Popular Posts

Tuesday 10 September 2019

Review drama bersiri "Sweet Dreams"

DALAM hadis dari riwayat Salman al-Farisi RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah Maha pemalu dan pemurah. Dia malu bila seorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa (HR. Abu Daud: 1488 dan at-Tirmidzi: 3556 dan beliau mengatakan: hasan gharib. Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud dan Shahih at-Tirmidzi).



Salah satu skrip cerita sweet dreams fonal semalam ada ayat di atas yang buatkan i i terus rasa sebak..sebab i baru tahu pasal tu..selama ni i minta dah tidak terlalu mengharap doa-doa termakbul..yela minta nak jalan ke oversea bagai, minta nak jadi pensyarah tetap,minta nak sambung phd..betul memang i minta ni hari-hari dalam solat selain daripada doa wajib untuk mak ayah,mertua, anak3, suami dan dan keluarga..

Kadang-kadang i rasa terlalu banyak yang i minta sampai kan i rasa tak mungkin la boleh dapat semua tu kan..rupanya i silap..i memandang rendah pada kuasa doa dan sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah tu..

Ni yang buatkan i suka cerita arahan Michael Ang ni..tambah dia pulak Muslim dan ada ayat2 hadis macam ni buatkan orang macam i tersedar balik..cerita tu sendiri menunjukkan siapa la kita untuk melawan takdir Allah..Kalau Allah nak mematikan seseorang tu bila-bila je boleh walaupun dalam keadaaan sihat..
Yang tengah sakit pulak jangan putus asa memohon doa agar dipanjangkan umur dan diringankan kesakitan..

Ye ending cerita "Sweet Dreams" ni memang cliché sangat..happy ending di mana hero & heroin bersatu jugak walaupun pelbagai halangan daripada setiap sudut..Tapi itu lah jugak kehendak Allah dalam hidup kita..dia akan bagi apa yang terbaik untuk kita,pada waktu yang tepat, dengan orang yang Allah tentukan..

Yang lagi best pasal cerita ni, hero & heroin (lakonan Ben Amir & Mira Filzah) tetap nampak sweet walaupun tak bersentuhan tangan or perlu adegan intim yang lain..nak jalan sekali pegang tali beg je sorang satu..haha.. tu part yang i rasa sweet sangat in syariah friendly way..haa gitu..so adik2 muda yang tengah bercinta kat luar sana pun sila lah contohi macam tu..takyah nak pegang tangan selagi belum nikah..cuba buat mesti nampak sweet jugak pegang tali beg pun..aha..

Dalam best cerita ni ada jugak bagi i part yang tak best dan menyampah..especially watak Ben Amir dalam cerita tu sebagai Qash yang jenis panas baran but at the same sangat caring..dia sanggup nak selamatkan orang2 yang masuk dalam mimpi dia walaupun dia tak kenal..tapi yela sebab Puteri tu comel kot tu dia sanggup tolong berkali-kali betul tak?aha
Tapi kan watak panas baran & caring pada masa yang sama ni memang wujud pun..buatkan i teringat watak ni kepada husband i..aha..memang mudah melenting kalau silap cakap sikit tapi bab caring tu i pun kadang2 xleh lawan..

Overall i suka cerita ni,ada banyak part yang buatkan i berair mata tengok, especially part Carl (lakonan Sean Lje) meninggal kena tikam dalam masjid dengan bapak Puteri..sedih sebab dalam cerita tu Carl sangat baik orangnya (tak tau la wujud ke tak kat dunia nyata ni)..bukan je baik,kaya pulak tu tapi langsung tak tunjuk dia kaya...dan sangat ambil berat bukan je pada Puteri tapi semua dia nak jaga sekali dengan mak Puteri & Chempaka (adik Puteri) sekali..tapi tu la Puteri tu tetap taknak dengna si Carl tu..last-last Chempaka yang jatuh hati dengan Carl..

Watak yang i suka dalam cerita ni ialah Puteri sebab pandai betul dia guna bahasa isyarat..nampak tak tak kekok langsung..
Watak lain yang I suka jugak mak Puteri
, Chempaka, Carl & Uncle Wong..aha diorang pandai bawak watak diorang walaupun sebagai watak sampingan tapi watak diorang lah yang melengkapkan kisah Puteri & Qash ni..i boleh relate sangat watak mak Puteri tu dengan orang yang i kenal..memang ada je macam tu..garang tak tak bertempat,laki bermasalah gile keluar masuk lokap..si mak ni la yang struggle untuk anak2..cumanya dalam cerita ni mak Puteri mengamuk jugak la kan minta cerai kira ok la tu..tapi orang yang aku kenal ni masih sah suami isteri walaupun perangai suami tu nauzubillah..minta simpang..tapi mungkin dalam cerita ni si bapak puteri tu jahat sampai tahap sanggup jual anak..kalau i pun akan mengamuk macam tu..

