Walaupun kita dah ada pengalaman hamil dan walaupun anak dah ramai, I rasa setiap kehamilan mesti mendebarkan kan? So do I..
Macam2 yang dirisaukan sebagai ibu yang diamanahkan untuk membawa, menjaga kandungan sehingga sampai waktu matangnye..Letihnya, beratnya, sakitnya hanya ibu yang rasa. Tetapi ramai juga yang seringkali salahkan ibu yang mengandung jika terjadi apa2 apa bayi yang dikandung tu..
I ada dengar dengan telinga I sendiri, ada yang cakap kalau si ibu tu elok perangai, elok la perangai anaknya nanti..I juga ada dengar kedegilan anak disabitkan dengan perangai ibu yang mengandungkan anak itu. I rasa tak fair kalau macam tu kan? Para bapa pun main peranan juga..Mana datangnya bayi kalau si ibu sorang je usaha..Jadi para bapa tolong jangan lepas tangan 100peratus. Kena tahu juga pantang larang ketika isteri hamil, apa amalan yang bapa boleh lakukan, serta banyakkan la juga membaca untuk tahu ilmu2 sepanjang kehamilan..
Owh I hampir telupa pada tajuk asal, sebabnya I emoksi sebentar dan risau semalaman bila banyak membaca tentang jaundis pada bayi. Anak I yang pertama kena juga kuning dan hampir 2 minggu juga untuk reda.
Kalau dulu ingat kuning ni biasa je tak membahayakan bayi.. Rupa-rupanya tak, jika terlalu tinggi kuning selalunya jika bacaan atas 400, boleh menyebabkan kematian. Jika bayi selamat pun, boleh sebabkan komplikasi lain seperti kecacatan otak, lumpuh, pekak..Mana tak risau kan kalau tahu boleh sampai tahap tu..
Dulu pun taktahu apa sebab kuning ni sebenarnya, nurse yang datang rumah ada sebut pasal bilirubin. .Ape kebende tu kan? Dia takda explain lebih pun. Apatah lagi kita ni bukannya belajar medic pun..
Setelah dikaji dan dibaca (dikaji la sangat kan..ehe) senang je nak paham konsep macam mana boleh tercetusnya jaundis pada bayi ni.
Nak senang cerita secara fisiologinya sistem badan manusia sama ja. Cumanya bayi ni ada organ yang kurang matang lagi berbanding kita yang dewasa ni.Jadi ada certain proses yang tak berapa nak lancar.
Dalam badan kita ni, sel darah merah yang terurai atau mati akan menghasilkan partikel bilirubin. Bilirubin ni pulak jenis tak boleh larut dalam air. Untuk jadikan ia larut,ianya dihantar ke hati untuk jadikannya larut air..Setelah jadi larut air, bilirubin akan dikumuhkan melalui air kencing atau najis melalui saluran hempedu. Sebab tu kalau rajin perhatikan najis (disgusting tapi untuk pengetahuan je), ada warna kekuningan pada najis dan air kencing kita..
Proses yang sama berlaku dalam badan bayi, cumanya terdapat lebihan bilirubin dalam badan bayi sebab hati mereka tak dapat proses semua bilirubin menjadi larut air. Sebabnya mungkin hati bayi belum cukup matang, dan sel2 darah merah mereka terurai lebih cepat dan lebih banyak berbanding kita. Sebab tu lebihan bilirubin ni menghasilkan jaundis pada bayi..Untuk kes yang agak teruk, lebihan bilirubin ni boleh naik ke otak, itu yang membahayakan.
Kalau boleh kita mesti nak cegah atau mengurangkan jaundis bayi kan. Sebenarnya ada ikhtiar yang boleh kita cuba sejak dari hamil lagi. Takkan nak tunggu dan lihat bayi keluar baru nak ikhtiar macam2 petua kan..
So ini antara usaha yang kita boleh buat ketika hamil. Ikhtiar ni tidak dijamin bayi anda langsung tidak akan terkena jaundis ye, atleast kita usaha, doa dan baru tawakal kan?
