tula salah I jugak..makan tak ingat..uhu..ada lagi 5 hari ni I ingat nak kurangkan carbs..please please please menjadi..target bulan ni taknak cecah berat 60kg pun..ni dah terlajak laris dah ni..I mungkin terpaksa selitkan sikit cara diet atkins kalau betul nak turunkan sikit berat I..bahaya jugak kalau berat naik terlampau banyak..patut I rasa badan macam lemau je..

Lagi tak best kalau checkup nanti kena bebel dengan nurse, kena refer dengan doctor dan dietician bagai.. serik dah jadi masa 1st pregnancy dulu..penat kot nak ulang alik pergi klinik kerap sangat..

So untuk menu esok I kena rancang siap2 supaya tak terbabas. Kalau tak nanti I main bedal je apa ada kat umah ni..

Ok..For the 1st day untuk esok ni menu yang I plan..ni menu kalau tak keluar pergi memana la kan..

Breakfast:
Make sure minum air masak 500ml dulu.
Banana 1,
1keping roti wholemeal+1slice cheese

Lunch:
Air masak 500ml
buah oren
sayur tauge+tauhu
ayam goreng 

Dinner:
Air masak 500ml
buah epal sebiji
Tauhu goreng sekeping

In between keep on drinking plain water untuk cukupkan 2liter air sehari..

I tahu sebab apa berat I naik banyak sangat this month..Sebab banyak kali jugak I makan masak lemak yang bersantan,cheese cake di tengah malam, minum manis2. .uhu..so hopefully I boleh capai berat yang sepatutnya untuk bulan ni..wish me luck

Tuesday 23 December 2014

Sarang burung tidak selamat ketika hamil


I tahu time hamil ni kita simply nak makan semua yang dikatakan bagus tapi tanpa selidik or bertanya kepada pelbagai pihak.

I ada terbaca time preggy ni ramai yang tercari-cari sarang burung nak makan.  I pun tak tahu apa benefits untuk both mum and baby. And tak terasa pun nak try. My own reasons are I maybe tak lalu kot sebab tahu kan sarang burung ni diperbuat dari saliva (air liur ) burung tu sendiri. Why dont makan je terus sekor burung tu..ihi..
The other reason is mahal kan harga sarang burung ni. So sebab tu la..

I post topik ni bukan bias tak bagi ibu hamil lain nak makan sup sarang burung. Cumanya I accidentally terjumpa jawapan dari seorang doctor yang mengatakan sarang burung tak selamat untuk ibu hamil.

Memang sarang burung yang asli ada khasiatnya tersendiri salah satunya ada anti - aging properties and so on.

Tapi bila ditanya adakah selamat untuk ibu hamil, Dr. Patrick Chia simply said no. Boleh rujuk di http://www.babycenter.com.my/x1044017/is-it-safe-to-eat-birds-nest-soup-in-pregnancy

Dia pun kata disebabkan susah nak dapat bird nest ni, harga jadi terlampau mahal tapi still ramai ibu hamil nak try yang kononnya bagus untuk bayi tapi takde proven facts pun mengatakan ada beza bila makan and tak makan bird nest masa hamil. I think banyak lagi pilihan makanan yang di jamin bersih, selamat dan berkhasiat untuk baby. Dan tak perlu mahal2. 

Ada jugak sesetengah pengeluar yang menggunakan teknik "bleaching" dan menggunakan pewarna tambahan untuk menampakkan sarang burung ni lebih elok. 

Ni satu true story la yang maybe buatkan I tak lalu nak try pun bird nest ni walaupun ada orang nak bagi free. Adik I pernah kerja buat pembersihan sarang burung ni. Kerja dia buang bulu2 burung kat sarang tu. Ingat senang ke? Dia kata nak bagi betul2 bersih bukan senang sebab bukan bulu je melekat, sekali najis dan serangga pun ada. Tapi dia dapat upah 50sen je kot untuk satu sarang burung yang dibersihkan. Yang herannya awat dijual dengan harga yang sangat mahal pulak kan.

Owh lagi jawapan dari Dr.Zubaidi, dia pun tak syorkan sarang burung ketika hamil sebab ramai yang mengadu baby yang dilahirkan dapat alahan disebabkan ibu amalkan sarang burung ketika hamil dan menyusu. Boleh baca sendiri di http://drzubaidi.com/blog/makan-sop-sarang-burung-ketika-hamil/

Tapi kalau u all dah ada experience amalkan sarang burung masa hamil boleh lah share. Sebab ada juga kata boleh elakkan kuning baby. Betul ke?

Sunday 21 December 2014

Cara kurangkan/legakan batuk ketika hamil dengan madu Acacia


(Bunga Acacia Kuning) 

Sejak preggy kali kedua ni I kerap batuk. Masa first trisemester dulu after lega demam batuk still berlanjutan sampai dua minggu. Hubby siap marah sebab I taknak makan ubat.

Yela I tahu condition badan I macam mana. Even tak preggy pun I kalau batuk memang susah nak lega walaupun berbotol ubat dah minum. Dah preggy mestilah lagi teruk sistem imunisasi kita sebabnya badan kita tengah protect baby dalam kandungan. So nak mengharapkan batuk dengan cepat memang tak dapat la kan. 

Untuk sedapkan hati hubby  I telan jugak ubat batuk tapi dah pesan siap2 untuk ibu hamil punya. Beli kat farmasi je. Jenama zecuf yang herbal syrup.  Walaupun minum 2 kali sehari sampai nak habis sebotol I still batuk teruk. Malam2 lagi teruk time tido.Sampai macam sesak nafas dan langsung tak boleh tido.



Masa I demam tu anak I pun demam dan batuk jugak. Dia pun spesies susah nak telan jugak ubat. Tapi dia kerap minta nak makan madu. I bagi dia madu Acacia sebotol kecil harga dalam rm10. Nak tido malam I bagi minum 1 sudu kecil je. Alhamdulillah I tengok dia cepat je lega batuk. So I pun gigih minum madu Acacia pulak walaupun tak gemar sangat manis2 ni. Sebelum tido I ambil 1 sudu kecil jugak dan terus tido. Jangan bilas mulut dengan air kosong biar je rasa madu tu melekat di mulut dan di tekak. Alhamdulillah berkesan jugak untuk I, dah tak batuk waktu tido dan nyenyak je sampai pagi. 

Lepas dah lega batuk dulu, ni preggy dah nak masuk 6 bulan datang pulak batuk. Madu Acacia tu dah  habis, nak kena cari kat kedai timur tengah baru ada. I saja try madu yang murah sikit beli kat supermarket je. Tapi I rasa tak berkesan macam madu Acacia. Patut dalam banyak2 madu, kakak kat kedai timur tengah tu syorkan madu Acacia kalau untuk batuk.Ni nak kena pergi cari jugak la madu Acacia. Anak I pun suka pulak dok teman I batuk sekali. Nak nak pulak sekarang ni musim hujan kalau keluar je mesti kena jugak tempias.

Selain dari melegakan batuk I ada jugak terbaca madu Acacia ni bagus untuk sesiapa yang ada tekanan darah rendah, yang selalu pitam,dan untuk kurangkan kolesterol tinggi.

Subhanallah, memang madu ni Allah dah anugerahkan untuk menyembuhkan penyakit. Jadi kalau jumpa beli lah jadikan amalan. Walaupun mahal sikit tapi sangat bagus dan berkhasiat. Make sure beli yang asli. I rasa yang kat supermarket tu susah kot nak jumpa yang asli sebab tu kurang berkesan..

Cara turunkan tekanan darah tinggi ketika hamil




Masa first pregnancy dulu I rasa I kena kerap pergi klinik walaupun belum masuk 3rd trisemester. 

Salah satu sebabnya berat naik dengan banyak sangat lebih dari sepatutnya. Kalau ikut kenaikan normal masa hamil cuma 0.5kg je seminggu..Tapi I tiap2 minggu naik 1kg..Gamaknya regular check up yang sebulan sekali dah jadi macam berkali-kali sebulan.

Ada dalam sebulan tu I kena hari-hari kena pergi amek BP (blood pressure) selama seminggu sebab nurse risau kenaikan berat I boleh mendorong kepada kenaikan tekanan darah jugak. Kenapa risau? Sebabnya boleh bagi effect pada baby.Kalau tekanan darah tinggi sangat baby boleh lemas dan meninggal dalam kandungan. 

