Popular Posts

Thursday, 29 January 2015

Tanda-tanda hamil anak lelaki (ikut kata orang)

Ramai yang dah mula tanya I dah scan ke belum tengok jantina baby? I tak scan lagi..1st time preggy dulu excited sangat nak scan tahu jantina sebab both (me & hubby) mengharapkan baby girl..so dah mula scan masa 5 bulan tapi tak nampak pun..rasanya dua kali jugak scan tapi tak nampak tapi masa tu instinct I dah berat kepada baby girl. Alhamdulillah baby girl.

So second baby ni I nak la pulak baby boy. Tapi hubby nak baby girl lagi. I tanya kenapa taknak baby boy? Dia kata sebab dalam family dia tak ramai girl. Tapi I still nak baby boy, lagipun nak biar baby girl I yang sulung tu manja puas2 dulu as a princess..And baby boy pulak boleh jadi bodyguard I nanti..ehe.So di sebabkan perbezaan keinginan disitu kitorang tak pergi scan lagi buat masa ni. So dari segi tanda-tanda pulak dan instinct I lebih kepada baby boy (dah memang nak baby boy kan).

Ni tanda-tanda kalau ikut petua orang yang dah berpengalaman la:

1) Tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau langsung tidak ada alahan
#Alhamdulillah kalau nak compare dengan 1st pregnancy, kali ni I ok..cuma rasa nak muntah time gosok gigi je..aha..Kalau dulu pagi petang siang malam di mana2 je asyik muntah je. Sampai kali ni, mil I siap tanya betul ke I pregnant sebab nampak macam xdak apa pun kan..

2) Degupan jantung bayi kurang daripada 140/min
#so far takde lagi check jantung baby.Pergi checkup nurse ukur perut, pegang2 perut pastu dah.

3)Terasa berat badan lebih kepada bahagian hadapan perut.
#yang ni memang la rasa. Bila nak bangun dari duduk or dari tidur memang rasa la berat tang perut tu. Tapi I rasa kalau preggy baby girl pun berat jugak rasa kat perut kan. 

4)Perut kelihatan bulat sempurna
#ermm...yang ni tak tahu nak beza..dedua preggy mesti la perut bulat. tapi nak bulat sempurna or tidak I xreti nak beza

5) bahagian aerola ( tak tahu sila google) menjadi lebih gelap.
#kalau nak compare masa bf baby first, yupz I noticed tetiba aerola jadi darker sampai tekejut I..

6)Bentuk perut condong ke arah bawah
#yupz, bila perut makin membesar baru I perasan memang perut condong or berat ke bawah sampai I kekadang I tepikir takkan baby dah turun ke bawah kot baru 7 bulan.
Sebab masa first preggy, I rasa perut meninggi sampai betul2 paras breast and kalau baby tendang pun terasa sampai ke rusuk atas dada. Kali ni rasa baby dok bergerak kat bawah sikit

7) Suka makanan yang masam dan masin
# Kalau nak compare masa first preggy lagi banyak makan masam. Sebab konon nak kurangkan mual loya muntah semua tu, I telan macam2 jenis jeruk and asam and jus.
Tapi kali ni macam kurang gemar lak masam. Jeruk ke asam ke I pandang sebelah mata je..ehee..Taaapi, bab masin ye memang I perasan. awal2 preggy kali ni sebab tak lalu semua jenis lauk, I makan nasi dengan ikan masin je. Ikan pekasam la, ikan gelama masam la, ikan terubuk masin la, ikan talang gebu masam la. Yang tu je buatkan I selera makan nasi.

8)Suka makan daging dan keju
#Daging I tak suka langsung makan dari awal sampai sekarang sebab tak tahan bau. Kambing pun sama. Padahal faveret je dulu.
Kali ni I banyak makan ikan je walaupun awal2 nya xlalu jugak ikan fresh sebab bau kuat. 
Keju memang I perasan I terlebih teringin pulak kali ni, kalau hari biasa xpreggy tak teringin sangat pun. Kali ni siap makan cheese yang keping2 tu and cream cheese sapu kat roti. Siap sanggup buat tiramisu sendiri (padahal tak pernah buat pun). Pastu siap buat makaroni cheese bakar lagi. owh and setiap kali p secret recipe mesti pilih cheesecake (walhal kurang gemar sebelum ni)