Ok ni makanan amalan yang u all boleh amalkan sepanjang kehamilan. Buah delima, buah tin, minyak zaitun, madu, Saffron dan kurma. Tapi I tahu susah la nak makan semua serentak kan, tapi atleast cuba amalkan antara makanan tersebut. Macam I susah jugak nk beli buah delima yang fresh selalu, kurma lak kalau musim tak puasa susah nak jumpa yang elok2..So I amalkan yang mana mudah, contohnya I minum pati delima, pati kurma..Boleh dapat kat kiosk or kedai jual barangan dari timur tengah. Untuk pati delima I minum guelsan. I bancuh siap2 pati delima+pati kurma (power roots) tanpa gula dalam botol besar dan dalam fridge. So senang nak minum bila2 je..Buah tin pulak I makan yang kering yang bulat2 kecil tu..ada rasa crunchy dari biji dia dan sedap..Siap berebut lagi dengan anak dara I..Madu memang ada I minum sekali dua kala sebab I tak gemar sangat yang telampau manis. Tapi anak dara I tiap2 hari minta nak minum madu..Habis kat dia je..Tapi Alhamdulillah kalau dia batuk pun cepat je dia lega berbanding I walaupun dia tak makan ubat batuk langsung..Kalau anak u all batuk boleh try madu Acacia..Alhamdulillah berkesan..I sendiri amazed..Kalau I batuk, and minum Acacia malamnya Alhamdulillah dapat tido lena tanpa gangguan batuk..Kalau tak ,boleh sesak nafas sebab batuk tak berenti time tido walaupun dah minum ubat patut..So I memang prefer madu Acacia berbanding ubat batuk farmasi..
So back to the topic, senang je kan nak amalkan makanan sunnah ni..Kalau saffron I tak try lagi sebab macam mahal sangat je..Minyak Zaitun pun I belum try, I ingat nak amalkan masa 3rd trisemester nanti itupun I cadang nak telan yang dalam bentuk capsule je mudah dan senang tak perlu tuang bagai..Minyak zaitun ni jugak dapat mudahkan bersalin insyaAllah. U all boleh cuba jenama Misyam senang nak beli kat mana2..kalau tak jumpa bagitau I boleh tolong belikan..ehe
Then I ada jugak baca ada doktor larang kalau boleh masa hamil ni elakkanlah makan jajan, makanan yang mempunyai pewarna..uhu yang ini boleh terbabas jugak kan..Time preggy ni la rasa sedap sangat megi bagai..
Ada juga mitos elakkan pakai pakaian warna kuning masa hamil (ni I tak tahu betul ke tak?)
So ni amalan yang mudah yang kita boleh usahakan ketika hamil. Bila bayi dah keluar nanti kalau boleh awal2 seminggu dua tu elakkanlah makanan yang terlampau panas contoh yang banyak lada hitam, daging sebab bayi yang jaundis suhu badan mereka agak tinggi.no wonder kita panggil demam kuning kan..So takut kalau bf nanti boleh tinggi kan lagi suhu badan bayi kalau kita pun makan yang panas sangat..Sebab tu jamu pun tak boleh kalau awal2 dalam pantang..
Then setiap pagi, rajin2 lah urut atas kening bayi sambil selawat dan doa supaya kuning tak naik ke kepala..
Jaundis akan mula pada hari ketiga bayi dilahirkan, jadi jangan leka dan selesa sangat kalau bayi pada hari pertama dan kedua nampak ok je..Kalau dia tido lena sangat dan kurang sangat minum susu tu anda patut risau awal2. .Better biarkan dia berjaga setiap dua jam, biar menangis lagi bagus, dan susukan setiap dua jam tu..Buat senaman sikit gerakkan tangan dan kayuhkan kaki bagi aktif sikit.. Lagi aktif bayi lagi cepat kuning berkurangan..Ingat susu sekerap yang boleh sebab kita nak bayi tu kencing dan yak sekerap yang boleh untuk kumuhkan bilirubin dalam badannya..
Boleh jugak cuba terapi cahaya dengan menjemur di waktu dhuha sebelum dimandikan, contohnya dari pukul 8-9.30pg je..Jangan lebih dari waktu tu nanti jadi udang bakar lak baby tu nanti..cara nak berjemur tanggalkan pakaian tinggal pampers je..Sama macam phototherapy yang guna lampu biru kat hospital cuma kita boleh buat sekejap je la dengan cahaya matahari ni..
Selain dari semua tu yang penting kena ikut nasihat nurse yang datang pantau, buat regular blood test untuk tentukan bacaan jaundis bayi..
Banyak je lagi petua orang tua2 spt mandi air daun la, tak boleh pakai warna kuning la..So pandai2 lah kita tengok yang mana rasional..