Popular Posts

Tuesday 17 May 2016

BAHAYA KELOID...!!!!

Assalammualaikum..

Sebelum bersalin ceaser I xpernah ambil kisah pasal keloid. .keloid pun tak pernah dengar.Bila dah bersalin ceaser haritu, even dalam pantang lagi I perasan parut luka bahagian hujung2 macam menebal.Masa nurse check luka dia kata keloid ni..aduuhh..
tapi masa tu ok je sebab sikit je menebal.But makin lama, dah jadi banjaran titiwangsa pulak..menebal meninggi berlekuk sepanjang luka tu..frust gileer kot.
Ramai yang cakap sebab makan haruan.Yup memang I makan ikan haruan lepas discharge.Mau taknye, masa kat ward tu, ade kakak tu pusing2 ward jual sup ikan haruan campur dengan chinese herbs.Dia kata bagus ni, dah lama dah dia jual.Ye la kan, sebab macam takde nurse halau pun masa dia menjual tu..So I pun dengan konpidennya beli la dalam 2-3 bungkus macam tu..balik je terus makan la..tapi xde la melantak semua tu sekaligus sehari..Jimat jugak la makan sikit2 tiap2 hari sampai habis sup tu..

 I baca ramai jadi keloid dekat bekas luka bersalin sebab makan haruan ,tapi ada je yang cakap diorang tak jadi pun walaupun makan haruan. .Mungkin ikut kulit la kot kan.

So u yang mana bakal2 akan bersalin ceaser tu be prepared la ye.Cuba tengok parut2 lama.Jenis parut timbul or x.Kalau parut timbul memang ade chance la nak jadi keloid. Wallahhualam.

Ada yang cakap keloid ni jenis keturunan jugak.Kalau ada family yang ada keloid, kemungkinan kita pun ada.

I agak menyesal sebab tak tahu awal pasal keloid ni.Kalau tahu awal, I akan beware tak makan haruan.Sebab I ni kalau luka, parut memang jenis timbul sikit.

walaupun doctor2 cakap keloid ni tak bahaya, tapi bagi I bahaya ooo...kadang2 dekat keloid tu akan rasa gatal2..I ingatkan gatal sebab makan seafood. .tapi perasan je hari tak makan seafood pun gatal.Memang rupa-rupanya itulah azab keloid..haha..

Lepas tu I baca ada jugak yang buat rawatan keloid dengan ambil injection steroid.Laser la , operate buang la macam2 lagi la treatment.Ada kata berkesan, tapi lepas inject tu azab jugak, katanya sakit macam disiat2, pedih macam melecur..Uhu..Entahla.
Ada yang katanya walaupun keloid dah hilang after treatment , masa preggy keloid tu datang menyapa balik and lagi besar daripada sebelumnya..Yang tak preggy parut dekat tempat lain pun datang balik keloid ..scary pulak nak pregnant lepas ni.tapi kan, setakat ni takde pulak dengar kalau bersalin normal , keloid timbul kat bekas jahitan bawah tu..takde kan.?ke orang segan nak bagitahu?? kuikuikui..

I ada jugak search petua nak hilangkan keloid, ada yang cakap makan pegaga, sapu minyak habbatussauda, guna krim gatal, tampal silicone patch (cica care).

I rasa better kalau nak try pun try sapu2 bahagian luaran je la kan..Kalau injection bagai tu takut jugak affect yang lain.Ada yang boleh operate tapi beware, takut parut operation buang keloid tu akan hasilkan keloid yang lagi besar.

Lagi fakta mengatakan keloid ni senang terjadi pada orang yang kulit gelap.Kalau ikut ranking kat Malaysia ni orang India paling senang kena keloid, Melayu di tangga kedua, and Chinese macam susah nak kena keloid. No wonder kulit chinese jenis licin elok je kan..Susah nak jumpa berparut.So yang belum kahwin tu cari la pasangan chinese, supaya anak2 nanti kulit cantik..susah nak kena keloid..aha..yakin sungguh statement..
Korang baca la komen2 dekat blog doktor ni.Serius scary pasal keloid


