Popular Posts

Friday, 12 August 2016

Keputusan Exam Emba Uitm

Assalammualaikum.
Harini keputusan exam dah keluar.Punya la pulun nak masuk system sekali lupa password. .aduuhh..teruk benar ingatanku..puas la try tak dapat2..then buat la recovery, masuk email tengok2 keputusan exam ada kat email..ahaha..ape sengal la diriku..nampak sangat lama tak belek emel..
Nervous jugak...But Alhamdulillah LULUS..maybe cukup2 makan kot..then saja la gatal scroll kat google tips nak score..lol..macam nak amek spm pulak..
Then terbaca la blog akak ni, dia siap buat list sem 1 (x dekan), sem 2 (dekan)..Wow!! I never thought about that. .tak terpikir langsung boleh dapat dekan untuk Master..well..CGPA wajib la lagi tinggi daripada Degree ..untuk dapat dekan Master kena dapat pointer 3.75..which I'm not even closed untuk sem lepas la kan...takpe2,,, target sem depan la..ahahaha..InsyaAllah..Amin..Boleh2 yakin yang penting perbaiki kekurangan semester lepas.I admit macam kurang ikhlas jugak sem lepas belajar..Mahu tak nya pagi2 nak pergi kelas dah berperang nak tinggalkan si hero tecik tu..Siap la awal mana pun , mesti jadi lambat jugak..Sebelum pergi wajib BF baby dulu konon2 sampai kenyang sampai petang..uhuhu..Tak sampai tengah hari, husband dah send video si tecik tu menjerit..huuu..gundah gulana la maknya nak belajar..Lepas tu tak habis2 bapaknya whatsapp minta balik awal...aduhaiii...stress jugak..Everytime balik I la paling berdesup masuk kereta pecut balik rumah..
Next sem I tekad kena pesan kat husband siap2: 
1) Firstly , jangan nak ngengade message , call bertalu2 minta balik awal.
2) Jangan sesekali send video anak menjerit menangis time kat kelas..
3) Tu jela..ahaha..macam banyak sangat listnya kan..
I pun tak tahu la nak buat macam mana, dah la si hero tu taknak minum guna botol..penat dulu I buat stock EBM.
Si kakak I dah tak risau walaupun kadang2 buat perangai jugak tak bagi I pergi kelas..Tapi nasib baik dia paham bila explain..
Yang si hero ni ha , nak explain macam mana bukannya paham lagi..uhu..

I harap sangat next sem dipermudahkan urusan husband I jaga anak2, minta2 ditenangkan anak2 I jangan buat perangai , minta2 I boleh fokus dan hadam semua ilmu2 & score semua test, quiz, presentation, assignments & exam..Bagi la I merasa dapat anugerah Dekan...Amin ya Rabb..
I masih simpan cita2 untuk sambung PHD , jadi lecturer walalupun dah tua..Sebab I suka belajar..
Well...Next semester kena extra rajin, no more last minute study..Please pray for me..

Monday, 8 August 2016

Mengandung ketika belajar.

