Popular Posts

Tuesday, 10 September 2019

Review drama bersiri "Sweet Dreams"

DALAM hadis dari riwayat Salman al-Farisi RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah Maha pemalu dan pemurah. Dia malu bila seorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa (HR. Abu Daud: 1488 dan at-Tirmidzi: 3556 dan beliau mengatakan: hasan gharib. Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud dan Shahih at-Tirmidzi).



Salah satu skrip cerita sweet dreams fonal semalam ada ayat di atas yang buatkan i i terus rasa sebak..sebab i baru tahu pasal tu..selama ni i minta dah tidak terlalu mengharap doa-doa termakbul..yela minta nak jalan ke oversea bagai, minta nak jadi pensyarah tetap,minta nak sambung phd..betul memang i minta ni hari-hari dalam solat selain daripada doa wajib untuk mak ayah,mertua, anak3, suami dan dan keluarga..

Kadang-kadang i rasa terlalu banyak yang i minta sampai kan i rasa tak mungkin la boleh dapat semua tu kan..rupanya i silap..i memandang rendah pada kuasa doa dan sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah tu..

Ni yang buatkan i suka cerita arahan Michael Ang ni..tambah dia pulak Muslim dan ada ayat2 hadis macam ni buatkan orang macam i tersedar balik..cerita tu sendiri menunjukkan siapa la kita untuk melawan takdir Allah..Kalau Allah nak mematikan seseorang tu bila-bila je boleh walaupun dalam keadaaan sihat..
Yang tengah sakit pulak jangan putus asa memohon doa agar dipanjangkan umur dan diringankan kesakitan..

Ye ending cerita "Sweet Dreams" ni memang cliché sangat..happy ending di mana hero & heroin bersatu jugak walaupun pelbagai halangan daripada setiap sudut..Tapi itu lah jugak kehendak Allah dalam hidup kita..dia akan bagi apa yang terbaik untuk kita,pada waktu yang tepat, dengan orang yang Allah tentukan..

Yang lagi best pasal cerita ni, hero & heroin (lakonan Ben Amir & Mira Filzah) tetap nampak sweet walaupun tak bersentuhan tangan or perlu adegan intim yang lain..nak jalan sekali pegang tali beg je sorang satu..haha.. tu part yang i rasa sweet sangat in syariah friendly way..haa gitu..so adik2 muda yang tengah bercinta kat luar sana pun sila lah contohi macam tu..takyah nak pegang tangan selagi belum nikah..cuba buat mesti nampak sweet jugak pegang tali beg pun..aha..

Dalam best cerita ni ada jugak bagi i part yang tak best dan menyampah..especially watak Ben Amir dalam cerita tu sebagai Qash yang jenis panas baran but at the same sangat caring..dia sanggup nak selamatkan orang2 yang masuk dalam mimpi dia walaupun dia tak kenal..tapi yela sebab Puteri tu comel kot tu dia sanggup tolong berkali-kali betul tak?aha
Tapi kan watak panas baran & caring pada masa yang sama ni memang wujud pun..buatkan i teringat watak ni kepada husband i..aha..memang mudah melenting kalau silap cakap sikit tapi bab caring tu i pun kadang2 xleh lawan..

Overall i suka cerita ni,ada banyak part yang buatkan i berair mata tengok, especially part Carl (lakonan Sean Lje) meninggal kena tikam dalam masjid dengan bapak Puteri..sedih sebab dalam cerita tu Carl sangat baik orangnya (tak tau la wujud ke tak kat dunia nyata ni)..bukan je baik,kaya pulak tu tapi langsung tak tunjuk dia kaya...dan sangat ambil berat bukan je pada Puteri tapi semua dia nak jaga sekali dengan mak Puteri & Chempaka (adik Puteri) sekali..tapi tu la Puteri tu tetap taknak dengna si Carl tu..last-last Chempaka yang jatuh hati dengan Carl..

Watak yang i suka dalam cerita ni ialah Puteri sebab pandai betul dia guna bahasa isyarat..nampak tak tak kekok langsung..
Watak lain yang I suka jugak mak Puteri
, Chempaka, Carl & Uncle Wong..aha diorang pandai bawak watak diorang walaupun sebagai watak sampingan tapi watak diorang lah yang melengkapkan kisah Puteri & Qash ni..i boleh relate sangat watak mak Puteri tu dengan orang yang i kenal..memang ada je macam tu..garang tak tak bertempat,laki bermasalah gile keluar masuk lokap..si mak ni la yang struggle untuk anak2..cumanya dalam cerita ni mak Puteri mengamuk jugak la kan minta cerai kira ok la tu..tapi orang yang aku kenal ni masih sah suami isteri walaupun perangai suami tu nauzubillah..minta simpang..tapi mungkin dalam cerita ni si bapak puteri tu jahat sampai tahap sanggup jual anak..kalau i pun akan mengamuk macam tu..

