Popular Posts

Tuesday, 25 November 2014

Senarai barang keperluan bersalin (Part 1: Untuk Kaum Ibu dulu)

Walaupun ini kehamilan yang kedua, perasaan untuk menyediakan senarai barang keperluan untuk bersalin mesti datang jugak..padahal kandungan baru nak masuk 5 bulan..
ye, ini yang penting, mesti prepare awal2 sebabnya banyak barang yang diperlukan.
Dan barang keperluan tu bukan untuk baby je malah emak baby pun kena ready jugak.
So, tadi masa keluar pergi supermarket, I survey jugak harga barang2 baby.
Kalau boleh nak harga bajet je, yela sebab baby ni cepat membesar, nak kena beli selalu baju seluar mereka. Nanti dah besar baru beli mahal2 kan. Tapi nak dapat baju seluar baby yang murah2 memang susah.
I dah bajet dah baju or seluar I nak selai harga  rm10 ke bawah je. Almaklumla, kalau di ikutkan I ni termasuk dalam orang yang layak terima BR1M.
Di sebabkan list barang baby sangatla banyak, I akan senaraikan dulu barang keperluan ibu yang bakal bersalin. Kalau nak beli sikit2 lagi bagus. Sikit2 lama2 membukit jugak kan.
Untuk bakal ibu, barang2 penting yang perlu ada berdasarkan daripada pengalaman saya lah kan adalah seperti di bawah. Malas sangat nak cari link lain untuk copy paste. So pastikan anda catat ye, nanti dah baca lupa lak mana link ni. Ehe. Cara I senaraikan senang je, lagi senang sebab dah ada pengalaman, so I akan ikut kronologi selepas bersalin apa yang kita perlu pakai.
Keluar je baby daripada perut, ibu mestilah perlukan: ...jeng3..tengok list kat bawah

1) Maternity pads (beli banyak2, sebab mesti overflow punya)
-okay yang ni 1st time dulu xtau pun apadia tu, ingatkan pad biasa pakai masa period je, tidak ok, lepas bersalin kena pakai yang kena ikat tali punya tak boleh yang bergam. Ha sebab apa, sebabnya takut melekat kat u punya jahitan ke, tak ke naya, ni sister kt labour room yang bagitau bila I tanya dia. So boleh try yang Kotex warna pink lagi bungkusan dia. Jangan terkejut pasaipa dalam tu xda tali. I nyaris2 buang tali satu2nya yang sister ikat kat labour room. So kalo xnak recycle kena la ready kain2 perca untuk guna ikat kat pad n kat pinggang u nanti..

2) Stokin & selipar & sweater
- lepas bersalin je badan kita akan rasa super sejuk, I sendiri taktau kenapa. Pengalaman I stay kat spital akak sebelah katil I siap minta tutupkan kipas lagi sebab dia dah bersalin & I je belum masa tu. Kite yang belum konpem panas litlit kan..

3) Tungku
- ni kalau berpantang dengan mak kite tungku ni la jadi topik dia tiap hari tanya tungku ke tak. Banyak dah jual kat kedai jamu tapi prefer yang tradisionalnye yang buat daripada besi tu..nanti I jumpa I tepek. Awal2 jangan pulun sangat tungku kat perut takut darah stop keluar. Tungku tepi2 pinggang, belakang, betis n tapak kaki dulu xpe banyak.

4)  Set bersalin
-I sendiri konpius nak set bersalin apa lak kali ni. Ada survey brand Ma&Spa ke Spa&Ma ntah keluaran yang sama dengan jamu ratu. Harga hampir rm300 tapi I tengok macam2 ada.

5) Bengkung
- I rasa penting pakai bengkung sebab awal2 lepas bersalin, I rasa rahim I macam goyang2 time berjalan. Seriau pun ade. Kalo bersalin kat private, nurse pakaikan terus bengkung moden kat korang. Ni yang I dengar la. I bersalin kat gomen je. Dok 5 hari bayar xsampai rm50 pun. I pakai bengkung tradisional dulu betali bagai, tido je terpusing merata. Dah lepas pantang baru pakai bengkung moden a.k.a PB.

6) Breast pads
-tudia, breast pun kena pakai pad jugak ke? Yes sayang, awal2 mungkin xperlu tapi bila baby dah start BF and susu melimpah u mesti ada pad ni tambah2 bila keluar. Mcm mn nak pam kat luar kan, kat rumah xpela kalo larat pam selalu. I penah pakai yang brand tollyjoy sebab pad dia besar sket senang cover.

7) Makanan ketika pantang
-bagi yang berpantang sendiri kena la prepare cari search tanya apa yang boleh and tak boleh makan time pantang. Jangan main hentam je.
Kali ni I kira2 I akan berpantang time orang lain puasa ramadhan so mana nak dapat lauk sedia masak kat kedai kan. Lagipun kena pantang sendiri. So I dah buat senarai apa yang I boleh and senang nak dapat nanti. Nanti I letak dekat entry lain untuk list makanan berpantang lak.

Fuuh..hopefully dapat membantu first timer yang bakal jadi ibu nanti. I dulu banyak bergantung pada bacaan dekat blog orang jugak untuk prepare masa pertama kali dulu. So any question boleh tinggalkan kat komen ye..
Till then..penat dah naip banyak ni

No comments:

Post a Comment