Sunday 15 May 2016

Donat Gebu Gebas Senang Mudah Untuk Hari Guru 2016

Assalammualaikum. .
Percaya atau tak I baru lepas mendonut dekat pukul 3pagi ni..aduii..
Dah kenapa kan mendonut pepagi buta time orang lain masih membuta tido..
Alkisahnya, I ni terover excited sebab ni first time sambut hari guru dengan semangatnya..hairan betul, time zaman sekolah dulu takde nak semangat gini pun.Ni bila turn anak sekolah, mak anak pulak excited terlebih.
Haritu cikgu anak I bagitau nak buat makan2 kat sekolah, so parents yang nak bawak makanan untuk anak2 share di alu2kan.
Ape lagi I la orang pertama volunteer nak bagi donut. yakin sangat donut menjadi seperti sebelum2 ni , which gebu gebas demok dempol..
so semangat la buat awal , konon nak frozenkan..1 buat 3 hari awal.so esoknya saja panaskan balik punya pemalas guna oven je sebab kelam kabut nak masak nasi la, pasta untuk anak2 la because haritu I ada kelas the whole day.
Bila balik kelas jenguk la oven nak rasa donut sekali licin la dengan bekas gula kasar.ni mesti kerja si hubby.lupa I nak pesan gula kena blend halus dulu sebelum gaul dengan donut.haii, cemana la anak2 I makan dengan gula berbiji2 lagi.Tapi I tal kesah sangat bajet sedap la donut tu sebab tak tinggal satu pun dalam oven.
Malam tu I tanya hubby, amacam donut? gebu gebas tak? hubby cakap keras sikit.
..what..?keras? ? I tanya lagi.Dia cakap ok je boleh la makan...down terus rasa...padahal I bajet dah penuh kasih sayang dah masa buat tu..banyak kot yang frozen dalam peti tu.punah harapan..terus I defrost kan masuk dalam oven dua ketul untuk I rasa.
Uhuuu..betul laa..macam keras sikit bahagian luar..usually , donut I buat rasa ringan je, bila makan , gebus cair dalam mulut.tapi kali ni still rasa macam dough..frustrating betul.
then I analyse balik silap kat mana, macam banyak ke kemungkinan kesilapan.
Maybe sebab I tak tunggu dough tu betul2 naik kot sebab tu rasa berat, then maybe kecik sikit daripada selalu I buat, then maybe I guna minyak masa bentukkan donut tu sebab tak bagi melekat di tangan, then maybe I rushing sikit masa nak goreng tu sebabnya si kecik dah mula bunyikan siren, owh maybe sebab yis yabg I guna tu dah lama beli tapi baru pakai...
Entahla kan.
So dengan kecewanya, I buat balik malam ni.Start bancuh dough pukul 12 lebih tengah malam.lepas anak2 dah tido.Walaupun rasa aman tenteram sikit sebab anak2 dah tido, macam2 hal pulak jadi kat dapo..
Dah la cuak kot sorang2 kat dapo.Masa tu hubby I ade la tanya taknak masuk tido lagi ke? gile saja2 nak tolak nikmat tido..tapi I tak jawab sebab bengang dengan diri sendiri.Terus hubby I cakap ok takpe dia tunggu kat ruang tamu, tak sampai bape saat dah selamat berdengkur dah dia..
Cuak oo sebab dapo rumah kat bahagian belakang sekali.mengadap rumah jiran yang gelap gelita.Tingkap pulak luas terbentang tanpa langsir.macam2 I terbayang.Tapi sebab nak menjaga amanah & janji nak bekal kan donut untuk anak I esok, I kentalkan jugak emosi & spiritual I..memang tak pamdang langsung ke luar tingkap.
Masa menggoreng terus I goreng bagi masa takde maknenya nak goreng separuh masa lepas tu japgi anak nak pergi sekolah goreng lagi..huii..takut bangun lambat naya tak bawak langsung pulak..lagipun beza bape jam je lagi. .dah pukul 3 pagi dah pun.lagi bape jam je nak pergi sekolah. .
Ni kalau jiran I ternampak I gigih menggoreng donut kat dapo time2 macam ni mesti dia kesian kan, mesti dia ingat I buat donut jual..
Lepas tu I siap berangan kalau donut ni sedap esok cikgu2 makan, then kalau diorang nak order jenuh pulak la I kena stay up buat bisnes donut pulak lepas ni...ishh merapu betul pepagi buta ni..tapi I nervous jugak nak rasa donut tu...uhu...japg la bangun gaul dengan gula halus baru rasa...uiii..nervous..ntahla sebab nak bagi orang makan ni nervous lain macam..

I nak lelap jap, hopefully terbangun la untuk blend gula , gaulkan dengan donut2 tu..