Sorry la ye i tak tulis sinopsis cerita ni,kalau korang nak tau kena la pegi tengok..ada 20 episod..

Wednesday, 28 August 2019

Resepi Jeruk Maman Versi Mudah


Ni maman yang tumbuh meliar dibelakang yard rumah i..selama ni i cabut buang je..tapi pernah terbaca di fb ada yg buat jeruk..sooo..i pun nak try..aha..


Actually maman ni ada banyak spesies..yang tumbuh meliar dan daun bercabang tiga ni ramai yang cakap maman hantu..ada jugak yang panggil maman pasir..yang penting maman la kan..cumanya orang cakap maman ni liat sikit tak bape sedap..yang sedap yang bercabang lima daunnya..yang selalu orang negori buat rendang tu..ish teringin nak makan ..

ni i jumpa masa joging kat tasik..maman cabang lima..so i cabut konon nak tanam kat rumah..ehe..taktau la boleh hidup ke tak..
Ok..jeruk i buat guna maman yang kat belakang rumah je..tapi tak tak biasa buat so actually banyak yang silap walaupun jeruk maman ni super mudah..you all cuma perlukan :

1)maman (ambil pucuk dan batang yang lembut je..i gi cabut satu pokok..aha tu silap i)

2)garam

3)nasi sejuk

4)air kosong

Cara-cara:
1) Potong maman,biarkan layu sebentar (ada je yang buat terus fresh..i xtau apa bezanya)

2) Tabur garam dan gaulkan dengan maman..

3) masukkan dalam balang..isi air & masukkan nasi sejuk (agak2 je tapi banyak pun xde masalah)

Nasi sejuk tu yang bantu proses fermentation dan bagi rasa masam pada jeruk maman tu nanti..
Ok yang i buat i blendkan nasi tu sebab mak i suruh blend..tapi i tak tapiskan..so nampak tak bape cantik la..nak lagi cantik tapis dulu..so bila nampak xcantik tu baru i kluakan balik maman n tapis nasi2 hancur yng blend tu..aha..so cantik sikit kejadiaannya..lepas 3-4hari daun hijau maman akan bertukar jadi brown sikit..dan dan air jeruk nampak milky sikit..so dah boleh makan..


Ni paling basic cara nak makan jeruk maman..ceduk je sekali dengan air jeruknya..potong cili bawang segar masukkan je dalam mangkuk..sedap di makan dengan nasi panas tambah ikan bakar/ikan goreng..
Jeruk ni boleh jugak dimasukkan dalam gulai ikan ramai yang kata sedap..tapi i tak cuba lagi..nanti i cuba i i post kt sini..


So super mudah kan jeruk maman ni?memang jeruk ni selalu orang utara biasa makan..tapi susah nak jumpa sekarang..i pun last makan masa kecik2..
So sesiapa yang teringin boleh la cuba..


Tuesday, 20 August 2019

First try buat Google Adsense. Gagal !


Hi..
Lama betul tak ke blog..agaknya sebab ni jugak kot tak boleh sign up Adsense..
Macam mana terdetiknya nak buat adsense ni?padahal dah lama ada blog..korang mesti tahu kan yang utubers boleh dapat pasif income senang2 je..haa tu la i ni baru tahu..aduh..biasa la budak buta IT..
Hari ini i baru tahu dan tergedik-gedik nak buat ingatkan senang je asalkan ada blog/website & youtube..step nak buat awal2 senang yakmat tapi lepas tu google akan redirect ke blog/website untuk sign up adsense..i is pelik sebab asalnya nak run monetization untuk youtube,apasal kena sign up through blog/website eh..aduhh..sape nak jawab soalan i ni..aha

So sekarang ni i tengah stuck dekat blog i yang berkarat ni..tak boleh sign up adsense..and timbul note macam kat kat gambar tu..
Maybe sebab blog i tak aktif kot kan..last post 2017 kot..ahaha..ntah ada ke tak orang yang masuk..tapi dulu memang i buat blog ni untuk i sorang je..ala-ala macam diari gitu..luahan perasaan terpendam..i tak harap ada orang baca..tapi bila tengok balik ramai gile baca pengalaman bersalin i..malu la pulak..by the way thanks tau tetamu-tetamu yang sudi singgah dan baca blog i..dan maafkan i kalau ada komen yang i tak reply sebab i pun dah lama betul tak masuk rumah sendiri ni (blog ni la)..ntah sibuk ape pun tak tau la..

Takpe nanti i akan rajinkan diri untuk post selalu..harap2 bila rajin post ni dapat la aktifkan/sign up adsense..pray for me k..
Ok..just in case ada yang biasa baca blog i ni boleh tak tinggalkan komen say hi sikit..kalau you all ada blog nanti kita pakat follow antara satu sama lain k..i rasa dah tiba masanya untuk i move on,keluar dari gua dan mulakan hidup baru..ehh..lain macam ayat tu..aha..

Ok lah..see you soon..
Say hi kat komen k..thank you..