9) Tapak kaki selalu terasa sejuk
#yE, yang ni I yakin memang kaki I selalu je rasa sejuk siap suruh hubby rasa sejuk tak sejuk tak..aaha

10)Tangan selalu kekeringan
# Ye betul! Sejak nak masuk 7 bulan ni I memang heran awatla kulit tangan I kering mengalahkan duduk musim winter. Kering yang amat sampai nampak merekah. Sapu losyen pun tak jalan. Nak kata kurang air, I minum atleast 3liter sehari haa..Sampai I tepikir nak tukar sabun yang ade susu and tuka losyen pulak.

11)Suka menghadap muka ke arah utara ketika tidur.
# I tak pernah lak check guna compas tengok muka I arah mana masa tidur. Tapi I suka mengiring ke kanan la kali ni. Dulu first preggy suka tidur mengiring ke kiri.

12) suami turut mengalami pertambahan berat badan.
#yang ni xtau la sebab hubby kononnya tengah pulun nk turunkan berat badan dia.. tapI I nampak dia macam sama je..cuma anak dara I je selalu pesan kat I "mummy jangan minum kopi, nanti gemuk macam daddy"..kalau dia baring dengan daddy dia mesti dia picit2 pipi daddy sambil kata "geemuknya daddy, gemuknya muka daddy"..aha..I tergelak2

13)hidung tampak lebih mekar
#yang ni macam mana nak tau mekar ke tak..aha..apa maksudnya mekar, kembang ke?I tengok sama je

14) Selalu sakit kepala
#yang ni I rasa jugak kekadang dia mai. Sakit tu macam migrain (walaupun I taktau sakit migrain macam mana)..tapi sakit la..tapi tak selalu pun..

15) kelihatan lebih berseri ketika hamil
#erm, yang ni kalau cakap nanti kata masuk bakul angkat sendiri lak. Tapi takpela just comparison la kan, kali ni muka I memang kurang berjerawat berbanding masa first preggy.  Malah muka nampak lagi bersih. Sebab muka I ni bila2 masa je jerawat suka singgah. So I happy kali ni tak perlu jaga sangat pun muka takda jerawat. Seketul dua je kekadang. Hubby pun asyik tegur muka I lagi cerah tapi takde la pulak dia cakap lagi beseri ke ape. Erm, I more thing (walaupun I segan nak bagitau, even kat hubby pun I tak bagitau), ada sekali tu I pergi beli kain nak buat barut, masa kat kaunter tu tauke kedai tu tetiba cakap cina kat I "waa, u manyak lenglui aa"..I yang terkebil2 sambil dalam hati ingat uncle ni kata aku gemuk ke mentang2 la aku xpaham..so I tanya la "apadia uncle?"
Uncle tu ulang balik "i kata u manyak lenglui oo"..
I terpinga lagi tengok kat adik cashier tu mengharap dia tolong translatekan, tapi dia dok sengih2 lak..
"Saya tak paham la uncle, tu kantonis ke?"
Uncle tu jawap "Yala, semua orang pompuan mesti tau ma lenglui tu apa, kalau orang cina jumpa u mesti depa cakap u lenglui la"..
Aaa,"saya taktau la uncle,apatu? Takdak lagi orang cina cakap macam tu kat saya"
Uncle tu pun bagitau "lenglui tu manyak cantik la. Kalau orang cina len pun mesti cakap u lenglui punya".
Antara percaya dengan tak dengan maksud tu I taktau nak reply apa kat uncle tu..dah jauh jalan nak keluar baru I reply "eerm, tenkiu ya uncle, takda lagi orang cakap macam tu kat saya" sambil tersengih2 I and uncle tu pun senyum..
balik rumah I terus google maksud Leng lui sebab macam tak yakin And tak percaya pulak stranger tetiba cakap I ni cantik...jumpa maksud dia memang betul maksudnya cantik, I terus kembang setaman sensorang..kahkahkah..kat hubby pun I segan nak cerita.
pastu I belek cermin, lenglui kat mana pulak aku ni, tapi dalam hati pikir sebab aura baby ni kot kasi can kat mummy jadi lenglui sat..ehe


Ok, ni la tanda-tanda hamil anak lelaki hasil google- lan dan tanda-tanda yang I rasa.. mungkin kebetulan atau sebaliknya Allah taala je tau. Yang penting I doakan baby sempurna, sihat , kuat dan selamat. Girl or boy tetap anak kesayangan I.