Sorry la ye i tak tulis sinopsis cerita ni,kalau korang nak tau kena la pegi tengok..ada 20 episod..

Wednesday 28 August 2019

Resepi Jeruk Maman Versi Mudah


Ni maman yang tumbuh meliar dibelakang yard rumah i..selama ni i cabut buang je..tapi pernah terbaca di fb ada yg buat jeruk..sooo..i pun nak try..aha..


Actually maman ni ada banyak spesies..yang tumbuh meliar dan daun bercabang tiga ni ramai yang cakap maman hantu..ada jugak yang panggil maman pasir..yang penting maman la kan..cumanya orang cakap maman ni liat sikit tak bape sedap..yang sedap yang bercabang lima daunnya..yang selalu orang negori buat rendang tu..ish teringin nak makan ..

ni i jumpa masa joging kat tasik..maman cabang lima..so i cabut konon nak tanam kat rumah..ehe..taktau la boleh hidup ke tak..
Ok..jeruk i buat guna maman yang kat belakang rumah je..tapi tak tak biasa buat so actually banyak yang silap walaupun jeruk maman ni super mudah..you all cuma perlukan :

1)maman (ambil pucuk dan batang yang lembut je..i gi cabut satu pokok..aha tu silap i)

2)garam

3)nasi sejuk

4)air kosong

Cara-cara:
1) Potong maman,biarkan layu sebentar (ada je yang buat terus fresh..i xtau apa bezanya)

2) Tabur garam dan gaulkan dengan maman..

3) masukkan dalam balang..isi air & masukkan nasi sejuk (agak2 je tapi banyak pun xde masalah)

Nasi sejuk tu yang bantu proses fermentation dan bagi rasa masam pada jeruk maman tu nanti..
Ok yang i buat i blendkan nasi tu sebab mak i suruh blend..tapi i tak tapiskan..so nampak tak bape cantik la..nak lagi cantik tapis dulu..so bila nampak xcantik tu baru i kluakan balik maman n tapis nasi2 hancur yng blend tu..aha..so cantik sikit kejadiaannya..lepas 3-4hari daun hijau maman akan bertukar jadi brown sikit..dan dan air jeruk nampak milky sikit..so dah boleh makan..


Ni paling basic cara nak makan jeruk maman..ceduk je sekali dengan air jeruknya..potong cili bawang segar masukkan je dalam mangkuk..sedap di makan dengan nasi panas tambah ikan bakar/ikan goreng..
Jeruk ni boleh jugak dimasukkan dalam gulai ikan ramai yang kata sedap..tapi i tak cuba lagi..nanti i cuba i i post kt sini..


So super mudah kan jeruk maman ni?memang jeruk ni selalu orang utara biasa makan..tapi susah nak jumpa sekarang..i pun last makan masa kecik2..
So sesiapa yang teringin boleh la cuba..


Tuesday 20 August 2019

First try buat Google Adsense. Gagal !


Hi..
Lama betul tak ke blog..agaknya sebab ni jugak kot tak boleh sign up Adsense..
Macam mana terdetiknya nak buat adsense ni?padahal dah lama ada blog..korang mesti tahu kan yang utubers boleh dapat pasif income senang2 je..haa tu la i ni baru tahu..aduh..biasa la budak buta IT..
Hari ini i baru tahu dan tergedik-gedik nak buat ingatkan senang je asalkan ada blog/website & youtube..step nak buat awal2 senang yakmat tapi lepas tu google akan redirect ke blog/website untuk sign up adsense..i is pelik sebab asalnya nak run monetization untuk youtube,apasal kena sign up through blog/website eh..aduhh..sape nak jawab soalan i ni..aha

So sekarang ni i tengah stuck dekat blog i yang berkarat ni..tak boleh sign up adsense..and timbul note macam kat kat gambar tu..
Maybe sebab blog i tak aktif kot kan..last post 2017 kot..ahaha..ntah ada ke tak orang yang masuk..tapi dulu memang i buat blog ni untuk i sorang je..ala-ala macam diari gitu..luahan perasaan terpendam..i tak harap ada orang baca..tapi bila tengok balik ramai gile baca pengalaman bersalin i..malu la pulak..by the way thanks tau tetamu-tetamu yang sudi singgah dan baca blog i..dan maafkan i kalau ada komen yang i tak reply sebab i pun dah lama betul tak masuk rumah sendiri ni (blog ni la)..ntah sibuk ape pun tak tau la..