Assalammualaikum.
Perasan tak blog ni I banyak update cerita time pregnant dan seangkatan dengannya...wuuu..
Nak tahu kenapa update blog setelah sekian lama? I pregnant. .Again..Yeayyy..Ahaha..
Actually terkejut jugak sebab baby baru 1 tahun 3 bulan..Ceaser pulak tu..adoii...So berita kali ni kami suami isteri buat keputusan jangan hebahkan dulu..Kang ada mulut yang best pulak mengata..Doktor pun kata parut muda lagi, baby kecik lagi..Nasib dah lama kenal Doktor tu..Ni kalau pergi KK nak buka buku pink baru wajib la kena bebel..adoiii..Malas betul la jadinya nak pergi KK..
Tak tahu nak feeling macam mana untuk pregnancy ketiga yang mengejutkan ni.Aha terkejut la sangat..Ahaha..ada la sehari dua sebelum tak sengaja check tu dah rasa lain macam, macam tak boleh bau ayam, bau masakan kat dapur, bau sabun mandi..Tapi sebolehnya I cuba deny perasaan tu semua, maybe sebab demam sama pening kepala so tak boleh nak bau semua tu kan.
Apa yang tak sengaja check tu masa pergi klinik nak ambil ubat kakak je ..Dia ngadu sakit telinga plus demam.Risau jugak infection naik ke telinga.Memang betul masa Doktor check tu dia cakap macam ada gelembung air (macam campak) dalam telinga kakak..I tanya campak dalam telinga ke? Seb baik bukan..
Lepas settle check kakak I pun saja la minta pendapat doktor sebab I jenis badan berangin tambah2 timw demam. Asyik sendawa je..Lepas tu perut rasa sebu je..Angin dok pusing2 dalam tu.
Doktor kata " Mengandung tak?"..I jawab tak kot Doktor..Memang la period lambat sikit tu pun memang selalu jadi sebab I period tingtong sikit lepas bersalin anak kedua haritu.I mula period lepas setahun kot umur anak I..Tapi masa tu check takde pregnant pun.So yang ni pun I cakap tak la..
Doktor kata jum scan tengok, sebab jap lagi nak bagi ubat takut tak sesuai kalau pregnant. Seb baik la doktor tu yang offer..Sebab dah kenal lama kan.Scan je terus nampak..Doktor A kata tu kantung..I tanya betul ke Doktor? Doktor jawab betul la, kantung tu kalau tak prengnant mana nak saja2 dok situ..huuu...Terpandang la kami suami isteri sambil konon2 hairan..Aha..Yela sebab macam dah plan & precaution jugak..Bukan main hentam je..
Lepas keluar klinik tu bercampur baur perasaan I..Macam2 pikir..Satunya baby still BF lain..dok kira2 kalau due nanti dia baru masuk 2 tahun.Macam mana nanti dia nak menyusu..Memang I tahu ada je mommy yang menyusu 2 anak serentak.I tak pasti I mampu ke tak.
Keduanya, I kira2 lagi, masa tu I tengah dalam sem belajar...haaa..sudah...macam mana ya...Due tengah2 sem pulak tu..Kalau dekat nak habis sem tak pe lagi..Then I search I jumpa blog ada akak sorang tu ambil final exam masa 5 hari berpantang..woooowww...Agak2 I boleh buat x? I boleh je nak try, tapi paham2 laaa, yang kat di sekeliling ni..Dah la I sambung belajar ni pun struggle jugak..Guna duit sendiri lagi..Puas la bergaduh nak tinggal anak seminggu sekali..
Takpe , entry I lepas ni mesti lagi menarik..Macam mana agaknya kan pergi kelas masa pregnant kalau sejarah alahan teruk I kembali..Ahaha...Takpe habiskan satu sem ni dulu..Sebab awal pregnancy lagi..Nanti sem lepas tu kita pikir & update..Stay tuned..Kikiki..
Doakan I dapat biasiswa (Hope dapat Duit nak bayar yuran yang mahal tu).
Doakan I score semester akan datang & habis on time.
Doakan pregnancy kali ni mudah.
Doakan semuanya baik2 sahaja..
TQ all for reading. 

Tuesday, 17 May 2016

BAHAYA KELOID...!!!!

Assalammualaikum..

Sebelum bersalin ceaser I xpernah ambil kisah pasal keloid. .keloid pun tak pernah dengar.Bila dah bersalin ceaser haritu, even dalam pantang lagi I perasan parut luka bahagian hujung2 macam menebal.Masa nurse check luka dia kata keloid ni..aduuhh..
tapi masa tu ok je sebab sikit je menebal.But makin lama, dah jadi banjaran titiwangsa pulak..menebal meninggi berlekuk sepanjang luka tu..frust gileer kot.
Ramai yang cakap sebab makan haruan.Yup memang I makan ikan haruan lepas discharge.Mau taknye, masa kat ward tu, ade kakak tu pusing2 ward jual sup ikan haruan campur dengan chinese herbs.Dia kata bagus ni, dah lama dah dia jual.Ye la kan, sebab macam takde nurse halau pun masa dia menjual tu..So I pun dengan konpidennya beli la dalam 2-3 bungkus macam tu..balik je terus makan la..tapi xde la melantak semua tu sekaligus sehari..Jimat jugak la makan sikit2 tiap2 hari sampai habis sup tu..