I ada dengar cerita ex-roomate I kat hospital masa nak bersalin dulu dia kena operate 4kali sebab setiap kali pregnant tekanan darah dia sangat tinggi dan tak boleh tunggu normal delivery ,kena operate cepat takut baby lemas. Sampai macam tu kan.

I dulu mana nak tahu risau apa. Yang I tau kalau pregnant makan semahu-mahunya (konon untuk 2 orang katakan).Tapi tula mitos je kena makan untuk dua orang tu.Baby dalam perut just perlukan 300kalori je sehari itupun ketika masuk trisemester terakhir. Awal2 sebelum masuk 6 bulan patutnya pengambilan makanan macam biasa je macam tak pregnant..Tapi kita makan sampai berkali-kali ganda. Mahunya tak susah nak slim balik lepas bersalin. 

So bila dah tahu i dah la berat mendadak naik, ada diabetes time preggy, kalau darah pun tinggi memang complete set la kan..So untuk cegah darah tinggi I banyak minum (tapi tak la banyak sangat) jus seleri+epal hijau. Memang I dah search ni cara yang selamat untuk turunkan tekanan darah masa hamil.


Petua baru I jumpa untuk turunkan tekanan darah tinggi ialah dengan banyak makan bawang putih yang memang bagus untuk turunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi. Banyakkan makan sayuran hijau macam bayam, brokoli, kacang panjang, kacang buncis, timun.

Kalau dah tekanan darah tinggi masa hamil elakkan makan terlalu banyak daging, kurangkan masin dan makanan yang dalam tin.

Alhamdulillah dulu masa amalkan jus seleri+epal hijau sudah memadai untuk I. Alhamdulillah setiap kali dipantau tekanan darah berkali-kali di klinik sehinggalah bersalin, tekanan darah I normal walaupun berat naik dengan jayanya..ehe..

Ada kisah benar adik ipar I masa preggy tekanan darah ok je tapi bila dekat bersalin darah naik tinggi so terpaksa operate cepat2. .So pengajaran nya jangan rasa sepanjang pregnant semua ok kita tak perlu jaga pemakanan, kena jaga-jaga ye sampaila baby dah selamat dibersalinkan..Walaupun terpaksa minum jus seleri+epal hijau sampai terpaksa tutup idung buat la jugak demi kebaikan ibu dan bayi..

So bagi yang ada masalah tekanan darah tinggi boleh la cuba tips yang I bagi..insyaAllah memang bagus dan berkhasiat. Selamat mencuba.



Saturday 20 December 2014

Barangan keperluan bayi newborn


(from google)

Bila dah nak hampir ke 3rd trisemester, kalau boleh kita dah boleh mula buat checklist barangan keperluan bayi yang akan dilahirkan nanti..Banyak barang2 yang kena disediakan tambahan pulak barang2 baby ni agak mahal jugak. So kalau nak beli sekaligus nanti parah la jugak kan. Jadi kalau dah ada checklist senang la nak tengok apa yang nak dibeli dan apa yang dah dibeli.

Walaupun ni 2nd pregnancy I still kena buat checklist baru sebab banyak baju newborn dah sedekah bagi baby lain..Yang tinggal baju yang dah besar dan tinggal baju girl je. So memang nak kena beli baju unisex untuk newborn baru jugak kan..Kalau boy nanti takkan nak pakai skirt kakaknya je..uhu

So checklist untuk newborn (kuantiti ikut bajet masing2)
1) Diapers newborn (ni awal2 boleh beli 2 bungkus terus sebab keperluan harian)
2) Kain lampin/kain bedung
3) Kain tuala
4) Barut baby (perlu banyak jugak sebab nanti akan ada kesan darah pusat baby yang belum luruh or kesan yak)
5) Krim drapolene (incase ada nappy rash)
6) Selimut baby
7) Bantal, tilam baby (spare sarung lebih)
8)Sarung tangan dan kaki (tangan tak perlu banyak sebab kejap je pakai yang penting lebihkan stokin kaki)
9) Minyak angin untuk sapu lepas mandi or untuk kembung perut (elakkan yang terlampau panas)
10) Bedak, losyen, sabun head to toe, pengetip kuku, sikat, cotton buds, kapas untuk cuci pusat, minyak zaitun
11)Tuala tangan (untuk lap muak ke)
12) Botol susu (untuk simpan EBM)
13) Pump susu (I suggest yang automatik cthnya medela, tapi kalau gigih boleh la guna yang manual.Agak perlu untuk elak bengkak susu dan untuk lancarkan pengeluaran susu awal2)
14) wet tissue dan tisu (and optional spray sebab I akan bilas dengan air kosong dan lap dengan tisu lepas cuci dengan wet tissue sebab rasa lebih yakin dan suci..ehe)

15) Kelambu baby (kalau rumah u banyak nyamuk or binatang berterbangan)
16) Baju seluar baby (hampir lupa I barang paling penting ni..uhu)
17) Tungku baby (incase baby kembung dan susah nak cari daun kaduk kat tempat u so better ready je)
18) Besen mandi baby
19) lain2 seperti stroller, baby car seat,baby cot, beg untuk barangan baby, termos, Bakul sampah, bakul baju, hanger baju, penyepit baju, sabun untuk basuh baju kain baby, pelapik getah untuk elak tilam basah time tuka lampin,berus basuh botol, or puting

*Tu je kot setakat yang I ingat. Nanti dekat dah nak bersalin boleh la ready barang2 untuk ke hospital pulak.Letak siap2 dalam beg dan kalau boleh letak dalam keta siap2..Nanti I update barang keperluan yang perlu dibawa ke hospital untuk ibu dan bayi..Selamat buat checklist..Banyak kan nak kena ready..

Kesan Hb rendah ketika hamil



Dulu masa first pregnancy I taktahu pun apa tu Hb and tak pernah ambik kesah pun.Sebab nurse or doktor takde beleter pasal tu pun. Yand diorang berleter sebab I overweight dan ada GDM(diabetes ketika hamil). Siap kena jumpa dietician lagi.

So kalau u all buat regular check kat klinik diorang akan amek darah kat ujung jari dan dari situ lah korang dapat bacaan Hb.

Well Hb(Hemoglobin) ni berkait rapat dengan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan kita. So masa hamil kita memang kena extra alert dengan paras Hb sebab boleh bagi kesan pada bayi dalam kandungan. Ramai jugak yang Hb rendah usually paras bawah 11 dan boleh sebabkan Anemia. Bahayanya ibu  akan selalu rasa letih, boleh pitam dan boleh sebabkan bayi meninggal dalam kandungan. Takut kan. I baru tahu kesannya sampai macam tu sekali.

First pregnancy dulu Hb memang cantik je dalam range 12-13 sampai bersalin. Stakat preggy kali kedua ni so far Hb still cantik lagi dalam 12 macam tu..Tapi jangan over confident sangat sebab towards 3rd trisemester nanti kena jaga jugak takut boleh drop Hb..Ada kes awal2 Hb cantik sampai 14 tapi boleh drop ke 9 bila masuk 3rd trisemester.

So penjagaan makanan semasa hamil ni sangat2 penting. Make sure ambil makanan yang ada elemen zat besi, asid folik , vitamin B12 contohnya daging merah, kekacang, bijirin termasuklah nasi, sayuran hijau seperti sawi, bayam, brokoli, buah2an sitrus macam oren ke, anggur or persimmon.Ada jugak yang suruh makan hati dan kerang untuk tambah darah tapi makan hati tak berapa elok sebenarnya sebab kat hati lah tempat toksik2 terkumpul dan kerang pulak sekarang ni macam tak berapa safe je sebab bertoksik jugak. So pilihlah yang mana selamat. Kalau tak lalu nak makan daging (macam I), bolehlah amalkan supplemen yang doctor suggestkan. I amek obimin walaupun bukan tiap2 hari..
Tapi jangan tiru macam I kalau Hb u dah paras bahaya..Make sure amek supplemen tu dengan air jus so that senang dihadam dan diserap ataupun ambil dengan air suam kosong je..Jangan ngengada nak minum dengan air teh or kopi sebab kafein ni yang akan makan zat2 tu..Jadi sesiapa yang Hb rendah cuba try tak minum teh or kopi..


Wednesday 17 December 2014

Resepi spageti bolognese mudah


TADA!
My simple bolognese spaghetti. .Takde fancy garnish , cheese bagai janji sedap bertambah-tambah makan..hee
Sejak preggy kali ni rasa malas nak masak yang kena tunggu pecah minyak la, yang ambil masa yang lama la sebabnya I kalau dah lapa tak boleh dah tunggu..satgi konfem masak lama2 last2 tak sedap..uhu..so I masak yang senang, tengok barang apa yang ada dan campak2 saja tunggu siap masuk perut.Alhamdulillah..