Takpe nanti i akan rajinkan diri untuk post selalu..harap2 bila rajin post ni dapat la aktifkan/sign up adsense..pray for me k..
Ok..just in case ada yang biasa baca blog i ni boleh tak tinggalkan komen say hi sikit..kalau you all ada blog nanti kita pakat follow antara satu sama lain k..i rasa dah tiba masanya untuk i move on,keluar dari gua dan mulakan hidup baru..ehh..lain macam ayat tu..aha..

Ok lah..see you soon..
Say hi kat komen k..thank you..

Friday 31 March 2017

Pengalaman bersalin anak ketiga

Salam wbt..last post i macam mana i menunggu2 baby nak keluar bile kan..sekali esoknya baby keluar..nemang tak sangka tau..sebabnya 19mac tu i baru je follow up dengan o&g..Dr tu cakap lambat lagi ni sebab baby engage tak deep sangat..n dia buat VE pun xde show..selalu kalau dah engage n buat VE mesti ada show mukus2 coklat melekat..tapi ni clean xde show langsung..uhu..so Dr bagi postdate untuk follow up balik..i balik rumah merajuk sorang2..uhu..
I kan asyik batuk je sepanjang preggy kali ni..so balik tu melayan la batuk yang makin teruk..sampai terasa tertarik2 urat perut sakit amat..petangnya tu i minta hubby belikan lemon n madu..lepas magrib tu hubby buatkan lemon madu suam satu bekas besar..dengan badan i start rasa berangin teruk,perut asyik krok krek krok krek bunyi angin..i minta hubby urutkan kaki n pinggang..sebab nak urut perut tak boleh la kan sebab ade baby..ehe..i minta hubby letak minyak biasa je sekali dia sapu minyak panas..risau jugak baby kat dalam tu yang panas nanti..lepas hubby urut tu rasa ok sikit..i layan la minum lemon madu tu share dengan si kakak n adik..suka pulak diorang..
Tapi still batuk2 lagi..perut pun berangin tak habis2..i terpikir maybe pagi tu i minum susu kotak..perut i ni ada time ok minum susu tapi kadang2 jadi memulas..so menyesal pulak minum susu tu time perut kosong...sampai ke tido still memulas angin..batuk jangan cakap la..
Malam2 lak nak kena bangun g toilet kencing..memang rasa tak sempat nyenyak tido..last pukul 4pagi 20mac tu lepas keluar toilet sambung la tido..
Tak lama lepas tu dalam setengah jam tiba2 i start rasa contraction..kali ni i pasti memang contraction sebab terasa pinggang pun ditarik sekali masa perut mengeras tu..tapi sekejap2 je mengeras n tak sakit sangat..i layankan je dalam hati seronok jugak finally rasa contraction..maksudnya dh dekat la baby nak keluar kan..
Masa anak first 2 hari i rasa contraction..anak kedua xsempat rasa sempat leaking dulu then emergency ceaser tak sempat nak rasa contraction..so i bajet kali ni pun macam anak first la..sambil2 layan contraction tu i perasan macam kerap jugak dalam berapa minit sekali tapi i tak track timing pun..selalunya start sejam sekali dulu kan..tapi ni i perasan tak sampai sejam dah contraction lagi..bangun pagi tu lepas mandi saje tengok kot2 ade show tapi xde pun..time mandi pun siap contractio 2 -3 kali..so lepas mandi solat i decide untuk track timing..guna apps contraction yang dh download lama dah..ehe..saja nak try walaupun xpaham sangat..just click start masa contraction mula n stop je masa contraction dah abes..macam tu la buat..masa i tekan untuk kali kedua n ketiga terus naik warning kt apps tu cakap" prepare for hospitalization"..erkk..i kata biar betul..bila tengok interval between 2 contraction memang selang masa tak sampai 10 minit..masa tu contraction i dalam 8 minit sekali...i tak bape nak percaya sangat masa tu..aha..tapi i just continue je track timing..memang consistent 8min sekali..i bagitau