 I baca ramai jadi keloid dekat bekas luka bersalin sebab makan haruan ,tapi ada je yang cakap diorang tak jadi pun walaupun makan haruan. .Mungkin ikut kulit la kot kan.

So u yang mana bakal2 akan bersalin ceaser tu be prepared la ye.Cuba tengok parut2 lama.Jenis parut timbul or x.Kalau parut timbul memang ade chance la nak jadi keloid. Wallahhualam.

Ada yang cakap keloid ni jenis keturunan jugak.Kalau ada family yang ada keloid, kemungkinan kita pun ada.

I agak menyesal sebab tak tahu awal pasal keloid ni.Kalau tahu awal, I akan beware tak makan haruan.Sebab I ni kalau luka, parut memang jenis timbul sikit.

walaupun doctor2 cakap keloid ni tak bahaya, tapi bagi I bahaya ooo...kadang2 dekat keloid tu akan rasa gatal2..I ingatkan gatal sebab makan seafood. .tapi perasan je hari tak makan seafood pun gatal.Memang rupa-rupanya itulah azab keloid..haha..

Lepas tu I baca ada jugak yang buat rawatan keloid dengan ambil injection steroid.Laser la , operate buang la macam2 lagi la treatment.Ada kata berkesan, tapi lepas inject tu azab jugak, katanya sakit macam disiat2, pedih macam melecur..Uhu..Entahla.
Ada yang katanya walaupun keloid dah hilang after treatment , masa preggy keloid tu datang menyapa balik and lagi besar daripada sebelumnya..Yang tak preggy parut dekat tempat lain pun datang balik keloid ..scary pulak nak pregnant lepas ni.tapi kan, setakat ni takde pulak dengar kalau bersalin normal , keloid timbul kat bekas jahitan bawah tu..takde kan.?ke orang segan nak bagitahu?? kuikuikui..

I ada jugak search petua nak hilangkan keloid, ada yang cakap makan pegaga, sapu minyak habbatussauda, guna krim gatal, tampal silicone patch (cica care).

I rasa better kalau nak try pun try sapu2 bahagian luaran je la kan..Kalau injection bagai tu takut jugak affect yang lain.Ada yang boleh operate tapi beware, takut parut operation buang keloid tu akan hasilkan keloid yang lagi besar.

Lagi fakta mengatakan keloid ni senang terjadi pada orang yang kulit gelap.Kalau ikut ranking kat Malaysia ni orang India paling senang kena keloid, Melayu di tangga kedua, and Chinese macam susah nak kena keloid. No wonder kulit chinese jenis licin elok je kan..Susah nak jumpa berparut.So yang belum kahwin tu cari la pasangan chinese, supaya anak2 nanti kulit cantik..susah nak kena keloid..aha..yakin sungguh statement..
Korang baca la komen2 dekat blog doktor ni.Serius scary pasal keloid