Monday, 19 January 2015

Tips hilangkan gagap anak

Lately I memang perasan my daughter macam stutter everytime nak mula ayat..actually ,tak la everytime cuma kadang2 tapi kerap la jugak..at first macam tak risau pun sebab pikir biasala budak2 kan..tapi bila hubby and sil tegur I jadi cuak jugak takut dia terbawak2 sampai besar..
I baca, katanya gagap ni disebabkan keturunan jugak tapi so far kalau sebelah family I rasanya takda gagap ..taktahu la kot2 masa kecik dulu I pun gagap kan..nanti nak kena tanya mak..
sebelah hubby, abangnya memang gagap teruk dari kecik sampai besar..bila dah kerja ni yang katanya tak dengar dah gagapnya..
so I taknak la anak I sampai ke besar gagap kan..anak I ni pesen potpetpotpet , and kalut and laju sangat masa cakap tu..so I think mungkin menyumbang jugak gagap dia..tapi tak semua word..I perasan certain words je yang kebanyakan words yang mula dengan huruf 'A' contohnya 'atuk' jadi a a atuk,'asu' jadi a a asu, 'awat' jadi a a awat..but then ada jugak melarat dengan word lain sampai kekadang dia nak sebut mummy pun jadi ma ma mammi..
 I cuba jugak suruh dia ulang balik word tu tanpa stutter and cakap slow2 jangan kalut sangat..so far tak menjadi lagi la baru je bape hari I tegur dia..
then I ada terjumpa tips yang mungkin membantu, tips ni dari cikgu taska so dia ada banyak pengalaman la dengan budak2 kan..apa yang dia buat ialah dia biar anak-anak yang gagap melompat atas trampolin..

So hari ni I start suruh anak I lompat tapi atas katil jela..seronok la dia main lompat2 padahal bukan reti lompat pun..ye anak I tak reti lompat..so I pegang tangan dia untuk assist dia lompat..penat katanya..mau tak penat asyik tergelak-gelak je time lompat..anak I siap suruh I lompat sekali, uhu nak melompat macam mana la kakak oi, satgi yang dalam perut ni pening pulak tergoyang-goyang..

.nanti kita tengok result macam mana ye..ada mommy yang try after sebulan alhamdulillah gagap anaknya hilang..ha gigih la ye biar anak melompat setiap hari..

owh ada jugak tips lain tapi I tak cuba lagi la, mungkin u all nak cuba..
ada tips curahkan air panas campur garam pada ubun-ubun masa mandi, tarikh nafas dalam2 sebelum nak cakap, buat latihan membaca dengan suara yang kuat, dan yang penting cakap dengan tenang..