hubby..dia ajak je pergi hospital..hubby i memang pantang i cakap sakit perut nak berak pun dia ajak pegi hospital dah..tapi i just buat rileks je dulu..patutnya haritu 20mac nak kena follow up anak kedua i yang eczema haritu..so i bagitau hubby pegi sekali follow up adik la..tapi kitorang still xdecide i nak bersalin kat mana..sebabnya nak dijadikan cerita,Dr yang bagi i postdate tu dia bercuti..last dia ada 19mac tu time i follow up je..20mac tu dia dah xde dah cuti..so i kata kat hubby rasa nak bersalin dekat specialist yang i pernah checkup dulu..sebab i rasa macam berat pulak nak pegi kat Dr yang tak biasa check up i..sebabnya i ada history emergency ceaser n jarak kandungan tak sampai 2 tahun..i nak Dr yang handle tu dah tau selok belok cerita i..ehe..senang sikit kan..so pergi la kat specialist tu walaupun lepas tu kena pg balik hosp satu lagi tu untuk follow up si adik..nak di jadikan cerita lagi..sampai je specialist i tanya kat kaunter,Dr HAL ade tak?diorang cakap Dr HAL cuti harini..esok baru hade...haaa...amek..so dedua Dr i bercuti...amek kau...so i pandang hubby dalam hati berkata maybe takdir i kena bersalin kat hosp lagi satu tu jgk..takpe la..so pegi jela..tak register pun terus ke bilik Dr HAS..sebelah je dengan bilik Dr HAY yang bercuti..baru perasan semua Dr2 ni nama semua H kan..ehe..i cakap dengan assistant Dr HAS yang semalam i dah follow up dengan Dr HAY tapi dia dah bercuti n dia kata Dr HAS akan take over incase ada apa2..so kebetulan time tu xde orang dia panggil masuk je..so i cerita la..tapi Dr HAS macam dah tau condition i maybe Dr HAY dah cerita sebelum dia pegi bercuti..seb baik la kan..so dia buat VE dia kata macam semalam jugak ni baru 1-2cm..tapi dia cuba bantu sebab dah ada contraction..owh sebelum keluar dari rumah tu i mandi lagi time tu dh ade bloody show..Dr HAS kata boleh dapat dalam 2cm lebih ni..dia tanya nak warded tak nanti petang dia bantu lagi..i kata petang pukul bape..dia kata dalam pukul 4ptg mcm tu..time tu baru pukul 1tgh hari..masa keluar tadi si kakak x ikut..so i kata nanti petang la warded i nak balik dulu..teringat anak2 xmakan lagi..on the way balik nak bungkus makanan sekali kedai2 yang i biasa beli lauk dedua tak bukak..pelik pulak padahal hari isnin..selalu selasa yang kedai tutup pun area2 sini..so balik la dulu..lepas solat zohor dalam 2lebih bawak sekali kakak n adik ikut..mula2 si kakak xnak ikut sebab dia tengah mengantuk..dalam keta tetido dedua beradik..plan ingat nak makan kat cafeteria hosp  tapi pegi register masuk ward dulu..masa tu i rasa contraction dah makin kuat..ada pulak mamat insurans ni datang approach nk explain pasal insurans dia..i dah berkerut2 menahan sakit dah i cakap maaf encik..i tengah sakit ni..dia cakap dtg buat treatment ke?i tunjuk perut i cakap nak bersalin n tengah sakit ni nak cakap banyak xboleh..dia boleh pulak cakap owhh kalau macam tu dia nak book la..huhh?dia nak book anak i ni utk insurans dia..haii geram jugak i time tu..orang tengah sakit sempat lagi dia..masa kat ward tu memang sakit dah makin kerap n sakit..tapi i cuba praktikkan hypnobreathing..ntah betul ke tidak i buat..hentam saje..time dah dapat katil tu anak2 i biasa la jakun sikit..sebeluk ni kat hosp gov mana boleh diorang masuk..ni dah kat private boleh masuk naik atas katil seronok pulak diorang..masing2 nak rasmikan katil siap melawak bagai..i dah la makin sakit..hubby i masa tu g toilet..dia dtg je i cakap abg pg follow up adik dulu la..bagi diorang makan dl..n nanti bawak diorang balik..tunggu baby keluar baru bawak diorang datang balik sebab i tengah sakit diorang boleh melawak atas katil tu..geram pun ade..