So sesiapa yang nak try resepi mudah spageti mein version silalah cuba.

Bahan-bahan:


1) Sos bolognese
- tak kisah brand apa..Prego mahal so I guna kimball jimat ekonomi dan sedap je

2) Chopped tomatoes 
-ni pun tak kesah nak rajin chop sendiri fresh tomato or malas sangat beli je yang dalam tin..

3) 3 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah or 1 bawang besar, 1 carrot dipotong dadu, cincang cili padi merah untuk tambah pedas 
-ikut suka nak letak sayuran apa pun, I letak carrot sebab tu je ada..oho

4)Daging cincang @ tuna 

5) Garam, 1 kiub ayam,1 sb oyster sos,1sb sos tomato

Cara-cara memasak:
1)Panaskan sikit minyak dan tumis semua bahan no (3) sekali dengan daging cincang sampai garing jangan hangus
(Boleh cuba ganti daging dengan tuna..I prefer tuna lagi sedapp)

2) Masukkan chopped tomatoes bila bawang dah garing, then masukkan sos bolognese 
(Sos bolognese I letak separuh je sebab macam dah ok rasa dia..takut banyak sangat masam lak..but depends on your taste)

3) Perasakan sos dengan garam, kiub ayam , sos tiram, sos tomato sampai rasa sedaap..Biarkan kuah mendidih dan siap..

4)Boleh hidangkan dengan spageti or any kinds of pasta ikut selera masing2 .

SELAMAT MENCUBA!!

P/S:
kuah lebihan kalau dah bosan makan dengan spageti boleh buat lasagna pulak..tunggu mein version untuk lasagna roti yang senang, yang mudah, yang cepat dah yang sedapp!!


Tuesday 16 December 2014

Resepi Tiramisu mudah

Dah banyak hari I tak update blog I harini I marathon qada' post yang tergendala..Aha..
I kalau dah start malas akan melarat sampai berhari-hari..Tengok2 dalam 6 hari tak ada post baru..Ada je topik tapi kemalasan menguasai..Tambah pulak sekarang ni rainy and moody season so agak mempengaruhi jugak la emosi I..So back to the topic, lebihan cupcake 'super manis' I aritu I tak sanggup nak telan sebab manis sangat..Tapi anak I tiap2 hari minta..Tapi sehari I bagi 1cawan je..Kena control jugak sugar intake dia risau la kan takut kena kencing manis lak kecik2 lagi..

So untuk trick tekak dan perut I, I plan nak buat tiramisu lak guna cupcake tu..Ubah selera dan menggemukkan lagi..Aha..

Resepi yang senang jugak..


Bahan-bahan seperti dalam gambar di atas iaitu:
1) Cupcake 
(ofcourse u all boleh guna kek lain cth sponge cake, swiss roll, biskut meri dan roti pun boleh sebenarnya..ikut kreativiti)
2) Esen vanilla 1sk
3) Serbuk nescafe dan air untuk bancuh
4) 1/2 cawan gula
 (boleh kurangkan dalam kes I yang dah ada super manis punya kek)
5) Whipping cream 250ml
6) Cream cheese 250gram
7) Serbuk coklat

Cara membuat tiramisu mudah
1) Pukul gula, whipping cream, cream cheese, esen vanilla sehingga sebati.
2) Dalam bekas yang lain, rendamkan kek dalam bancuhan nescafe. Guna dalam lebih kurang 1sk je serbuk nescafe, kalau banyak sangat nanti pahit pulak..Boleh ganti dengan rendaman milo atau susu.
3) Cara susun:Masukkan adunan cheese sikit di bawah, then cake yang dah direndam, then adunan cheese, then tapis sedikit serbuk coklat, then keep on layering ikut suka nak berapa lapis.Bila dah siap letak dalam peti ais, dah sejuk baru sedap !!

Done! Ni hasil tiramisu I..Dengan bahan-bahan yang digunakan I dapat dalam 2 bekas ni..jenuh nak menghabiskan..owh cupcake I potong2 dulu sebelum rendam..



SELAMAT MENCUBA!!!

Resepi mudah cupcake coklat lembap

Sekarang anak dara I kerap minta kek..Kerap minta buat kuih, buat kek. Siap buka peti ais amek telur, sambil pegang telur tanya 'mana tepung mummy?'..Sampai serunding mummy yang dalam plastik pun dia kata tepung kek..
uhu..Mummy dah la tak berapa sangat baking ni..Makan pun tak berapa minat..
Tapi anak punya pasal kena la jugak google resepi yang mudah dibuat..
So first attempt buat cupcake:

Resepinya simple je guna 1 cawan smua sukatan..boleh dapat dalam 10 cupcakes ikut acuan dalam gambar tu..I malas nak bake so I kukus je..boleh tinggal bape lame pun tak risau hangus..
So sesiapa nak try boleh la try. Tapi I rasa resepi ni agak super manis la keknya walaupun I dah kurangkan sikit gula..Jadi sesiapa yang tak suka manis boleh kurangkan gula..

Bahan yang diperlukan:
1) Tepung gandum 1 cawan (I rasa better guna self rising flour)
2) Gula castor 1 cawan
3) Minyak masak 1 cawan
4) Susu pekat manis 1 cawan
5) Telur 2-3biji
6) Soda bikarbonat 1sd
7) Baking powder 1sd
8) serbuk coklat 1 cawan
9) Air 1 cawan

CARA2 BUAT:
1) Satukan gula, serbuk coklat, minyak masak, air, susu pekat dan masak dengan api sederhana sehingga semua sebati..
2) Biarkan adunan sejuk sedikit kemudian pukul dengan telur.
3) Gaul sekali dengan tepung gandum, serbuk soda dan baking powder. (I agak konpius apa bezanya baking powder dan soda bikarbonat ni..bukan same je ke dedua ni?)
4) Masukkan dalam acuan dan kukus sehingga masak.
Done! Senang kan..Tapi kek I macam ada ralat sikit..Eh banyak sebab I guna apa ja bahan yang ada kat umah.I gantikan serbuk coklat tu dengan coklat bar masakan..Erm rasa kurang coklat sikit berbanding serbuk coklat..

Patutnya kek ni ada coklat glaze tapi I tak buat sebab kek ni dah telampau manis nanti glaze pun pakai susu pekat lagi..memang boleh diabetes la..So I suggest kurang sukatan gula atau susu pekat manis tu kalau nak try..

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 10 December 2014

Cara tahu tarikh 'due date pregnancy'

Untuk first timer I rasa tak ramai yang tahu macam mana nak calculate EDD (estimate due date) sendiri kan?It's so easy actually if u know the first day of your period..
Masa pregnant anak pertama dulu I sendiri tak ingat bila first day period..Yela tak pernah nak kira pun daripada sebelum kahwin lagi..
So bila nurse tanya untuk estimate the due date I tak tahu bila first day period..Ingat last day je sebab esoknnya I nikah..aha..sebab tu cepat je melekat..
So untuk kali kedua ni memang I siap take notes lagi letak kat calender phone..So dari situ kita boleh kira sendiri edd baby..


Start kira dari hari pertama period sampai 40minggu and that's it..you akan dapat edd baby..kalau malas nak tengok calender sendiri boleh google search 'EDD calculator'..letak tarikh hari pertama period dan calculator akan keluarkan tarikh edd..easy as that..

Hari tu masa I pergi daftar untuk 2nd pregnancy kat Klinik Kesihatan I kena sound jugak lak sebab lambat sangat pergi daftar.. Doctor tu siap cakap kandungan I dah 5bulan..Kalau doktor tu nak kelentong I masa first time dulu konfem I percaya bulat2..But now not anymore la doctor..I dah calculate I punya Edd sendiri and I am keeping my track so I tau doctor tu tak betul..I terus balas balik I kira baru 16weeks macam mana pulak dah 5 bulan?And I tau I sepatutnya datang scan masa minggu ke 13 macam tu tapi takkan nak marah2 macam I budak2 lak..Cakap and tanya elok2 tak boleh ke. I pun ada sebab I kenapa lambat..

