Popular Posts

Thursday, 27 November 2014

Berurut selepas pantang. Perlu ke secepat mungkin?

Ini soalan yang agak menjadi 'hot topic' tak kira untuk suami atau isteri lepas bersalin.
Soalan yang menjadi tanda tanya I jugak sebenarnya untuk anak kedua nanti.
Untuk anak pertama, agak menjadi drama jugak. Senang cerita ada cerita tak best datang dari keluarga mertua sebabnya bidan yang mengurut tu mak I yang carikan.
So untuk anak kedua nanti I decide nak g ngurut dekat spa je..aha..tapi kena la tunggu badan kuat sikit kan nak g spa. Unless orang spa nak datang rumah urut I.
Sebab tu I mencari jugak online info pasal perlu ke mengurut secepat mungkin lepas bersalin.
I macam tertanya- tanya jugak orang yang bersalin kat luar negara tu diorang mengurut ke lepas bersalin?
I ada jumpa satu forum pasal topik kecoh ni jugak. Mostly plan asal suami isteri terganggu bila campur tangan mertua. Selalu yang kecoh keluarga isteri yang cepat2 nak urutkan anak perempuan mereka. Si suami pulak dengan plan mereka.
Sebab macam2 hal ni jugak untuk anak kedua ni I decide nak berpantang kat rumah sendiri. Memang kalau ikutkan hati nak berpantang umah mak sendiri. Boleh mengada dilayan semua yang kita nak. Apatah lagi ada yang tolong masakkan. Kan?
Memang kebanyakan cakap perlu mengurut untuk buang angin dalam badan dan untuk pulihkan balik badan. Betul dalam pantang memang badan rasa lesu yang amat. I penah mengada baru seminggu pantang terus keluar g supermarket. Padahnya baru jalan tak sempat separuh jalan pun, I rasa nak pitam dan rasa lemah sangat kaki. Mak I tahu apa lagi mengamuk la dia. Dah siap pesan nanti jangan mengada nak buat macam tu lagi.
So I ingat kali ni dalam pantang biar suami je yang urutkan. Lepas pantang baru g spa. Boleh tak macam tu?
Ada sesiapa boleh share pengalaman tak tentang topik mengurut lepas bersalin ni? Walaupun nak masuk anak kedua, banyak yang I perlu belajar lagi. Rasa macam first timer pulak.

No comments:

Post a Comment