So masa hubby bawak diorang keluar Dr HAS dtg bantu untuk luaskan bukaan..Time tu la nak leaking..Dr HAS cakap esok pagi kalau ada progress dia pecahkan ketuban..i dalam hati pikir jenuh la nak tunggu sampai esok..memang tak tido la i malam ni..uhu..i keep track contraction masa tu betul2 lagi kerap n lagi lama sakitnya..contraction dah 3min sekali..i rasa mcm xboleh pecaya kat apps tu sebab bukaan baru nak masuk 3 cm je..Dr n nurse2 pun buat rileks je..so i stop apps tu n pergi mandi n solat asar..time solat asar tu i solat duduk je n solat cepat2 takut contraction datang..abes je solat makan sikit nasi goreng yang hosp hidangkan..sempat makan separuh je lepas tu stop sebab contraction menyerang sakit yang amat..nurse datang bawak antibiotik ubat batuk sebab diorang check actually i demam..sebab tu batuk teruk..uhu..tabah jela..i berdoa hopefully demam n batuk i tak de komplikasi pada baby..risau jugak kan..i tawakal je masa tu..siap bawak bekal lemon honey n asyik minum tu jela dengan harapan batuk ok sikit..masa nurse datang bagi ubat tu i cakap contraction makin sakit ni..ade ubat tahan sakit tak..dia cakap nanti dia bagi..pukul 8 nanti dia datang balik untuk VE..dia nak buat masa tu awal sangat lagi sebab Dr HAS baru je buat..nak tunggu pukul 8 i rasa lama gile dengan sakit makin sakit..masa tunggu2 tu i perasan contraction i macam takde selang langsung..lepas sakit je sakit lagi..dah xde dah 3min sekali ke ape..i xtau bp min sbb dah xtrack masa tu..i terus tekan bell panggil nurse..kebetulan time tu dh dekat pukul 8..so dia buat VE..dengan agak terkejut dia cakap dah 6-7cm..terus berlari amek wheelchair..i macam dah mamai2 sakit tu tanya nak pergi mana?nurse tu cakap pg labor room..i macam percaya tak percaya n tanya lagi dah bape cm dah..dia cakap dah 6-7cm..terkejut jugak i..capai tudung tapi tak sempat sarung pun..kasut pun tak sempat sarung sebab cari xjumpa..nak tunduk tengah sakit gile time tu..so naik la wheelchair dengan serabai gile time tu..masuk je labor room nurse bagi gas untuk sedut..i tanya mana Dr HAS?lambat lagi tak?i rasa nak meneran dah ni..nurse cakap..eh jangan teran lagi..Dr dah datang dah..masa i rasa contraction tu i rasa baby dah nak keluar sangat dah..dah rasa macam kepala dia betul2 dah keluar sikit tapi i control walaupun rasa nak meneran sangat2..gas pun i sedut sikit2 je sebab rasa macam xmembantu n i dah penat nak pegang..i siap peluk besi katil tu control nafas yang dah tak jadi hypnobreathing dah pun..fuh fuh fuh..dah macam hyppo breathing dah...Dr HAS sampai terus dia guide untuk meneran..first meneran i main hentam je xikut yg Dr guide..kali kedua baru i dengar n ikut betul2..Alhamdulillah baby selamat keluar..pukul 8 masuk labor room..8.35 baby keluar..time tu i dengar hujan lebat kat luar..hubby i baru nak datang..ingat sempat la dia join sekali..aha..ape2 pun Alhamdulillah selesai malam tu jugal..Dr HAS terkejut cepat sangat progress n tak sangka bersalin malam tu jugak..semua nurse pun terkejut..diorang bajet esok baru bersalin..Alhamdulillah..syukur sangat2..
I rasa hypnobreathing tu membantu jugak tau..sebab kalau pernafasan main hentam je suka hati rasa lagi sakit..n progress lambat..hypnobreathing ni kita tarik nafas dalam2 untuk bekalkan cukup oksigen untuk baby..dalam hypnobreathing tu i praktikkan jugak tips yang i baca..maybe u all boleh try