So bila doc tu cakap I dah 5bulan hamil , dah tak pasal2 I dengan bijaknya kira balik berulang kali 16weeks/4 takkan sama dengan 5bulan kot? Mentang2 I tulis kat depan buku merah tu I SRT je, awak ingat saya tak reti bahagi ke? Next time appointment I akan scan kat luar je doktor..Dah la scan pastu takde nak cakap baby macam mana ok ke tak, mana kaki tangan kepala perut semua..owh I memang geram..Berlagak semacam..I prefer doktor2 sebelum ni tapi diorang dah takde kat KK tu..Schade..

But nevermind, ni contoh EDD calculator yang I dok guna jugak..So u all pun boleh try kat sini..

http://www.babycenter.com.my/pregnancy-due-date-calculator

Kegawatan ekonomi 2015? Mungkinkah?

I tahu topik ni agak lari dari kebiasaan I..Selalunya pengulas ekonomi yang layak tulis tapi sebagai Malaysia citizen I tetap ada rasa risau mengenai perkara ni..

Ada tak yang risau dengan berita yang kurang diwar2kan ni?
Hubby ada bagitau mungkin ada yang forward di whatsapp berkenaan ekonomi Malaysia yang bakal gawat tahun depan?Pernah berlaku pada tahun 1997 perkara yang sama disebabkan harga minyak dunia jatuh.
Dan sekarang pun harga minyak sedang jatuh, nilai ringgit malaysia pun jatuh banyak berbanding Us dollar..

Bila hubby cakap macam tu I reply yang akan rasa impak teruk rakyat yang susah la..Bertambah susah la kan..I tak rasa menteri2, jutawan2 akan rasa impak ni sangat.Ye mungkin keuntungan mereka merudum dalam apa jua bisnes tapi I rasa diorang still dapat makan, pakai, berkereta mewah lagi..Tak tahu la kan mungkin diorang akan kata sebaliknya..I rasa je macam tu..

Kalau diikutkan tahun 1997 tu Malaysia tengah gawat kan and ofcourse I tengah kanak2 je masa tu..No wonder I tak rasa any different pun..Takde nak risau macam sekarang pun. Masa tu mesti our parents sangat struggle kan tambah yang bekerja sendiri. Yang bekerja kerajaan mungkin secured sikit..So I guess now is our time to feel it..And not to be surprised I'm quite worried. Yela kita baru je nak membina keluarga, anak dah nak masuk dua, hubby je yang keja sorang2..Kerja sendiri pulak tu..agak kerisauan untuk menghadapi sesuatu yang melibatkan ekonomi dan wang ringgit ni..

Sekarang ni bukan senang nak dapat tempat kerja walaupun belajar tinggi mana pun..Macam I..Bukan taknak keja tapi hubby nak I keja yang dekat2 je..Biar bebaloi..Kalau I cerita orang takkan faham. Orang akan cakap nak seribu daya, taknak seribu dalih..
Kita dah kahwin ni terpaksa la ikut kehendak suami macam mana pun walaupun kita sendiri rasa macam boleh je buat macam orang lain. Ramai je yang duduk jauh asing2 semata2 nak cari rezeki. I pun tak kisah macam tu tapi hubby I kisah nak buat macam mana lagi..Nanti duit banyak habis kat jalan je kan..
Nak mula bisnes online I dok pikir jugak bisnes apa yang sesuai dengan market. Kalau I jual kain ela online agak2 boleh jalan tak?
Kalau search kat internet cara nak tambah pendapatan dari rumah semuanya pasal bisnes MLM je..

Sorry bukan I tak pernah try, I cuma tak suka cara bisnes tu dijalankan.. Senang cerita semuaanya propa je konon nak tolong orang padahal nak tolong periuk nasi sendiri..Cuba kalau orang bawah dia tak boleh commited, confirm dah takda orang nak tolong dah..ilang terus ayat2 manis selama ni..
Ye lagi satu apa yang buatkan I tak suka MLM ni kita terpaksa convinced kan orang tentang produk yang tak seberapa tapi harga tah apa2.Owh another thing kita kena pulak tunjuk handbag mahal, kereta mahal, brand itu brand ini untuk pancing orang..I tak reti nak buat macam tu..Kadang2 terpaksa bercakap sinis perli tentang susuk tubuh orang(ni kalau jual produk kurus or bengkung moden la) so that orang tu akan terasa untuk try kurus dengan produk sekian kian..
Sorry kalau I emoksi..Ni kalau warga MLM baca jangan serang I pulak ni just my personal views je..Ramai je yang berjaya dengan MLM kalau diorang boleh ikut dengan cara MLM tu. 

So I think I agak lari dari topik dengan banyaknya..Kalau berbalik pada topik asal boleh cuba renung2kan berita di bawah.Mungkihkah Malaysia bakal berdepan darurat ekonomi tahun 2015?



http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=220622:2015-malaysia-bakal-berdepan-darurat-ekonomi&Itemid=2#axzz3LVAjk8yW


Tuesday 9 December 2014

Cegah jaundis/demam kuning bayi sejak dalam kandungan

Walaupun kita dah ada pengalaman hamil dan walaupun anak dah ramai, I rasa setiap kehamilan mesti mendebarkan kan? So do I..
Macam2 yang dirisaukan sebagai ibu yang diamanahkan untuk membawa, menjaga kandungan sehingga sampai waktu matangnye..Letihnya, beratnya, sakitnya hanya ibu yang rasa. Tetapi ramai juga yang seringkali salahkan ibu yang mengandung jika terjadi apa2 apa bayi yang dikandung tu..
I ada dengar dengan telinga I sendiri, ada yang cakap kalau si ibu tu elok perangai, elok la perangai anaknya nanti..I juga ada dengar kedegilan anak disabitkan dengan perangai ibu yang mengandungkan anak itu. I rasa tak fair kalau macam tu kan? Para bapa pun main peranan juga..Mana datangnya bayi kalau si ibu sorang je usaha..Jadi para bapa tolong jangan lepas tangan 100peratus. Kena tahu juga pantang larang ketika isteri hamil, apa amalan yang bapa boleh lakukan, serta banyakkan la juga membaca untuk tahu ilmu2 sepanjang kehamilan..

Owh I hampir telupa pada tajuk asal, sebabnya I emoksi sebentar dan risau semalaman bila banyak membaca tentang jaundis pada bayi. Anak I yang pertama kena juga kuning dan hampir 2 minggu juga untuk reda.

Kalau dulu ingat kuning ni biasa je tak membahayakan bayi.. Rupa-rupanya tak, jika terlalu tinggi kuning selalunya jika bacaan atas 400, boleh menyebabkan kematian. Jika bayi selamat pun, boleh sebabkan komplikasi lain seperti kecacatan otak, lumpuh, pekak..Mana tak risau kan kalau tahu boleh sampai tahap tu..

Dulu pun taktahu apa sebab kuning ni sebenarnya, nurse yang datang rumah ada sebut pasal bilirubin. .Ape kebende tu kan? Dia takda explain lebih pun. Apatah lagi kita ni bukannya belajar medic pun..

Setelah dikaji dan dibaca (dikaji la sangat kan..ehe) senang je nak paham konsep macam mana boleh tercetusnya jaundis pada bayi ni.

Nak senang cerita secara fisiologinya sistem badan manusia sama ja. Cumanya bayi ni ada organ yang kurang matang lagi berbanding kita yang dewasa ni.Jadi ada certain proses yang tak berapa nak lancar. 
Dalam badan kita ni, sel darah merah yang terurai atau mati akan menghasilkan partikel bilirubin.  Bilirubin ni pulak jenis tak boleh larut dalam air. Untuk jadikan ia larut,ianya dihantar ke hati untuk jadikannya larut air..Setelah jadi larut air, bilirubin akan dikumuhkan melalui air kencing atau najis melalui saluran hempedu. Sebab tu kalau rajin perhatikan najis (disgusting tapi untuk pengetahuan je), ada warna kekuningan pada najis dan air kencing kita..

Proses yang sama berlaku dalam badan bayi, cumanya terdapat lebihan bilirubin dalam badan bayi sebab hati mereka tak dapat proses semua bilirubin menjadi larut air. Sebabnya mungkin hati bayi belum cukup matang, dan sel2 darah merah mereka terurai lebih cepat dan lebih banyak berbanding kita. Sebab tu lebihan bilirubin ni menghasilkan jaundis pada bayi..Untuk kes yang agak teruk, lebihan bilirubin ni boleh naik ke otak, itu yang membahayakan.