Sunday, 15 May 2016

Donat Gebu Gebas Senang Mudah Untuk Hari Guru 2016

Assalammualaikum. .
Percaya atau tak I baru lepas mendonut dekat pukul 3pagi ni..aduii..
Dah kenapa kan mendonut pepagi buta time orang lain masih membuta tido..
Alkisahnya, I ni terover excited sebab ni first time sambut hari guru dengan semangatnya..hairan betul, time zaman sekolah dulu takde nak semangat gini pun.Ni bila turn anak sekolah, mak anak pulak excited terlebih.
Haritu cikgu anak I bagitau nak buat makan2 kat sekolah, so parents yang nak bawak makanan untuk anak2 share di alu2kan.
Ape lagi I la orang pertama volunteer nak bagi donut. yakin sangat donut menjadi seperti sebelum2 ni , which gebu gebas demok dempol..
so semangat la buat awal , konon nak frozenkan..1 buat 3 hari awal.so esoknya saja panaskan balik punya pemalas guna oven je sebab kelam kabut nak masak nasi la, pasta untuk anak2 la because haritu I ada kelas the whole day.
Bila balik kelas jenguk la oven nak rasa donut sekali licin la dengan bekas gula kasar.ni mesti kerja si hubby.lupa I nak pesan gula kena blend halus dulu sebelum gaul dengan donut.haii, cemana la anak2 I makan dengan gula berbiji2 lagi.Tapi I tal kesah sangat bajet sedap la donut tu sebab tak tinggal satu pun dalam oven.
Malam tu I tanya hubby, amacam donut? gebu gebas tak? hubby cakap keras sikit.
..what..?keras? ? I tanya lagi.Dia cakap ok je boleh la makan...down terus rasa...padahal I bajet dah penuh kasih sayang dah masa buat tu..banyak kot yang frozen dalam peti tu.punah harapan..terus I defrost kan masuk dalam oven dua ketul untuk I rasa.
Uhuuu..betul laa..macam keras sikit bahagian luar..usually , donut I buat rasa ringan je, bila makan , gebus cair dalam mulut.tapi kali ni still rasa macam dough..frustrating betul.
then I analyse balik silap kat mana, macam banyak ke kemungkinan kesilapan.
Maybe sebab I tak tunggu dough tu betul2 naik kot sebab tu rasa berat, then maybe kecik sikit daripada selalu I buat, then maybe I guna minyak masa bentukkan donut tu sebab tak bagi melekat di tangan, then maybe I rushing sikit masa nak goreng tu sebabnya si kecik dah mula bunyikan siren, owh maybe sebab yis yabg I guna tu dah lama beli tapi baru pakai...
Entahla kan.
So dengan kecewanya, I buat balik malam ni.Start bancuh dough pukul 12 lebih tengah malam.lepas anak2 dah tido.Walaupun rasa aman tenteram sikit sebab anak2 dah tido, macam2 hal pulak jadi kat dapo..
Dah la cuak kot sorang2 kat dapo.Masa tu hubby I ade la tanya taknak masuk tido lagi ke? gile saja2 nak tolak nikmat tido..tapi I tak jawab sebab bengang dengan diri sendiri.Terus hubby I cakap ok takpe dia tunggu kat ruang tamu, tak sampai bape saat dah selamat berdengkur dah dia..
Cuak oo sebab dapo rumah kat bahagian belakang sekali.mengadap rumah jiran yang gelap gelita.Tingkap pulak luas terbentang tanpa langsir.macam2 I terbayang.Tapi sebab nak menjaga amanah & janji nak bekal kan donut untuk anak I esok, I kentalkan jugak emosi & spiritual I..memang tak pamdang langsung ke luar tingkap.
Masa menggoreng terus I goreng bagi masa takde maknenya nak goreng separuh masa lepas tu japgi anak nak pergi sekolah goreng lagi..huii..takut bangun lambat naya tak bawak langsung pulak..lagipun beza bape jam je lagi. .dah pukul 3 pagi dah pun.lagi bape jam je nak pergi sekolah. .
Ni kalau jiran I ternampak I gigih menggoreng donut kat dapo time2 macam ni mesti dia kesian kan, mesti dia ingat I buat donut jual..
Lepas tu I siap berangan kalau donut ni sedap esok cikgu2 makan, then kalau diorang nak order jenuh pulak la I kena stay up buat bisnes donut pulak lepas ni...ishh merapu betul pepagi buta ni..tapi I nervous jugak nak rasa donut tu...uhu...japg la bangun gaul dengan gula halus baru rasa...uiii..nervous..ntahla sebab nak bagi orang makan ni nervous lain macam..

