Popular Posts

Wednesday, 4 February 2015

Pengalaman berpantang anak pertama

Rata-ratanya yang berpantang anak pertama mesti berpantang di kampung,di rumah emak sendiri. Kalau ikutkan hati I pun nak macam tu..Bukan apa,senang nak minta tolong adik2 ramai,nak mengada request kat mak nak makan apa pun boleh..ada orang tolong tengokkan baby kalau kita nak mandi & ada orang pantau apa yang boleh makan or nak buat..

Tapi I ni jenis tak apa macam mana pun..so anak pertama I dah berpantang kat rumah sendiri atas kata2 mil..lagipun I malas nak jadikan isu..

Kata pun anak pertama,banyak yang tak tahu nak buat tapi terpaksa jugak buat. Masa baru keluar hospital tu,petang tu I terus mandikan anak sendiri..dah hubby pun takut nak pegang..Mula2 hubby tanya jugak mil nak kena mandi tak baby petang,mil jawab ikut la..so tekial2 jugak I mandikan dengan sopan nak jaga tempat jahit..dah la tak reti cara mandi..mana ada sape nak tunjukkan..buat2 pandai sendiri je..esokknya nurse datang I minta dia tolong tunjukkan cara mandi ,diorang pun tak tunjuk..katanya dah bukan kerja diorang..perhh..dia cuma cakap mandikan kat sinki je kalau risau nak cangkung..kiranya dalam minggu pertama tu nurse dengan herannya tengok I dah jalan laju semacam. Mau tak laju nak kena buat semua sendiri..
hubby tolong bab cuci baju,vakum rumah ada la..lepas tu mak I ada datang seminggu tapi tolong masak n tolong temankan baby je..nak tolong mandikan and dukung baby memang tak boleh sebab mak I pernah strok,so tangan sebelah kiri dah tak boleh grap..pernah anak I tergolek dari riba mak I..ehehe...
Lepas mak I balik (sedih jugak I,tapi kesian kat dia lak bosan kot dok umah I n risaukan adik2 yang kat umah),adik I yang tunggu PMR lak ganti..Alhamdulillah banyak jugak dia dapat tolong,bab basuh baju,sidai,lipat and masak ,dia dengan rela hati tanpa disuruh dia buat..
Tapi lepas 2 minggu berpantang,dah I kena buat sendiri semua..dengan hubby pun dah masuk kerja,cuma lunch kadang2 dia belikan lauk siap..kadang2 I masak sendiri,menu harian sup daging sebab senang main campak dan tinggal je atas dapur..
Lepas tu semua rutin I memang berlipas kudung jugak la buat sendiri,dari mandikan anak,sidai angkat baju pun I buat sendiri..Nak lipat baju pun kadang2 I heret je baju2 tak berani nak angkat banyak2..
Bab penjagaan diri memang siang2 tak dapat la nak buat,time hubby cuti je boleh buat sikit..Kalau siang I ada jugak bakar tungku sendiri sebab mak I pesan tungku kerap2..tapi biasala la kadang2 tu dah siap bakar,balut baru je nak tungku anak dah nangis..sejuk cenggitu je la tungku tu..frustrated betul..
Bukan I tak mengadu kat hubby,tapi menusuk betul bila dia kata takkan dia nak kena bercuti 44hari jugak kot tak pergi kerja..;(
Tabah je la I..kalau orang lain dah meroyan agaknya kalau duduk tempat I..uhu..
Lepas anak I buat perangai nangis malam2,mil suruh duduk umah dia berpantang sebab diorang tak larat nak ulang alik malam2 bila hubby call cakap anak nangis..I kalau boleh taknak kacau diorang,setiap kali anak nangis nak kena call diorang suruh datang tengok..Walaupun rumah sebelah menyebelah je..dengan pasrahnya I tido rumah mil..tapi siang2 balik basuh baju,sidai baju jugak.

Anak I still jugak nangis kadang2 malam2 sampai kena pergi jumpa ustaz ambil air mandi semua tu.. Alhamdulillah lepas tu ok sikit..Tapi tak pepasal la family hubby kata anak I nangis sebab ada kaitan dengan bidan yang urut I and cukur baby I masa tu.. I memang sentap la bab tuduh tanpa bukti sah ni,terasa kot sebab bidan tu mak I yang bawak dari kampung,tu pun sebab mil kata takde bidan yang dekat2 sini..sebab tu I macam serik dah..kali ni biar cukur sendiri rambut baby,bab urut biar family hubby carikan..
I tak kisah pun kalau bab mandikan baby I kena buat sendiri semua,taknak tolong pun takpe,tapi jangan nak letak salah pulak bila jadi apa2..
So anak kedua ni I dah bagitau hubby siap2,nanti baby hubby kena cukur sendiri,I nak pergi urut kat spa (tak nak kalah dah..aha)..
Pastu taknak keluar jauh dalam pantang,dulu dalam pantang I siap kena ikut hubby lagi pergi outstation tak mana2 hulu..mau baby tak nangis malam..mandi berak baby tah kat mana2 je..takde pulak disebut jadI penyebab baby nangis ke apa..nevermind..I bukan nak ungkit tapi ini pengajaran untuk I dan untuk reminder I masa2 depan mana tau telupa kan..taknak berulang benda yang sama lagi..
Kali ni I nak plan betul2 macam mana nak berpantang dengan jayanya..ehe

I siap plan nak buat jeruk halia,bawang putih,and kunyit untuk makan masa pantang nanti..I dah pun buat list apa yang boleh makan and tak boleh..so nanti minta hubby yang belikan je..I tak kisah walaupun kali ni kena masak sendiri,mandi anak sendiri,basuh baju,sidai baju sendiri..Mana mampu nak upah stay in bidan ke,freelance bibik ke kan..
Mak I pun belum tentu boleh datang kali ni..I pun tak kisah..Mak ayah I nak I berpantang kat kampung je sebab first pantang I macam tak berpantang je..Tapi I nak berpantang sendiri je,taknak susahkan diorang satu,I taknak 'reasoning' panjang dengan hubby and his family jugak..sebab mesti takboleh nye kalau I minta pantang kat kampung pun..lagipun risau satgi anak sulung I buat perangai tanya daddy dia susah pulak kan..Takpelah I ready dah nak makan hati ulam jantung banyak2..memang elok pun makan hati untuk tambah darah,ulam jantung pisang elok untuk tambah susu badan..kihkihkih...
Tak sabar nak tunggu kandungan masuk 8 bulan,sebab tak sabar nak buat jeruk halia,paste untuk barut and paste untuk masakan dalam pantang..banyak betul plan I..big dreams nak berpantang betul2 katanya..
Kat bawah ni ada link untuk buat paste barut dan cara nak kempiskan perut..

https://wannurapetuaamalan.wordpress.com/2012/11/13/petua-mengempiskan-perut-selepas-bersalin/