Kalau boleh kita mesti nak cegah atau mengurangkan jaundis bayi kan. Sebenarnya ada ikhtiar yang boleh kita cuba sejak dari hamil lagi. Takkan nak tunggu dan lihat bayi keluar baru nak ikhtiar macam2 petua kan..

So ini antara usaha yang kita boleh buat ketika hamil. Ikhtiar ni tidak dijamin bayi anda langsung tidak akan terkena jaundis ye, atleast kita usaha, doa dan baru tawakal kan?


Ok ni makanan amalan yang u all boleh amalkan sepanjang kehamilan. Buah delima, buah tin, minyak zaitun, madu, Saffron dan kurma. Tapi I tahu susah la nak makan semua serentak kan, tapi atleast cuba amalkan antara makanan tersebut. Macam I susah jugak nk beli buah delima yang fresh selalu, kurma lak kalau musim tak puasa susah nak jumpa yang elok2..So I amalkan yang mana mudah, contohnya I minum pati delima, pati kurma..Boleh dapat kat kiosk or kedai jual barangan dari timur tengah. Untuk pati delima I minum guelsan. I bancuh siap2 pati delima+pati kurma (power roots) tanpa gula dalam botol besar dan dalam fridge.  So senang nak minum bila2 je..Buah tin pulak I makan yang kering yang bulat2 kecil tu..ada rasa crunchy dari biji dia dan sedap..Siap berebut lagi dengan anak dara I..Madu memang ada I minum sekali dua kala sebab I tak gemar sangat yang telampau manis. Tapi anak dara I tiap2 hari minta nak minum madu..Habis kat dia je..Tapi Alhamdulillah kalau dia batuk pun cepat je dia lega berbanding I walaupun dia tak makan ubat batuk langsung..Kalau anak u all batuk boleh try madu Acacia..Alhamdulillah berkesan..I sendiri amazed..Kalau I batuk, and minum Acacia malamnya Alhamdulillah dapat tido lena tanpa gangguan batuk..Kalau tak ,boleh sesak nafas sebab batuk tak berenti time tido walaupun dah minum ubat patut..So I memang prefer madu Acacia berbanding ubat batuk farmasi..

So back to the topic, senang je kan nak amalkan makanan sunnah ni..Kalau saffron I tak try lagi sebab macam mahal sangat je..Minyak Zaitun pun I belum try, I ingat nak amalkan masa 3rd trisemester nanti itupun I cadang nak telan yang dalam bentuk capsule je mudah dan senang tak perlu tuang bagai..Minyak zaitun ni jugak dapat mudahkan bersalin insyaAllah.  U all boleh cuba jenama Misyam senang nak beli kat mana2..kalau tak jumpa bagitau I boleh tolong belikan..ehe

Then I ada jugak baca ada doktor larang kalau boleh masa hamil ni elakkanlah makan jajan, makanan yang mempunyai pewarna..uhu yang ini boleh terbabas jugak kan..Time preggy ni la rasa sedap sangat megi bagai..
Ada juga mitos elakkan pakai pakaian warna kuning masa hamil (ni I tak tahu betul ke tak?)

So ni amalan yang mudah yang kita boleh usahakan ketika hamil. Bila bayi dah keluar nanti kalau boleh awal2 seminggu dua tu elakkanlah makanan yang terlampau panas contoh yang banyak lada hitam, daging sebab bayi yang jaundis suhu badan mereka agak tinggi.no wonder kita panggil demam kuning kan..So takut kalau bf nanti boleh tinggi kan lagi suhu badan bayi kalau kita pun makan yang panas sangat..Sebab tu jamu pun tak boleh kalau awal2 dalam pantang..

Then setiap pagi, rajin2 lah urut atas kening bayi sambil selawat dan doa supaya kuning tak naik ke kepala..
Jaundis akan mula pada hari ketiga bayi dilahirkan, jadi jangan leka dan selesa sangat kalau bayi pada hari pertama dan kedua nampak ok je..Kalau dia tido lena sangat dan kurang sangat minum susu tu anda patut risau awal2. .Better biarkan dia berjaga setiap dua jam, biar menangis lagi bagus, dan susukan setiap dua jam tu..Buat senaman sikit gerakkan tangan dan kayuhkan kaki bagi aktif sikit.. Lagi aktif bayi lagi cepat kuning berkurangan..Ingat susu sekerap yang boleh sebab kita nak bayi tu kencing dan yak sekerap yang boleh untuk kumuhkan bilirubin dalam badannya..

Boleh jugak cuba terapi cahaya dengan menjemur di waktu dhuha sebelum dimandikan, contohnya dari pukul 8-9.30pg je..Jangan lebih dari waktu tu nanti jadi udang bakar lak baby tu nanti..cara nak berjemur tanggalkan pakaian tinggal pampers je..Sama macam phototherapy yang guna lampu biru kat hospital cuma kita boleh buat sekejap je la dengan cahaya matahari ni..

Selain dari semua tu yang penting kena ikut nasihat nurse yang datang pantau, buat regular blood test untuk tentukan bacaan jaundis bayi..

Banyak je lagi petua orang tua2 spt mandi air daun la, tak boleh pakai warna kuning la..So pandai2 lah kita tengok yang mana rasional..




Sunday 7 December 2014

Punca pedih ulu hati ketika hamil. (Heartburn during pregnancy)

Untuk kandungan kedua kali ni simptom yang I rasa memang totally different than the first one.
Ketika awal first tri semester, selalu sangat rasa pedih ulu hati, perut berangin dan sebu. Tambah2 bila waktu malam nak tido. I taktahu pulak kalo hamil boleh ada simptom ni. Ingatkan dah rasa semua masa hamil anak pertama dulu. Rupa-rupanya ada lagi simtpom lain yang belun diterokai..ehe

I ada jugak perasan kalau I makan malam mesti tak boleh tido malam tu rasa pedih sangat2 dada. So I mula search ade ke simptom pedih ulu hati time hamil ni..?Rupa-rupanya ramai jugak yang rasa macam tu.

Basically our biological system masa hamil memang lain daripada hari2 lain sebab hormon dah lain. Masa hamil ni la hormon progestogen meningkat dan menyebabkan otot2 dalaman menjadi lebih lembut..Otot rahim mula lembut untuk jadi tempat yang selesa untuk baby..iyela tu kan..ehe

Selain rahim otot lain pun jadi lembut jugak salah satunya apabila otot esofagus melembut, asid dari perut dapat naik  ke atas..Esofagus kita ni ada macam injap yang sepatutnya menghalang isi perut naik balik ke mulut. Macam one way je la patutnya..Tapi bila otot jadi lembut dan kurang kenyal, injap ni macam tak dapat berfungsi seperti yang asal sebab tu asid perut boleh terjah naik dan buatkan kita rasa pedih dan terbakar kat dada..uhu menghakis agaknye kan?

Sebab hormon progestogen jugak penghadaman kita akan jadi makin slow.Sebab tu boleh rasa sebu je perut.

Tapi pedih uli hati ni tak bahayakan kandungan pun cuma ibu yang hamil kena tahu la cara untuk kurangkan rasa pedih tu kan..Kalau tak ,nak tido malam pun tak boleh.

Antara cara yang I dah cuba dan Alhamdulillah berkesan iaitu I elakkan makan malam lambat. Kalau lebih pukul 9 malam tu I elakkan daripada makan. Dan I dah tak minum kopi. Sebab kalau I minum kopi i perasan bertambah pedih dada i..Cuma kalau teringin pun siang hari je, tu pun tak selalu sebab minum kopi elok sangat time hamil nanti baby tak cukup zat pulak..Sebab kafein ni macam pemusnah zat2 dalam badan jugak..Nanti baby tak cukup berat.

Ada yang suggest kalau teruk pedih ulu hati boleh minum gaviscon dan itu pun yang disyorkan doktor. Cumanya I tak lalu gaviscon ni sebab rasa payau semacam je.
So sesiapa yang ada masalah yang sama boleh try tak makan malam, awal2 susah jugak. Tapi kalau dah makan nasi sebelum magrib tu insyaAllah tak lapa dah kot malam2 kan.

Teringat masa hamil anak first dulu, kalau tengah nak tido lapa hentam je bangun makan tengah2 malam. Masa tu dok percaya mistos kalau pregnant kena makan untuk dua orang..uhu..Tersangat la jahilnya I..Dah tak pasal2 naik 20kg sepanjang hamil dulu.. Kali ni tak tahu la macam mana lak..