I nak lelap jap, hopefully terbangun la untuk blend gula , gaulkan dengan donut2 tu..


Saturday, 13 February 2016

Interview EMBA Uitm 2016

Assalammualaikum. 
Hari ni interview EMBA (executive master of business administration).
Memang ingatkan tak dapat langsung. 
Macam2 dugaan masa nak hantar application pun.
I ni dah la payah nak keluar rumah.Masa nak beli no pin BSN rm50 tu punya la ramai.
Then masa nak kena isi online tu pulak problem tak boleh sign up.Lagi sehari due date malam tu baru perasan silap isi bahagian nak pilih master fulltime or part time. Punya la rasa nak give up dah.Tapi terus kan jugak walaupun referee report satu je..ada yg kata kena bagi dua.Tawakal jela, kalau ada rezeki dapat la kan.
Lately bulan januari haritu banyak sangat outstation hampir seminggu sekali sebab tu xperasan ade call from uitm.Memula memang tak tahu tu number dari mana.Rasa tergerak gati nak check.Google la number tu sekali memang kawasan uitm tp that time tak confirm lagi.Tunggu weekday la nak call.Dah la haritu outstation lagi, I call la tanya ni uitm ke? Sekali betul la a . Bedebar jugak then I tanya berkenaan dengan master yang I apply tu ke? Kakak yg jawab tu dia bagitau dah banyal kali dia call I tak jawab . application I hampir digagalkan.Seb baik I sempat jugak call.Interview seminggu lepas I call tu.
memang langsung tak prepare ape.Sehari sebelum interview baru nak check emel nk tengok kat mana interview and kena bawak ape.Sehari sebelum tu jugak la baru terketar-ketar nak baca pasal TPPA la..TPPA je yg I baca sebab isu tu agak latest and berkaitan economy. 

Hari interview (harini), kebetulan anak sulung taknak ke tadika, apalagi usung la bawak sekali dengan baby lagi sorang.Husband teman kan sebab rasanya ingat sekejap je.
8.30 pagi sampai terus masuk ambil test bertulis. Satu kena buat summary tentang salah satu daripada dua articles. 
I buat pasal Green Economy. Satu lagi article pasal Labour of Love
Satu lagi essay berkenan pasal biggest accomplishment. Hentam je memandangkan English dah berkarat teruk.
Abes test pukul 9.15pagi.Pukul 10pagi dua candidates di panggil masuk interview. Setengah jam jugak.I punya la berharap dapat awal sebab kesian kat anak2 tunggu dalam kereta. Tapi nak dijadikan ujian, me and other last candidates di panggil pukul 11.30 pagi..paling last.Masa ni mood nak menjawab dah ke laut , penat tunggu, lapar, risau kat those kids.
Masa jawab tu jadi tunggang langgang, ape yg i prepare langsung I tak cakap.Antara soalan dalam 100% English
-Perkenalkan diri & keluarga
-share pasal current job
-kenapa nak sambung emba
-experience during degree
-kalau dapat jadi manager, nak jadi manager macam mana etc

Erm...result akan keluar seminggu lagi.Tak tahu la dapat ke tak.Kalau dapat yang bestnya kelas seminggu sekali.Selepas 4 classes cuti 1 class.Tapi 10jam jugak la kelas sehari. .
Tak sabar nak sambung. Aim nya I nak ambil gambar konvo dengan anak2, suami & parents. .ahaha..tu je. .

Thursday, 29 October 2015

Pengalaman bersalin ceaser ( Anak kedua ) Part 2

Assalammualaikum semua (semua la sangat macam la ramai yg bace kan)

Aduuh..penat tunggu awang ni tido..sakit dia dok cubit2 I..Guling sana sini..I pulak yang kena jadi benteng dia kalau tak tergolek la jatuh tilam..Dah tak merasa dah tido atas katil lepas ni..uhu..Kakak dah selamat tido dah,awak bila pulak hero bulat oii..