1)masa mild contraction:
Masa tarik nafas ikut hidug sebut "la ila hailla anta"
Masa hembus ikut mulut sebut "subhanaka inni kuntuminazzolimin"
Sebutan dalam hati je..

2)masa sakit makin memuncak memang tak sempat nak sebut panjang
So i praktikkan macam ni
Masa tarik nafas sebut "reee..."
Masa hembus sebut "laaksss".
Sebutan penuh dia relakss..ihi...

3)ni tips i sendiri masa i hampir give up nal control nafas n dah tak sempat nak buat yang 1) & 2) tu..so masa nafas fuh fuhfuh keluar masuk ikut mulut tu i pikir n sebut dalam hati "u can do it..u can do it"..sebut laju2 ikut pernafasan...

Sepanjang preggy i amalkan solat taubat +solat hajat setiap kali lepas solat magrib.minta dipermudahkan n i minta sangat2 dapat bersalin normal n kurangkan rasa sakit sebab i tak tahan sakit contraction..sungguh2 i minta bersalin normal sebabnya
 1)risau duit tak cukup kalau bersalin ceaser kat private
2)i nak je bersalin gov apa2 hal belanja xmahal tapi kali ni hubby nak sangat2 i bersalin private sebab si adik xboleh berenggang lama dengan i..uhu..
3)i taknak stay lama2 kat hosp..kalau ceaser nak kena stay sampai 3 hari 2 malam kan..
4)i agak fobia kalau ceaser susah nak jaga lepas bersalin bab luka tu..memandangkan i pantang sendiri..

Alhamdulillah Allah makbulkan..
Nanti i share next post macam mana i amek exam masa pantang hari ke 5..ehe

Sunday 19 March 2017

Macam mana nak survive belajar self sponsor

Buat yang pernah membaca entry2 i sebelum ni mesti tahu i tengah buat part time EMBA..such a challenge journey untuk i tambah2 kena guna duit sendiri..Yuran EMBA uitm antara yang mahal jugak tau..nangis setiap kali nak bayar yuran..dah la pendapatan cukup2 je..
Dengab myBrain yang semakin baik hati tu dah takde nak kasi nya kat budak EMBA part time dah..syarat makin ketat..tahun lepas umur tak boleh lebih 35 tahun..tahun ni lagi la tak boleh lebih 30 tahun..uiii..lepas tu buka permohonan untuk pure science je..abeh budak2 lain ni banyak sangat duit nak bayar semua sendiri...tak adil tau macam ni..punah harapan kami semua..bajet tu first sem boleh la sacrifice guna duit sendiri lagi..dengan harapan myBrain nak jugak pandang kami ni walaupun sebelah mata..sekali diorang butakan terus mata diorang untuk kami ni..sedih gile kot..struggle la jgk bayangkan setahun 2 sem tu nak bayar 10k untuk yuran..ko rasa nak kumpul bape setiap bulan..walau gaji ribu2 pun ingat tak semput ke..tambah most of yang buat emba ni yang dah ada banyak komitmen,yang berkeluarga bekerja sebab tu diorang buat part time..kalau single mingle takde komitmen baik buat fulltime je..

So macam mana i still boleh survive kan..dah 3rd sem ni..kalau ikut bab yuran je memang nk give up..tambah yuran setiap sem menaik..sem ni je 5k lebih...yang i bajey 4k lebih sikit je daripada last sem..dah la gaji i ni memang 'banyak' sangat2..nasib baik la i ada back up ASB..tu pun rasa sayu je setiap kali keluarkan untuk bayar yuran..nak masuk sekali sekala ciput2 je..sekali time nak keluarkan ribu2..uhuhu..takpe la..i ingat apa Prof i cakap..education ni macam long term investment..ramai classmate i pakai kwsp..i tak pakai sebab macam xbyk mana pun kwsp i..so korbankan la yang mana ada..

hopefully berbaloi la kan..sebab tu i xmain2 sgt bab nak siapkan assignment..yela sebab 70% daripada markah assignment n participation..final contribute 30% je..gile tak pulun assignment..walaupun group assignment kena tahan sikit la sebab peel group member tak sama kan..kalau dapat yang sama pulun untung la..kalau dapat yang lepas tangan abes la..bayangkan group assignment 30%, then takkan report ko 3 pages je..tu tahap genius tu..sah2 la la kena lebih..tapi i tabah je..i pikir eventho group i anggap semua tu untuk kepentingan i jugak..kalau teruk markah group teruk la markah i..so kalau sakit hati nak kena cover banyak tu tahan je la...malas nak gadoh2 ni..tambah level master ni patut dah boleh pikir kot assignment patut macam mana..

aha..ni dah sesi luah perasaan ni..memang pun..bayar mahal kot..lain la ade sponsor..kalau nak main2 lepas tu nak kena repeat n byr lagi kalau nak repeat tu sanggup?emba kalau B- dah fail dah..huuu seram kan..dah la nak A pun susah...