More info regarding heartburn u all boleh baca kat sini. Sebab kalau teruk sangat heartburn ada jugak kesan lain..So rajinlah membaca ye ;)


http://www.babycenter.com.my/a25004833/pedih-ulu-hati

Saturday 6 December 2014

Cara tangani anak-anak lelaki yang nakal

I actually couldnt sleep until I write all those words in my minds.

Anak-anak yang nakal ni, kenakalan mereka seperti diperturunkan kepada adik2 di bawah..Kalau si abang nakal, si adik akan ikut belajar dan jadi nakal jugak.. Atau jadi lebih nakal..Nauzubillah himinzalik..

So cerita ni sekadar pengajaran  berkenaan kenakalan anak-anak dan peranan ibubapa dalam membentuk mereka..uhu..
 
Tadi lepas magrib, the whole families pergi makan. Amongst those is a family with 3 little boys ; 7yrs,4yrs and 2yrs old. I memang kenal dengan mereka. I tau anak pertama ok takda lasak tapi mulut pun je pedas, anak kedua dan ketiga diorang punya nakal sampai satu tahap tu I sendiri boleh naik geram.

As adults kita paham perangai kanak-kanak ni memang ada yang nakal. Tapi yang I tak pahamnye parents kanak-kanak ni langsung macam tak kesah dan seperti membenarkan setiap kelakuan anak-anak tu.

Contoh yang jadi betul2 depan mata I, anak yang ketiga ni baru je masuk rumah tetamu terus pergi cepuk kat pipi baby tuan punya rumah tu..apa lagi meraung la baby tu tekejut and ofcourse la sakit kan kena pelempang. Si baby ni baru nak bertatih dan kena tolak dari belakang. Memang tak boleh lepa sesaat..Asyik jadi bahan je.. I tahu ni kesannya sebab anak ketiga ni pun selalu jadi bahan abang no 2 tu..Masa dia baby selalu kena dengan si abang..So bila mak bapak tak tegur, si adik akan belajar buat benda yang sama yang tak salah di mata mak bapak mereka..

Anak I pun penah kena penumbuk penampar depan mata I.Siap penah kena tumbuk kat dada sampai menangis anak I..bunyi tumbukan yang boleh senak dada.. Si ibu budak tu langsung tak marah siap cakap," owh dia gurau latu ,macam dia gurau dengan abg2 dia"..what?? Gurauan boleh membuatkan orang ketawa ok bukan menangis or menjerit sakit!..I clearly cannot accept these kind of jokes..Sorry! Si bapanya pulak sama siap menambah cakap, "tu dia nak gurau macam dia gurau dengan abg A dia la tu"..what?? again??Dah I pulak kena pikir ayat yang rasional  dan molek untuk tegur budak tu depan mak bapaknya. I cakap "ni gegurl bukan boy, dengan girl tak boleh macam tu, tak boleh kasar, nanti dia nangis susah". Kalau anak I sendiri yang buat macam tu pun I tak bagi chance. Kalau dengan mulut tak jalan teguran, dengan tangan pulak I ajar nanti..Setiap kali anak I main dengan diorang I jadi risau sebab anak I dah pandai mengadu dah ,siap cakap siapa yang buat apa kat dia..

Dah kita pulak nak kena adapt dengan cara anak-anak diorang. Kita pulak nak kena terima itu sebagai gurauan yang menyakitkan anak kita sendiri..Jangan kita rasa perangai anak kita ok macam tu, so orang lain pun kena accept macam tu..I pulak yang risau sebab anak I yang girl ni nampaknya dah mula belajar gurau macam tu jugak..Tapi I tengok bila anak I balas balik nak tampar anak diorang tahu pulak diorang sound anak I..Tahu pulak nak tegur..Padahal anak I baru acah angkat tangan tak kena lagi pun..I memang akan sound anak I kalau diorang tak sound pun. I taknak itu jadi kebiasaan anak I nanti..I siap sound anak I kuat jugak mengharap mereka pun paham. Tadi I ada sound anak I depan diorang bila anak I cuba nak tampar balik. I cakap" Mana belajar tampar2 ni?, Tak boleh tampar orang, tambah2 kat baby"..anak I diam.."dengar tak mummy cakap?, jangan buat lagi macam tu!"...i sengaja keraskan suara and anak I terus nangis.. I biar dia nangis janji dia tahu tak boleh sesuka hati nak tampar orang walaupun budak lain yang mula dulu.

Hopefully parents budak2 tadi dapat message yang I sampaikan.
Nanti jangan sampai anak-anak u all main penampar penumbuk kat sekolah, u all nak jawab kat mak bapak orang,"alah dia gurau je tu, memang macam tu pun dia gurau dengan orang"..silap2 u all pulak yang kena gurauan macam tu dengan anak2 u sendiri nanti. But its too late kalau time tu baru nak sedar selama ni u all tak penah tegur anak2. .

I memang emoksi sebabnya I kenal jugak dengan family lain yang ada 4 orang anak lelaki lagi, lebih kurang sebaya anak2 tadi jugak. Nakal tu nakal tapi nakal dan lasak bila main sesama diorang je tak kacau anak orang lain. Sebabnya I nampak parents diorang jenis yang tegur kalau anak dia cuba nak kacau orang. So lama2 diorang paham memang salah kalau kacau orang lain. And I pernah tengok, tengah diorang lasak main, si abah suruh solat cepat je diorang ikut. Tak perlu nak tegur sampai 10 kali. Walhal umur baru 9thun dan 7thun..yang bawah pulak dalam 2 thun dan yang ke4 still a baby.. I pulak memang tak risau biar anak perempuan I main dengan diorang sebab tak penah jadi kes anak I nangis2 ngadu kena apa2 dgn mereka. Cumanya anak i lari sebab yang umur 2 tahun tu suka sangat peluk cium anak i sampai dia rimas..Tapi bila main dengan si abg2 , lasak jugak memanjat, berlari, bergusti bagai..Sebabnya, parents diorang dah siap pesan and tegur yang anak I tu girl tak sama macam diorang boys. So tak boleh nak bergusti lasak bagai dengan girl. Daripada anak I baby sampai sekarang kalau jumpa mesti parents diorang pesan awal2 kat anak2 diorang macam tu.. Jadi lama2 mereka paham. 

So I nampak perbezaan kat situ, actually anak-anak yang nakal ni boleh well behaved kalau parents tahu didik dan tegur dari awal..Tak salah anak tu nakal, dah ada dalam diri diorang, cumanya parents kena tahu dan bentuk akhlak yang baik so that dapat mengatasi sifat kenakalan tu..Kalau bukan parents sendiri ajar, takkan nak tunggu orang lain sound lebih. Nanti takut terasa susah pulak kan..

Then kalau dari kecil anak-anak yang nakal ni dididik ditegur dari awal, nanti dah besar diorang tahu macam mana sepatutnya layan kaum perempuan. Kalau tak ditegur, I takkan hairan kalau mereka boleh berkasar dengan mak bapak sendiri or anak bini nanti..

Ini cuma cerita yang I observed and happened in front me..Sorry kalau ada parents lain yang terasa. Boleh cuba cara yang lebih islamic jika ada yang mengalami masalah yang sama. Cuba baca di link ini untuk doa2 mengatasi anak yang nakal, degil dan suka lawan cakap..Sumber dari darussyifa untuk rujukan.Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.  

 "Rabbi habli minladun kazurriatan thoiyibatan innakassamiud du'a", "Ya Allah , kurniakanlah kepada kami dari sisimu zuriat yang baik,sesungguhnya Engkau Maha Menerima doa" 
Amin 


http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=88

Friday 5 December 2014

Serawa/Pengat Labu.(Sweet pumpkin in coconut milk)

Your taste buds during pregnancy are quite unpredictable aren't they? Without taste buds, life would have less flavour. Before sleeping last night I suddenly craving for some sweetness.  And searched for a simple dessert recipe. Thinking that I bought 1/2 pumpkin yesterday and it only costs MYR1.08. Cheapest price that you will only get at MYDIN Malaysia. Even Tesco couldn't beat the price (just my personal thought).

So I disebabkan teringin nak makan serawa labu pagi ni lepas siapakan brunch terus kupas dengan gigihnya labu yang berkulit keras tu. It takes longer to peel off the pumpkin than to cook it.