Ni mommy nak cerita macam mana proses awak keluar daripada perut mommy ni..

Hari yang sama nurse minta I terus g hospital dengan segera tu I takdela segera pergi pun.Still berlengah sebab tak rasa lagi sakit.So balik dulu rumah layan ape yang patut siapkan barang baby..Haa baru nak siapkan barang2 nak bersalin..Malas amat nak packing masa  tu lupa pun ada nak bawak ape..
I ready pakai pad siap2 sebab tengah turun air walaupun sikit2 je..

Sampai labour room macam biasa check dulu CTG & check kencing.Masa nak naik atas katil tu bedebush keluar lagi air sampai kena lantaI & katil..basah la katil..kalI ni banyak sikit..Then bagitau nurse,dia cakap basah sebab baru keluar tandas kot..I cakap I dah lap kering dah..Takkan I nak kencing kat situ lak..Lagipun air tu keluar tanpa di kawal..
Dah check bukaan yes betul dah 3cm..berangan boleh beranak malam tu jugak,esok terus boleh balik umah.Kesian kat kakaknya sebab masa I turun daripada kereta tu dia tido tak sedar.I pun ingat turun kejap je check ingatkan lepas tu boleh balik dulu..
Meraung la si kakak tengok mommy dah takde..I minta nak keluar jumpa kakak tapi tak boleh. Dia lak tak boleh masuk..Sedeyy sangat tak penah tinggal dia..

Lepas asar I kena tunggu kat ward dulu..Sambil tunggu tak tahu nak buat ape,I pergi mandi sebab rasa dah belengas banyak dah pad pun macam melimpah abes basah semua..Lepas je mandi ,bedebussh lagi banyak air turun..Masa ni I cepat2 keluar Takut terberanak dalam bilik air tu..Lepas tu doktor pakar datang check dia marah kat sape tah cakap "Ni nape tunggu lagi,dah leaking ni terus masuk labour room jangan tunggu walaupun baru 3cm"..dalam hatI I dah hoyeeeay la dah nak masuk labour room..
Lepas isyak bila baru ada vacant room yg free.So masuk je diorang check CTG lagi.Dah setel nurse tu cakap lagi dua jam dia dtg balik check CTG..Dua jam berlalu,pukul 10.30pm macam tu nurse tu datang balik nak check CTG..Dia tanya sakit tak..I cakap tahan lagi..Dia cakap sedut je gas kalau sakit.Lagipun gas tu cepatkan bukaan jugak..Owh first time I dengar so I sedut jugak la time contraction datang..Masa dia nak check CTG tu dia macam gelisah sikit and I pun dengar macam tak jumpa denyutan jantung baby..Dia goyangkan perut I nak kejutkan baby..Lepas tu dia terus lari keluar panggil doktor..Doktor masuk terus decide emergency ceaser..
Nurse siap tanya I rasa nak teran tak,I jawap belum rasa tapi time tu tiba2 jadi sakit yang amat.
Ape lagi terus berlari masuk staff keliling katil I..I dah rasa antara sedar & tak je..Yang I tau sorang masukkan ubat & suapkan sebelah kiri..Sebelah kanan ada yang pegang tangan I suruh sign kat borang ape tah..Sorang lain tengah tanggalkan baju I tukar baju lain utk masuk OT..sorang lain tengah cucuk..Penuh sekeliling katil..Dah tu terus diorang sorong katil tu sambil berlari2..sampai satu ruang tu tukar lagi baju kena sign lagi borang..Masuk ke labour room I terus tak nampak ape dah tapi still sedar..I tak nampak labour room tu rupa macam mana sebab tengah pejam mata tahan sakit contraction..

