Sebelum bersalin ceaser I xpernah ambil kisah pasal keloid. .keloid pun tak pernah dengar.Bila dah bersalin ceaser haritu, even dalam pantang lagi I perasan parut luka bahagian hujung2 macam menebal.Masa nurse check luka dia kata keloid ni..aduuhh..
tapi masa tu ok je sebab sikit je menebal.But makin lama, dah jadi banjaran titiwangsa pulak..menebal meninggi berlekuk sepanjang luka tu..frust gileer kot.
Ramai yang cakap sebab makan haruan.Yup memang I makan ikan haruan lepas discharge.Mau taknye, masa kat ward tu, ade kakak tu pusing2 ward jual sup ikan haruan campur dengan chinese herbs.Dia kata bagus ni, dah lama dah dia jual.Ye la kan, sebab macam takde nurse halau pun masa dia menjual tu..So I pun dengan konpidennya beli la dalam 2-3 bungkus macam tu..balik je terus makan la..tapi xde la melantak semua tu sekaligus sehari..Jimat jugak la makan sikit2 tiap2 hari sampai habis sup tu..
I baca ramai jadi keloid dekat bekas luka bersalin sebab makan haruan ,tapi ada je yang cakap diorang tak jadi pun walaupun makan haruan. .Mungkin ikut kulit la kot kan.
So u yang mana bakal2 akan bersalin ceaser tu be prepared la ye.Cuba tengok parut2 lama.Jenis parut timbul or x.Kalau parut timbul memang ade chance la nak jadi keloid. Wallahhualam.
Ada yang cakap keloid ni jenis keturunan jugak.Kalau ada family yang ada keloid, kemungkinan kita pun ada.
I agak menyesal sebab tak tahu awal pasal keloid ni.Kalau tahu awal, I akan beware tak makan haruan.Sebab I ni kalau luka, parut memang jenis timbul sikit.
walaupun doctor2 cakap keloid ni tak bahaya, tapi bagi I bahaya ooo...kadang2 dekat keloid tu akan rasa gatal2..I ingatkan gatal sebab makan seafood. .tapi perasan je hari tak makan seafood pun gatal.Memang rupa-rupanya itulah azab keloid..haha..
Lepas tu I baca ada jugak yang buat rawatan keloid dengan ambil injection steroid.Laser la , operate buang la macam2 lagi la treatment.Ada kata berkesan, tapi lepas inject tu azab jugak, katanya sakit macam disiat2, pedih macam melecur..Uhu..Entahla.
Ada yang katanya walaupun keloid dah hilang after treatment , masa preggy keloid tu datang menyapa balik and lagi besar daripada sebelumnya..Yang tak preggy parut dekat tempat lain pun datang balik keloid ..scary pulak nak pregnant lepas ni.tapi kan, setakat ni takde pulak dengar kalau bersalin normal , keloid timbul kat bekas jahitan bawah tu..takde kan.?ke orang segan nak bagitahu?? kuikuikui..
I ada jugak search petua nak hilangkan keloid, ada yang cakap makan pegaga, sapu minyak habbatussauda, guna krim gatal, tampal silicone patch (cica care).
I rasa better kalau nak try pun try sapu2 bahagian luaran je la kan..Kalau injection bagai tu takut jugak affect yang lain.Ada yang boleh operate tapi beware, takut parut operation buang keloid tu akan hasilkan keloid yang lagi besar.
Lagi fakta mengatakan keloid ni senang terjadi pada orang yang kulit gelap.Kalau ikut ranking kat Malaysia ni orang India paling senang kena keloid, Melayu di tangga kedua, and Chinese macam susah nak kena keloid. No wonder kulit chinese jenis licin elok je kan..Susah nak jumpa berparut.So yang belum kahwin tu cari la pasangan chinese, supaya anak2 nanti kulit cantik..susah nak kena keloid..aha..yakin sungguh statement..
Korang baca la komen2 dekat blog doktor ni.Serius scary pasal keloid
No comments:
Post a Comment