Here it is. My simple sweet pumpkin in coconut milk.
Serawa/pengat labu

RESEPI SERAWA LABU.
(untuk 1-2 orang makan)

Bahan-bahan yang diperlukan
1) 1/4 pumpkin saiz sederhana
2) 4-5 sudu besar gula 
3) secubit garam untuk naikkan rasa lemak
4) sagu (ikut suka nak banyak mana)
5) Santan kotak kecil (dalam 200 ml)-depends kalau nak lagi creamy boleh tambah lagi santan or susu.

Cara memasak
1) Kupas dan potong labu ikut saiz yang u all suka
2) Letak semua bahan-bahan dalam periuk dan masakkan serentak.
3) Labu ni cepat masak so jangan biar lama2 nanti hancur dah tak jadi serawa dah, jadi sup labu pulak nanti.

SWEET PUMPKIN IN COCONUT MILK RECIPE
(portion for 1-2 peoples)

Ingredients:
1) 1/4 of middle size pumpkin
2) 4-5 tb sugar (you may use brown sugar if u like, es ist egal )
3) a pinch of salt
4) sago palms (optional)
5) 200ml or more coconut milk (you could substitute coconut milk with fresh creamy milk)

How to cook:
1) Peel off the pumpkin's skin and cut it into any size you want.
2) Put all the ingredients in the pot and cook them together. It will only takes a while, circa 5 minutes. If overcooked, the pumpkin will be too mushy and become pumpkin soup not 'serawa' anymore. But it all depends on your taste.

#You may add other ingredient too likes banana.




Would you eat the placenta after giving birth?

Okay, I am shocked knowing that some mothers eating the placenta after giving birth to their child. For what reasons? To balance the hormones etc? I dont know who practices this in nowadays. But who did please do share your experiences.  But for me personally, it's likes you are eating the part of your body and the baby. For Malay and Muslim, we will clean the placenta and bury it properly. I dont know how the others do.

You may be shocked as you read this :
http://www.babycenter.com.my/a1024640/eating-your-placenta

Bahaya air selusuh?



Kenal tak herba apa ni? Dulu kecik2 selalu jugak nampak benda ni..ada bau wangi sikit..Ni namanya genggam akar fatimah..Ada yang masih minum air akar ni..I xpasti apa khasiatnya tapi ada yang jadikan air rendaman akar fatimah ni sebagai air selusuh untuk mudahkan bersalin..

Sebenarnya kalau minum tak kena masa boleh bawa bahaya pada ibu yang nak bersalin dan jugak bayi dalam kandungan.. 
Kalau minta pendapat doktor mereka melarang terus daripada minum air ni untuk bersalin sebab macam2 kes yang berlaku..Fungsi air selusuh akar fatimah ni untuk mempercepatkan kontraksi. Jadi kalau minum awal sangat, ibu akan rasa baby macam dah nak keluar dan kontraksi memang lagi dahsyat. Seolah2 memaksa bayi keluar sebelum masa yang sepatutnya.. Boleh meraung sakitnya..uhu..Tapi I tak tahu la rasa mcm mana minum air selusuh ni.. Cuma baca dari pengalaman orang lain je..

Anak pertama dulu saya tak minum pun air selusuh, cuma rajin berkumat kamit baca doa Nabi Yunus je sebab doa tu senang..Tapi dah sampai tahap sakit sangat nak bersalin, nak berkumat kamit pun tak larat dah, cuma ingat Allah dan berdoa dalam hati je..Tapi Alhamdulillah lepas bersalin je terus tak rasa sakit langsung..

Dulu tak tahu pun air selusuh tu apa.. Orang dulu siap minta orang lain yang buatkan..Tak tahu la buat macam mana, macam air yang jampi kot tapi taktahu la dibaca dengan ayat apa kan..So bagi ibu2 moden ni I rasa takde dah kot yang buat macam tu kan..Minta la suami yang buatkan..Suruh dia cari surah untuk mudahkan bersalin, baca banyak2 tiup kat air bagi isteri minum itu pun dah lagi bagus daripada orang lain buatkan..lagi afdal kan..

Lagipun banyak petua lain yang kita boleh buat untuk mudahkan bersalin contoh makan bendi banyak2 (ni pun I baru tau jugak), minum vco ke, amalkan kurma, minum air zamzam, yang penting nanti nak bersalin minta ampun banyak2 kat suami, ibubapa..Last sekali doa banyak2 sebab yang memudahkan akhirnya Allah jugak kita ikhtiar je kan..

Berdebar pun ada ingat balik nak bersalin..Sakitnya macam senggugut tapi berkali2 ganda lagi sakit tu.. I takda pengalaman minum air akar fatimah ni, so sesiapa yang ada boleh share macam mana rasanya, betul ke lagi menyakitkan?

Thursday 4 December 2014

Amalan ketika hamil : Surah-surah amalan pilihan








Ibu Imam Syafie, ketika mengandungkan Imam Syafie sentiasa membaca Al-Quran. Sewaktu membaca, ibunya akan menyeru anaknya supaya memahami apa yang dibacanya. Sebab itu tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal Al-Quran 30 juzu' sejak umurnya 7 tahun, kerana sejak dalam kandungan lagi beliau telah belajar Al-Quran.

Peribadi anak sebenarnya boleh dibentuk ketika mereka di dalam kandungan lagi kan. Bagi ibu hamil sudah semestinya menginginkan anak mereka menjadi anak yang baik, sihat, cukup sifat dan sebolehnya ingin mengelakkan perkara yang tidak elok. Sebagai orang Islam kita di galakkan banyak berdoa dan sebaiknya mengamalkan membaca Al-Quran.

Masa mengandung anak pertama dulu, I cuma memilih surah2 tertentu untuk diamalkan. Contonya surah Maryam, surah Yusuf, dan surah Yasin. Kadang2 nak habiskan surah Yusuf pun berhari-hari dengan alasan tidak larat kerana alah teruk ketika pertama kali hamil dulu. 

Untuk kehamilan kedua kali ini, I memang dah janji awal2 lagi walaupun belum hamil, I janji nak habiskan 30 juzu' sebelum baby lahir. So I menunggu hamil baru nak mulakan dari awal bacaan. Selepas buang implan yang I pakai hampir 3 tahun, I tunggu untuk hamil semula untuk kali kedua.
Masa tu baru I rasa apa yang wanita lain yang selama ini tunggu untuk hamil walaupun telah mencuba bermacam-macam ikhtiar selama bertahun-tahun. Walaupun I cuma tunggu beberapa bulan je,setiap bulan memang mendebarkan. Kadang-kadang ada bulan yang terlambat sikit period, I dah mula rasa teruja sangat-sangat, tapi tiba-tiba beberapa hari lepas tu period I terus rasa sedih,down.  
Tu baru beberapa bulan je mengharap. Bagaimana lagi kan yang dah tunggu bertahun. 

Walaupun I janji nak mula bacaan Al-Quran dari juzu 1-juzu' 30 setelah disahkan hamil, I terfikir, jika kita nak sesuatu mesti kita kena tunjukkan sikit effort kan. So walaupun I belum hamil, I dah mula dengan janji I untuk habiskan 30 juzu'. Dalam sebulan, I berjaya habiskan 10juzu'.. Tak lama lepas tu I hamil. Alhamdulillah..I sambungkan bacaan I. Tapi bila mula hamil, I dah tak dapat 10 juzu' sebulan. Kadang-kadang tak larat dan letih. Tapi I tetap jugak baca walaupun sehari 1 muka surat je. Walaupun ada jugak ponteng berhari-hari. Tak sama stamina sebelum dengan selepas hamil ni.. Kadang-kadang rasa takut jugak tak dapat tunaikan janji tu, tapi I baca ramai yang berjaya khatam Al-quran sepanjang kehamilan. So takkan I tak boleh kan. Walaupun merangkah,janji kepada Allah kena jugak tunaikan.

So berbalik kepada Surah-surah amalan ketika hamil, bagi yang tak mampu nak habiskan 30 juzu' boleh amalkan surah-surah tertentu sepanjang kehamilan contohnya;

1)Surah Al-Fathihah- Untuk terang hati

2) Surah Maryam- Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

3) Surah Luqman- Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

4) Surah Yusuf- Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

5) Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6)Surah Yasin- Untuk ketenangan hati dan anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7)Surah At-Taubah-Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8)Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


Antara doa-doa yang mudah diamalkan ketika hamil pula ialah:

Doa Nabi Zakaria a.s:

doa dapat zuriat

Surah Ali Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Doa Nabi Yunus a.s (untuk memudahkan ketika bersalin)



Tuesday 2 December 2014

Pati ikan haruan ketika berpantang dan kesan sampingannya?