Diorang tolak naik atas katil operation..Nurse minta I duduk and tegakkan belakang sebab nak inject bius..Maybe epidural kot..Inject kat betul tulang belakang..memang tak rase ape dah sebab dok layan sakit contraction..Siap I kena marah sebab lentikkan badan..Aha tengah sakit kan..I pun taktahu I tengah melentik padahal tengah usaha bak tegakkan badan..
Dan inject tu diorang I kena test bius tu dah take over ke belum..Cuba angkat kaki dah tak tasa kaki..Bius separuh je..Masa operate tu memang rasa orang sentuh kat perut tapi tak sakit langsung..Sekejap je I rasa terus dengar baby nangis2..Tapi I ingat baby orang lain sebab rasa macam tak setel lagi kat perut I..Lepas tu rasa macam di tarik kat bahagian dalam..Tarik uri kot..Entahla tarik ape..Lame sikit baru ada staff yg dukung baby bawak ke tepi muka I..I just nampak samar2 je muka (rambut lebat)..Then tunjuk anu dia..Masa tu happy sebab nampak boy..Nurse siap tanya lagI anak pertama ape..Dia cakap best la kan dah sepasang..Lepas tu diorang cakap kena bawak baby terus jumpa pakar sebab I emergency ceaser oksigen dah drop masa tu..
Dan dan tu jugak I rasa seram sejuk yang amat..Sampai terketar-ketar rasa macam otak I pun tgh freezing..Serius tak penah rasa sesejuk macam tu..

Then diorang bawak ke bilik ape tah I tak vaoe nampak..Cuma diorang masukkan angin panas kat bawah selimut I..Tapi still sejuk..Memang berlapis2 selimut masa tu sampai ke ward I terketar-ketar lagi..Masa kat ward tu tunggu jugak baby sebab masa first bersalin I terus tido dengan baby kat ward lepas bersalin..
Tengah malam tu I dengar nurse datang and macam dengar baby I kat nicu..Dan dengar dia cakap dengan nurse lain.."Nak kejutkan dia ke tak bagitau. Dia tengah tido"..I letih sangat nak bangun tanya..Tapi lepas tu masa nurse lain datang tukar pad I tanya jugak.."baby kat mana ye..baby ok tal"..nurse tu jawab "owh puan tak tahu ke baby kat mana?nurse tak bagitau ke?jap saya tanya diorang"..SampaI ke sudah diorang tak bagitau buat saspen je..Esoknya I tanya lagi tak bagitau jugak sampai la asben I datang I suruh dia pegi tanya mana baby I..Baru la diorang nak bagitau baby I kat nicu tengah pantau oksigen..Hari pertama tu asben I jela tengok baby sebab I tak boleh jalan lagi nak bangun duduk pun kena orang tolong..Hari kedua I siap boleh bangun gi toilet dah sebab diorang dah buang beg kencing..so terpaksa la bangun jalan jugak walaupun seriau kt perut tu..

Hari kedua tu jugak I jalan ke tingkat bawah skali..Jalan ok sebab wheelchair abes..makcik guard tu pulak selamber suruh I jalan jela turun sebab nak amek wheelchair lain pun kt tingkat yg sama jugak..dia cakap nanti asben nak kena patah balik pulak..I gigih jalan sampai ke ward NICU tu sampai nurse kat bawah tu terkejut bila tau I ni baru lepas ceaser..Dia cakap tak nampak macam baru lepas ceaser pun muka dah merah (mahu tak merah nye sepanjang malam I asyik garu2 je muka tangan semua..baru tahu alah ubat bius boleh gatal macam tu sekali)..

Sekian lah pengalaman I..baby second ni kecik sikit drp kakaknya masa bersalin..berat tak sampai 3kg..I lak seriau nak pegang..Dah boleh tido sekali Subhanallah nikmatnya rasa dapat peluk susukan baby..Rasa happy bahagia sangat..Tapi kalau dI beri pilihan I serik dah bersalin ceaser..Nak menjaga luka tu lagi payah daripada nak jaga baby..Sampai angkat berat sikit pun terus rasa pedih..