Pengalaman menunggu duedate anak ketiga

Salam..


Lama tak bersiaran kat sini kan.
As i posted before i tengah pregnant anak ketiga yg unexpected..sebab anak kedua ceasar dan jarak kurang dari 2 tahun..ehe..
Tapi Alhamdulillah sepanjang mengandung anak ketiga ni memang mudah sampai takde sape perasan i pregnant..takde muntah2,takde lembik2..tapi tula i perasan i start batuk2 time pregnant kali ni...awal2 dulu boleh control lagi..lepas minum air panas ok..kalau minum aia jadik balik..teringin punya pasal minum jgk ais..lepas tu menanggung la seksa batuknya..

Ni dekat due lagi kuat pulak batuk..rasa sakit2 jugak dekat perut..dengan badan siap berangin dan kadang2 selsema..time malam lagi la seksa kadang2 tak boleh tido sebab batuk..yang tak best kalau terkucil sekali..aduuh..penat i search cara hilangkan batuk..tapi tula i xnak makan ubat batuk..memang kalau pregnant tak berani sikit nak amek ubat pape unless tu supplemen yang utk pregnancy je i amek...
Letih jugak batuk ni..tarik abes perut2 n anak tekak..ada petua suh makan bawang putih bakar...alamak i lemah kalau nak makan bawang putih ni..tapi rasanya nak kena try jugak ni..taknak time nak beranak or meneran baby nanti pun batuk...sebab i baca ada pengalaman ibu sorang tu batuk time bersalin..baby baru je nampak kepala nak keluar tersedut masuk balik sebab ibunya batuk..uiii..scary jugak kan...lepas tu i pun terpikir2 jgk ni..maybe kali ni i batuk teruk so baby pun lambat nak turun..kalau ikut anak pertama n kedua time2 camni dah bersalin dah..walaupun yang sulung keluar 2 hari sebelum duedate tapi time ni dah start sakit2 contraction dah..tapi kali ni takde pulak..sakit perut sebab batuk ade la..maybe everytime baby nak turun bawah ternaik sikit time i batuk..agak2 boleh ke mcm tu eh??huuu...kesian baby i..

Masa pg check pun Dr kata dah engage tapi tak bape deep lagi..dia buat VE pun sepatutnya dah melekat tanda2 coklat tapi ni clean..so baby xbetul2 kat bawah lagi..aiyokk...i nak sangat bersalin normal kali ni...lagipun i tengah pertengahan sem belajar..sampai akak HEA tu pulak risau i pergi kelas lagi time2 memboyot ni..siap tanya taknak drop ke subjek?i kata xnak..dia kata xkan nak pg klas dalam pantang..nampaknya macam tu la..sebab tu i berdoa sangat dapat bersalin normal..sebab lepas tu cepat sikit kuat berbanding ceaser..kalau normal ni seminggu or 2 minggu rasa kuat sikit dah..

Tapi tula la kan..i mampu merancang je..risau sangat ni ha selagi baby tak keluar...tiap2 hari pujuk2 dia so that cepat2 klua..bukan best pun dok dalam perut sempit lama2..ihi...nak kata tak lasak i lasak jugak pregnant kali ni...dari awal pregnancy i siap ubah2 almari kat dapo masa tu dapo renovate...siap ubah kedudukan katil dalam bilik lagi...siap terjatuh terduduk lagi dalam bilik air..Alhamdulillah kuat baby ni..tapi tu la dekat2 due ni nak la dia keluar...kalau ikutkan lagi 4 hari ni due...i dah ready sangat2 dah nak menahan sakit contraction semua tu tapi tula takde lagi..just acah2 braxton hicks je tu pun kadang2..

Macam mana ye nak bagi cepat..puas try hasil google..hopefully dalam masa 4 hari ni baby nak la keluar..kalau x Dr bagi postdate 3 hari je lepas tu nak try induce..