Dulu masa berpantang kali pertama mil ada bagi pati ikan haruan. Tapi I macam xlalu nak minum. Tapi ingat nak cepat sembuhkan luka jugak kan. Sebelum amek pati tu I ada jugak tanya beberapa orang & mostly sarankan jangan ambil lagi dalam berpantang. Takut jugak kandungan dalam pati tu yang kita taktahu yang boleh bagi kesan. So disebabkan I pun memang xlalu nak minum so I memang tak minum la..Baru buka tudung botol pun dah xtahan dengan bau. Tapi I makan ikan haruan fresh yang ayah I beli kat kampung siap siang bersih tunggu nak di masak je. 

Lepas anak first I dah besar baru I membaca dan terjumpa di ruang komen bloggers yang bagitau tak elok amalkan pati haruan dalam pantang. Sebab boleh menyebabkan usus melekat. Tapi setakat tu je tak jumpa penjelasan. Cuma baru2 ni je I jumpa post dekat facebook tentang bahaya pati haruan ketika diamalkan masa berpantang ni. Rupa-rupanya ramai wanita yang mengalami kanser usus, cyst, fibroid yang berulang, serta usus melekat (adhesion colic) , rata2nya mereka ni mengamalkan pati haruan. Sebab tu sesiapa yang mengalami penyakit seperti yang disebutkan kena berpantang tak boleh makan langsung ikan haruan, produk bersoya seperti tempe, susu soya, etc. Sebabnya makanan ni menyuburkan sel2 termasuk sel2 kanser dan cyst. 
So sesiapa yang bakal berpantang elakkan ye minum pati haruan. Biarkan luka tu ambil masa yang sepatutnya untuk sembuh bukan terlalu drastik. Owh pati gamat pun ada kesan yang sama dengan pati haruan tau

Kalau nak tahu lebih boleh baca cerita sebenar yang di post di facebook. Post di facebook yang saya baca boleh jugak tengok di blog ni 

http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/09/pati-ikan-haruan-dan-gamat-berbahaya.html?m=1

Saturday 29 November 2014

Khasiat pisang kaki (persimmon fruit) untuk ibu hamil



Buah pisang kaki atau Persimmon ni agak baru jugak muncul dalam hidup I.
Selama ni tengok xtau pun tu buah apa. Nampak macam tomato. So first time beli n try dulu masa zaman belajar. First rasa I teringat rasa dia macam isi kelapa yang sedang2 xtua sgt. Ada rasa crunchy dan manis. Ada jugak macam rasa buah ciku tapi version yang crunchy..susah nak describe tapi best buah ni.
Dah lama sangat xmakan, tadi g beli barang2 dapur tetiba nampak terus ambil. Bagi I suka ambil yang kulit dia still keras. Sebab nanti rasa rangup. Kalau pilih yang dah lembut , isi dia macam lunyai sangat tapi lagi manis la. Ikut pada selera masing2 mcm mn.

I bagi anak I try, dia suka sangat siap macam 'macam buah nyoq la mummy, suke sangat'..
I tekejut jugak dia cakap rasa macam buah nyoq or kelapa sebab macam tu jugak first expression I masa mula2 rasa dulu.

Untuk yang nak tau, pisang kaki ni banyak khasiatnya. Banyak sangat kandungan vitamin dan nutrien.
Yang seingat dari pembacaan I, buah ni tinggi vitamin C, vitamin B, ada anti oksidan, mineral seperti fosforus etc. Ada jugak yang kata buah ni banyak asid folik yang mana memang bagus sangat untuk ibu hamil.
Pisang kaki ni jugak bagus untuk penghadaman sebab ia tinggi kandungan fiber, lagi best sebab buah ni anti penuaan, anti kanser, bagus untuk mata, dan boleh detoks.
Selain tu pisang kaki ni jugak dikatakan dapat tingkatkan sistem imunisasi terhadap common disease spt cold, flu & infections.

Tapi apa2 makanan pun kalau dah suke sangat jangan dok ngadap tu je sebab kalau terlampau berlebihan pun ada side effect jugak. Buah ni kalau dimakan masa perut kosong boleh sebabkan cirit-birit dan kalau makan banyak sangat pun boleh cirit jugak. So bersederhanalah kalau nak makan ye.
Owh lagi satu untuk yang mengidap diabetes tidak disarankan ye buah ni sebab buah ni agak tinggi kandungan gulanya. Rasanya orang yang ngidap diabetes banyak je buah xboleh makan kan?

Tapi banyak sebenarnya khasiat pisang kaki ni. Yang I xingat u all boleh tambah baca dekat link di bawah. So sesiapa yang kaki pisang mungkin boleh cuba pisang kaki jugak walaupun rasa buah ni sangat la xsama mcm pisang.







http://www.nutrition-and-you.com/persimmon-fruit.html

Friday 28 November 2014

Cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan tanpa scan.

I suka jugak search camne nak tau jantina bayi yang masih dalam kandungan walaupun tanpa scan.
Macam-macam petua yang kadang-kadang lawak pun ada.

Berdasarkan pengalaman pertama mengandung anak pertama dulu I akan rumuskan simptom-simptom ketika mengandung yang menguatkan lagi instinct I tentang jantina first baby I dulu.
I penah pegi scan sekali je untuk tahu jantina masa tu kandungan lima bulan. Sebab ramai cakap kalau 4 bulan pun dah boleh nampak dah jantina kalau scan. Tapi masa tu baby takmau tunjuk so I pasrah dan tunggu je baby lahir baru tengok.
Dan masa tu I tak bape sibuk pulak nak search petua-petua nak tau jantina ni.

Tapi mak I ada jugak bagitau sikit petua ikut pengalaman orang-orang dulu. Mak I kata boleh tengok kalau puting warna gelap sangat2,kemungkinan baby boy. Masa tu mana nak reti tengok gelap ke,lagi gelap ke, ke sama ke macam tak ngandung. So yang tu I xpandai nak relate sangat.

Then, petua kedua mak I kata boleh rasa baby tu kerap duduk sebelah kanan or kiri perut. Kalau baby kerap duduk sebelah kiri perut,tu baby girl dan sebaliknya.
Yang ini memang I ada rasa sangat,setiap kali baring mengiring sebelah kiri dulu,rasa macam menghimpit baby dan dia macam kerap duduk sebelah kiri. Tapi I tak bagitau mak I pun. Senyap2 simpan takut terover confident lak nanti.

Then, masa anak first dulu, I alah sangat-sangat teruk sampai kena perli dengan mil sampai dah nak beranak pun asyik muntah2 lagi.  Dah bukan "morning sickness" lagi dah, ni memang "all day sickness" dah.

Masa tu I pregnen serentak dengan isteri kepada cousin asben. Mentang2 dia pakai tudung labuh  & xmuntah teruk macam I, mil depan ramai2 perli suruh minta doa kat dia untuk tak bagi muntah time pregnen. Memang deep sangat rasa. Nak buat macam mana kan, bukan I saja2 nak belakon or nak tarik perhatian sesiapa walaupun anak first. So kalau jalan jauh2 konfem I bawak beg plastik berbundle-bundle. Kalau naik kereta lagi la, Allah je tahu macam mana rasa,selang berapa minit muntah. Badan rasa lemau sangat. Tapi bab selera makan takda masalah, I hentam je semua,tapi perasan I banyak makan sup sayur dan buah-buah la. Yang lain pun hentam jugak.

Masa anak first dulu, I langsung tak boleh bau badan asben walaupun selepas dia mandi. I siap suruh dia pegi mandi lain. Aha..Tak tahu la..Masa tu semua bau wangian, sabun mandi yang wangi,bedak ke semua I tak boleh tahan. 

Tu je simptom-simptom yang I rasa masa pregnen anak pertama, and I have a girl. Alhamdulillah,membesar dengan super bijak, umur 7 bulan dah start bercakap,jalan je lambat sikit umur setahun lebih.

Memang mak I ada cakap, kalau alah teruk, muntah2 time pregnen, InsyaAllah anak dalam kandungan tu bijak. Tapi semuanya ketentuan Ilahi. Betul jugak, sesusah2 yang kita rasa, senang kita lahirkan dan senang kita besarkan baby tu nanti. Yang penting banyak berdoa sepanjang pregnen.
Tu pengalaman masa anak pertama. Anak yang kedua ni simptom-simptom yang I rasa lain daripada masa yang pertama dulu. Nanti I letak kat entry lain pulak.