Wednesday, 28 October 2015

Pengalaman bersalin ceaser (Anak kedua)-Part 1

Assalamualaikum.
Lamanya I dah masuk blog & berkarya..Aha..Kena tunggu baby & kakak tido dulu baru senang nak berkarya kan..
Aritu last dok update masa pregnant second baby kan.So I nak cerita la pasal teka-teki jantina baby I..Memang baby boy..yeayyy!!
Memang mostly petua & tips I baca masa pregnant tu betul & menjadi la kat I..Alhamdulillah..

Second baby ni I bersalin secara ceaser..Emergency ceaser lagi..haa..Dah kenapa emergency kan..Tula kita merancang,tapi Allah lagi hebat menjalankan.
.Second pregnancy ni I pulun minum minyak kelapa dara untuk mudahkan bersalin normal..Tapi takpe la try lagi next time..Tunggu lagi 2tahun la ye..

I bersalin hari Sabtu bulan April.Ikutkan due bulan Mei..Hari sabtu tu macam biasa la weekend terlajak tido.Bangun terus mandi.Lepas mandi tu I heran kenapa rasa belengas je..walaupun dah lap kering lepas tu still rasa lembap di paha..Then I rasa dengan jari macam melekit2 bila bau takde hancing pun(aha..ingatkan kencing kan)..
Yela I first bersalin turun tanda so yang second ingat macam tu la..

Lepas tu dengan tenangnya I bagitau asben.Masa tu dia baru keluar mandi jugak..Masing2 jemaah tido terlajak..I bagitau dengan tenang sebab taknak gelabah macam first bersalin dulu.I cakap "Abang,ayang tak pasti la ni,rasa macam belengas,dah lap tapi ada lagi..ni air ketuban ke ?"..Ade ke I tanya die,lagi la dia tak tahu..

Asben I lagi gelabah sebenarnya..Siap ajak g spital whatsapp kecoh bagai dah..Tapi I cakap tak sakit lg..Tunggu sakit dulu..Konon dah tau sakit nak bersalin cam mana kan..Asben I buat I gelabah la bila dia kata turun ketuban memang tak sakit..Dah tak lama la tu ..PandaI dia kan..

Nak kepastian kami pun keluar la gi klinik sekali nak lunch.Baru teringat Sabtu mana bukak klinik Kesihatan. Tapi dah sampai dah masuk jela sebab nampak macam bukak sikit..Masuk kebetulan nurse yg handle sepanjang pregnancy I ada..Alhamdulillah..so bagitau dia ayat sama macam bagitau asben.."tak pasti air ketuban ke tak"..

Then nurse tu cakap nak check bukaan untuk confirmation..Masa check tu dia cakap dah 3cm..Alhamdulillah happy la..Sebab first nak bersalin dulu I sakit 2 hari dua malam dok 2cm je..Sampai minta nak induce sebab tak tahan sakit..aha..tapi kali nI tak sakit pun lagi..Nurse tu suh cepat2 gi hospital..Tapi I siap makan dulu..

Time nak makan tu penuh pinggan I letak semua yang kena pantang nanti (nangka,petola,pucuk ubi).
Aha..kemain tapi tak lalu pun nak makan.
Terus ajak asben balik dulu sebab perut memulas..Asben bagitau jangan meneran nanti takut baby keluar..Dah perut memulas takkan nak masuk toilet termenung je..
Tapi memang control jugak la teran sopan2 je takut jugak bedebushh baby dalam mangkuk bowl tu nanti naya takdan sambut..(Macam2 imagination time tu)..I macam nak cirit birit jugak sebab dah keluar toilet pun lepas tu rasa memulas tapi xde hasil keluar pun..So I teringat ni pun salah satu tanda dekat bersalin jugak..

Lepas zohor,asben ajak gi hospital..Tak jauh pun tapi dia risau takut beranak dalam keta nanti..I sempat amek order tudung bagai..Marah asben I "Dah nak beranak pun nak pos tudung lagi?!!""..

Ok..nanti I sambung macam mana boleh jadi emergency ceaser..Cemas,suspen,macam dalam movie..aha..Ok esok ye..Baby dah mintak susu....continue Part 2