Thursday 3 November 2016

Makanan & Supplemen yang di larang ketika hamil

Assalammualaikum.
Jadi dietician sekejap pagi ni..Bukan apa sebelum ni melantak xhingat sekali check up semalam naik 4.5kg..Haaa..nampak x macam mana dasyat I melantak.Punya la cover kat nurse cakap pregnant sebelum ni pun memang trend macam tu naik byk2 sampai 3 kg lebih..tapi kali ni pecah rekod la..aduii..balik klinik terus nyesal..Nak kena review balik cara pemakanan..Sebab preggy kali ni memang I mkn je xcontrol tambahan xde alahan muntah2 keluarkan balik makanan, tu yg berat jadi macam tu.Lepas tu I bajet la makan lebih sebab still bf and bajet nk cukup kan nutrien utk baby dlm perut ni..silap besar la I..tak pasal2 kena review BP & urin seminggu 2 kali sampai next appointment pulak..aduhaiii...

itu sebabnya I konon insaf and google balik cara pemakanan yg betul masa preggy ni.Kalau ikutkan sebelum 6 bulan xperlu mkn lebih2 konon utk 2 org pun..Lepas 6 bulan pulak kalori tambahan cuma 200kcl je, sama mcm mkn roti 2 keping..ni tak, kalau boleh separuh periuk nasi pun I hentam..tambah kalau ada lauk ayam masak sambal pedas kaww..haaa..ni bru lepas berlari ke dapo teringat tadi rebus cili...nasib baik xmeletup dapo punya la pelupa..

Ok ni nak share apa yg I baca pasal makanan / supplemen yg kalau boleh elakkan masa preggy ni..jgn anggap semua supplemen bagus ya time preggy ni..salah satunya elakkan makanan yang ada  vitamin A tinggi tambah2 daripada sumber haiwan contohnya hati..Sebabnya boleh akibatkan keracunan pada bayi..Haii seb baik baru pernah makan sekali je hati lembu setakat ni..Kalau vitamin A drp tumbuhan xpe cth drp carrot.Tapi kalau ikut petua kurangkan carrot utk elak baby jaundis teruk nnt..ni I penah baca jgk n amalkan masa anak kedua haritu..Tak pasti kebetulan ke betul2 menjadi sebab anak kedua jaundis sikit n sekejap je..Tapi kali ni macam lupa pulak petua ni, mcm byk je mkn carrot sbb tu je sayur yg sentiasa ada dlm peti ais n tahan lama..kikiki..ok lepas ni kena elakkan..

Lepas tu elakkan makanan kurang masak or mentah cth mcm sushi, telur halfcooked, kerangan sebab dikhuatiri ada bakteria yg still hidup..
Lepas tu elakkan ikan2 jenis isi banyak or ikan besar2 mcm tuna, ikan yu sebabnya lagi besar ikan tu lg tinggi kandungan merkuri dlm badan ikan2 tersebut.Yela hidup lama dalam laut, macam2 yang terserap masuk..

I ada cari jgk cara nak turunkan berat berlebihan time preggy ni sebab bahaya jgk naik byk2 ni..Antara sebabnya boleh sebabkan high BP boleh kasi sawan, kencing manis blh sebabkan baby jadi terlalu besar, boleh dpt jangkitan kencing kotor n semua ni boleh bagi komplikasi pada baby..Paling I takut sawan masa mengandung tu la..uhuhu..
Macam mana ni nak balance balik kenaikan 4.5 kg tu..
I search senaman yg boleh time preggy ni, kalau ikut trisemester kedua, boleh je jogging, berenang, kayuh basikal..masuk trisemester ketiga dh xboleh senaman lasak dh kena relaks mcm yoga , kegel mcm tu je..haiii, basikal kt dapo tu ade la tp pikir bila masa pulak nak kayuh..busy memanjang...asal ada masa nak kena siapkan kerja office, siapkan assignments, layan uruskan anak2..time anak tido I pun tido sekali sebab tggu abg tecik ni bf dgn I skali ngantuk. .lagipun time tu la I nak rehat pun..

so kesimpulannya, kena control makan la..I plan nasi sehari sekali je siang, mlm mkn la biskut kering ke, buah ke , oat ke..nak kena beli oat ni..lepas tu no more air manis...n kena jgk kayuh sehari sekali atleast 5-15 minit...cer kita try dl tgk sebulan ni..hopefully menjadi la..leceh kalau berat naik gile2 ni, nak kena checkup kerap n paling risau effect pd baby..

doakan I..lagi separuh perjalanan ni..jauh lagi..hopefully di permudahkan