Saturday, 17 January 2015

Pengalaman ekzema ketika hamil

Tetiba je I nak post pasal ni..sanggup turun dari katil jam 12.30malam pergi ke penjuru bilik dekat tempat phone I tengah cas semata2 teringat pasal topik ni..saja nak share, mana tau someone, somewhere akan baca..
dulu masa preggy anak sulung I memang naif sangat banyak tak tahu pasal apa2...tak pernah pulak nak baca pengalaman orang lain preggy macam mana..so I ingat I kena penyakit apa tah masa preggy dulu..
ceritanya macam ni..dalam bulan pertama lepas nikah kahwin tu, badan I naik tompok2 macam panau tapi warna gelap..start dari atas ari-ari naik ke dada, bawah ketiak, leher, dan celah peha..sangat menakutkan ok..tapi takda gatal pun..I siap pergi tabib cina yang konon ubatnya sangat hebat..dia tak tengok pun tompok2 tu just minta tarikh lahir I je..then dia belek kat calendar dia, dia tanya I lahir tahun tiger eh? I jawab ye..pastu dia cakap ni penyakit orang kaya ni (aha, sampai sekarang I tak tahu maksud dia apa)..so dia bgi ubat makan dalam bentuk pil dan ubat sapu..
bila balik rumah I macam ada instinct baru rasa nak tanya kalau I pregnant boleh ke I makan semua ubat tu? Then I call tabib tu balik, dia cakap kalau bawah 4bulan boleh makan lagi..
masa tu instinct je cakap I pregnant tapi tak check lagipun, so I pesan kat adik I tolong belikan preg test kit..I cuba test..nampak macam ada line tapi sangat la kabur..but I trust my instinct again..I preggy kot..and I decided to discontinue makan ubat cuma guna ubat sapu je..
then bila dah konfem betul2 pregnant I pergi jumpa pakar kulit..doctor tu cakap I ada eczema..tak tahu maybe sebab pregnant la kot kan..pembawakan baby..doctor tu just bagi ubat sapu je, ubat makan dia tak bagi sebab I pregnant..
actually sebelum jumpa pakar kulit tu pun I ada pergi jumpa doctor kulit jugak..aha, banyak doctor jugak I refer sebenarnya..diorang just cakap mungkin alahan kot..sepanjang idup I takde nak alah apa2...maybe alah kat hubby I kot..aha
dah puas I cuba semua ubat sapu tu yang bau memang tak boleh tahan punya tapi still tompok2 tu tak ilang..I cuba gosok dengan dettol (walaupun pedih gile) but stil tak ilang cuma macam pudar tapi lepas tu gelap balik..
owh owh lupe lak, paling yang I sanggup buat lagi ialah guna bekam lintah untuk hisap darah I sebab I pikir maybe darah kotor(ni sebelum I konfemkan I preggy)..


Tapi semua yang i buat langsung tak berhasil..then I pasrah je kot sebab takda gatal2 pun..
then lepas je bersalin anak pertama tu, terus tompok2 tu hilang sendiri I pun tak perasan bila masanya ilang..cuma I perasan dalam pantang je, semuanya ilang just like that tanpa ada kesan parut ke apa ke..Subhanallah. .
Macam2 pembawakan baby kan..Pastu baru kali ni I banyak sikit membaca, ada jugak mommies lain yang dapat eczema masa hamil..and mostly bila pregnant baby girl..kononnya, baby girl ni dia serap abis seri dan kecantikan maknya masa preggy..I dah la tak cantik, patutlah lagi comot selebet masa preggy anak first dulu..anak dara i serap seri I rupanya..aha..
patut masa keluar je dari perut hubby I terus jerit 'ayg, comelnya baby!'..I jela yang tak comel sepanjang2 preggy & beranak masa tu..uhu..takpe asalnya anak comey, maknya sanggup comot..
Tapi berbeza pulak kali ni...jeng3

Thursday, 15 January 2015

Macam mana nak atasi sembelit ketika hamil?

This is my first experience, sembelit teruk jugak time preggy kali ni..Rasanya dulu anak first ok je takda masalah nak sembelit ke apa..uhu..agak tak best la sebab rasa sakit nak membuang tapi pergi toilet taknak keluar pulak..uhu..
kalau boleh taknak meneran lama2 sebab ada yang cakap bahaya takut boleh buasir pulak tambah2 time hamil ni sensitif sikit..
so I ada jugak mencari tips, mostly said minum banyak air. I memang tiap2 hari akan make sure fluid intake is more than 2liter everyday..tak cukup lagi ke ye? Musykil jugak sebab bibir I pun macam kering teruk macam tak cukup air..mungkin ke kena tambah jadi lebih dari 3 or 4 liter?
tapi risau jugak sebab penah terbaca ada yang air ketuban terlalu banyak dari sepatutnya sebab minum air banyak sangat time hamil..hurmm..konfius I..
another tips untuk hilangkan sembelit ialah makan buah dan sayuran banyak2. .erm..I rasa yang ni susah sikit sebab bukan tiap2 hari pergi pasar nak beli buah dan sayur..yang ada kat rumah pun sayur dan buah yang tahan lama..
macam mana eh nak buat? Any other tips?

Wednesday, 14 January 2015

Awasi tanda sawan ketika hamil

Wow!!
It's been a while since the last update right?
Last update tentang diet I sebelum checkup kat KK..well, agak menjadi walaupun tak sampai target..still ada extra weight jugak masa timbang tu..padahal target pagi tu taknak makan lagi, lepas checkup baru nak makan..
tapi apakan tak tercapai, haritu pulak mil and family ajak lunch kat luar..
so memang tak dapat ditolak and kalau dah pegi kedai makan tapi tak makan nanti nampak macam mengada sangat kan..
so I just meratah lauk je padahal I knew that still gonna add some weight as well..
so dengan bertawakalnya right after lunch terus ke KK..berenti solat pun kat stesen minyak je..sebab hari Ahad kalau lambat nanti memang lagi lambat nak tunggu turn..super ramai kat klinik ibu dan anak tu kalau hari ahad..nak2 kalau si bapa join skali sampai kekadang kita yang membuyung ni takde tempat duduk..
So sampai je klinik, ingatkan I datang awal tak ramai lagi, tunggu dekat sejam jugak nak dapat turn pun..Time nak timbang tu deep inside berharap berat 60kg je sebab sepanjang timbang kat rumah macam tu la.. naik je penimbang, nurse dok ubah pemberat tapi scale xberubah..uhu..buat suspen betul penimbang ni..I suh dia try 60kg sebab timbang kat rumah macam tu..berkali-kali jugak dia try tapi tak dapat baca sampai dia panggil nurse lain..n my hubby pun datang jenguk skali..uhu..apakah..
nurse yg second datang dengan sentuhan ajaib dia dapatla berat I ,61kg..uhu..dalam hati blame jugak lunch sebelum tu..nurse siap heran pulak takkan naik banyak sangat..uhu..tu kira ok la nurse sebab atleast I berjaya jugak turunkan 3kg sebelum tu..kalau tak lagi tekejut diorang kalau I naik 6kg dalam satu bulan..
so agak tak best jugak sebab 2 months in a row naik lebih dari 2 kg..cuak jugak kalau nanti nurse minta jumpa dietician or pantau BP lagi macam last pregnancy. .
Bila masuk jumpa nurse yang incharge, dia tengok berat I and compare dengan berat sebelum tu..siap amek kalkulator lagi kira..uhu..yup misi I naik 3.2kg untuk bulan tu..but luckily, nurse ni sangat soft spoken and I like her..ehe..kalau kena dengan yang lain konpem kena bebel macam diorang lak yang ngandungkan anak I..
nasib baik dia cakap still ok kalau extra 1kg daripada kenaikan berat yang sepatutnya 2kg je sebulan..tapi dia cakap kena pantau jugak takut kenaikan yang banyak boleh bagi risiko pada ibu dan bayi..
salah satunya sawan masa hamil..boleh nampak simptom awal iaitu kesan dari berat yang naik banyak, BP pun tinggi, and ada kesan kencing kotor (ni I xtau how but diorang tau la kot from urin test)..
So dia suruh beware kalau ada rasa pening, meloya dan pedih ulu hati..kalau berterusan macam tu better cepat pergi refer doctor..
Banyak jugak I belajar masa 2nd pregnancy ni, sebab dulu I tak rasa diorang explain sangat why macam tu or why kena macam ni..hurm..so starting that day, I dah tak makan malam..last makan pun sebelum magrib..kalau dulu boleh jugak sekali sekali makan nasi malam..tapi kali ni I control betul2..so far ada lagi 2 weeks before next check up..hopefully berat I boleh maintain or naik sikit je.. we will see how..
Tapi nurse tu ada jugak kata maybe baby cepat membesar sebab tu berat naik banyak..tapi I rasa badan I yang membesar ni..banyak seluar tak muat dah..uhu..
Next checkup nak kena minum air gula untuk kali kedua, nak kena inject kancing gigi, so hopefully everything will go smoothly.  
Alhamdulillah first OGTT I ok..result before 4.6  and after minum gula 5.8..
nurse siap pesan lagi untuk second OGTT nanti ,seminggu sebelum tu elakkan makan manis or makan pulut sebab pulut sangat tinggi glukosa ye ibu-ibu..I memang tengah teringin pulut durian ni, dah siap beli dah beras pulut, tapi terpaksa la tunggu after dah selesai minum air gula untuk 2nd OGTT nanti..uhu..